Salam Guyz...
Dah hari ke -14 kita sebagai umat Islam berpuasa kan?Sekejap je rasanya,dah nak raya rupanya.
Korang dah shopping untuk raya ke?
Baju rayaImz setakat baju kurung dua helai tu dah siap la.Biasalah perunding imej saya di kampung,siapa lagi kalau bukan bonda tercinta, dari awal-awal lagi dah belikan kain dan jahit.Baju raya Imz sebelum puasa dah siap.hehe...baru la pagi raya tak kalut baju raya tak siap.Harap-harap akak-akak Imz tak terasa.huhu.Bukan apa,dorang pernah gelabah..baju raya tak siap-siap walaupun dah pagi raya.Mula la sibuk menelefon tukang jahit..pagi raya baru nak pergi ambil baju,itu pun kalau siap.
Imz selalunya tak pernah ambil tau tentang kain nak buat baju kurung ni..sebab semua disediakan oleh bonda dan akak.Selalunya bila dorang dah beli,tunjuk kat Imz.Imz akan ok jer,tak akan risau dengan pilihan dorang..because i know taste bonda dan akak sangat OK!
Ma,tak jahit manik untuk Adik ke tahun ni?hehe...(demand la pulak)
Baju kasual
Dari kecil lagi family dah terbiasa belikan Imz baju kasual waktu raya macam jeans,dress or t-shirt.Masa budak-budak dulu,family yang pilihkan dan Imz pakai je.
Bila dah menginjak dewasa ni,mula la nak pilih sendiri.Selalunya akak akan bermurah hati bagi duit untuk Imz shopping baju kasual sendiri.So,masa tu rambang mata jugak la nak pilih.Imz selalu turun KL untuk shopping..sebab kat sana banyak pilihan.
Tahun ni?emmm...
tak dapat peruntukan kot.hehe..lagipu Imz tak berani nak turun KL sejak virus H1N1 ni.
Its ok...biasa kan hidup dengan bersederhana(uwaaaa...sedih)
Tudung(gambar sekadar hiasan)
Biasanya tudung mesti la bersesuaian dengan baju kurung yang nak dipakai pagi raya.Sebelum ini beli tudung bawal je,tapi kan sekarang dah muncul tudung ekin.hehe..ikut perederan fesyen.Senang sikit tudung tu.Raya kali ni,Kak Long dah taja tudung untuk Imz,tudung dari butik Ar-Munawwarah.Thanks a lot Kak Long.
Kasut/Sandal
Tiap-tiap kali raya mesti ada kasut baru.Kalau tak ada..rasa kekurangan kot.Biasanya kasut Imz memang akan pilih sendiri,sebab nak muatkan dengan kaki ala-ala Sindarela ni.Saiz kasut 4 je,kadang-kadang saiz 4 agak longgar.Imz selalu ke butik favourite, Vincci atauVoir untuk cari kasut/sandal sebab kat sana kadang-kadang ada saiz 3 1/2.This year,Imz dapat tajaan kasut dari adinda ku,Kak Aizan.Tapi Imz tak dapat pergi shopping sendiri,malas nak turun KL,so I let her to choose for me.I know her taste.Lagipun saiz kaki sama je.
Handbag
Sejak masuk maktab ni,baru excited nak pakai handbag.Yela,dah dewasa katakan.
Kali ni,Kak Unie nak sponsor handbag.Thanks sis..hehe..brand Guess ke?hehe...melampau nafsu adiknya ni.Semuanya disponsor...itulah untungnya jadi adik bongsu.Imz bersyukur sangat dapat kakak-kakak yang bermurah hati ni.Huhu..love them so much!
Untuk kalian,Selamat Berpuasa sayang!!!

2 comments:
wah...semua dah tersedia....senang hati. Tinggal sarung aje...
sis apa pun belum ada lagi....
hye sis..hehe,2 yg bersyukur sgt 2...cepat sis shopping,nanti tak sempat.haha
Post a Comment