Monday, July 27, 2009

WeekEND holiDAY....

salam guyz...

susah betul nak update blog sekarang,busy betul dengan practikum life ni..actually banyak cerita nak share tapi kesuntukan masa,terpaksa ditunda untuk dipaparkan..haha..orang sihat-sihat jer.praktikum lagi 3 minggu nak habis..hooooraaaaaaaayyyyyyyyy! seronok ke?kadang-kadang tu rasa sedih juga nak tinggalkan budak2 4Cemerlang...tapi apa boleh buat..memang la dorang nakal,bising tapi semua tu boleh buat orang ketawa dan gembira layan kerenah mereka.tapi kadang-kadang 'hangin' gak satu badan bila tak dengar arahan 'Teacher Wan'.

Bila cakap dengan dorang yang lagi 3 minggu teacher akan ngajar awak semua,banyak gak komen-komen yang positif.
"Teacher ajar la kami."
"Teacher nak pergi mana,kami nak belajar dengan teacher"

ayat-ayat macam tu yang buat orang terharu..
waaaaaaaaaaaa.....terlebih sudaaaaaa

Yang tu kerenah 4c,dengan 4Gemilang pun ok jugak..untuk kelas 4G,orang ngajar Pendidikan Jasmani..dorang pun sporting jugak..untuk subjek minor ni,dah kena observe dengan lecturer.alhamdullilah semua berjalan dengan baik.lecturer pun bagi komen positif..hehe..katanya ada bakat jadi cikgu PJ..wakaka..

Berbalik kepada isu cuti hari minggu..hari tu,21 Julai 2009 orang ada pergi jalan-jalan dengan Sarina dengan Raihan,kita orang pergi Kuala Perlis..layan gambar yang kami sempat shoot

Raihan & Sarina..dua orang sahabat baik kat maktab.si Raihan(baju biru) ni asal dari Kluang,Johor dan Sarina(baju putih) dari Ipoh,Perak.haaaaaaaaa....dua-dua dah berpunya!

Pemandangan di Kuala Perlis yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis..huhu...

then,orang ada jugak pergi lepak dengan Sarina kat BUKIT AYER,Perlis..best jugak la.. orang lain pergi BUKIT AYER nak mandi-manda,kita orang pergi shooting jer.haha....bingung betul kan..lagipun hari tu ramai orang,segan lol senyum ina.......heeeeeeepose menarik dari mybestie,SARINA... seronok main air terjun....sejuk jerrrrrrr potrait kita orang...muka sorang2 da berminyak...berpeluh-peluh duk mendaki anak tangga kat situ..hehe...make up da cair...huhu lama gak la duk melepak kat Bukit Ayer sambil makan goreng pisang..hehe..then,kami bertolak balik.masa on d way balik tu,lalu kawasan kelab golf..terpegun gler,tempat tu hijau sangat..cantik r.so ape lagi...INA,STOP THE CAR!!! kita shoot..........1,2,3 snap

hehe....m00d ok je kalau kena shoot...

panjang gak la entri kali ni kan..penuh dengan photo2..macam bulan melawat PERLIS pun ada.hehe..tolong promote,4 tahun lebih merantau kat negeri ni..

Wednesday, July 22, 2009

at KANGAR now...

salam guys..
hari isnin hari tu orang da kembali ke Kangar dari KL..
best ler spend time kat KL dengan my family..
melayan kerenah anak-anak buah seronok..
then..orang da beli camera digital
seronok sangat,keje snap picture makin bertambah la nampak gayanya..
hehe

camera PANASONIC LUMIX pink colour posing...huhu...
gallery at imZone..perasan tul

Semakin banyak la orang dapat snap picture…huhu..

Friday, July 17, 2009

KL now.....m00d sh0pping!!!

atlast...
sampai jugak kat KL selepas derita sepanjang perjalanan dari Kangar ke KL.sebab apa derita??haaa...ni habaq mai..huhu...tukar loghat la pulak..orang naik bus kul 1 petang tadi,bus apa lagi...TRANSNASIONAL edisi SKYVIEW,bus yang dua tingkat tu la...
sebenarnya,orang tak suka naik bus jenis tu,dah la tak ada single seat..then nak ditambahkan ujian pada hari ini,air-cond bus la mati.....langsung tak ada air-cond,rasa macam hidup dalam ketuhar je!Dari Kangar ke Alor Star tu pun dah rasa penyeksaan yang amat...berpeluh-peluh semua..ingatkan si driver nak tukar bus ke,servis dulu ke..rupanya tak.Dia terus je drive sampai ke KL..so,korang imagine macam mana semua penumpang rasa???Lagi satu bus yang jenis dua tingkat ni memang jalan slow jer sebab tak berapa stabil..so,perjalanan tadi memakan masa 9 jam.satu penyeksaan yang amat orang rasa...memang dah tekad da tak nak naik bus TRANS lagi.Cukup la!
Dalam pukul 10 sampai kat Jalan Duta,Kak Long datang ambil.alih-alih tengok Kak Unie ada,dia bawak Khayla sekali..hehe...suka-suka!!! kesian Khayla..sampai tertidur dia tunggu chek sue dia sampai..sorry ya cayang.Then...kita orang terus balik rumah,tapi sempat lagi bungkus nasi goreng..sebab orang dah kebulur ni..bila sampai kat rumah,Khayla dah mula bangun..hehe...sempat la main dengan dia sekejap..dia dah pandai bercakap dengan kita..tu yang seronok..
esok orang dah nak pergi beli digital camera...yahooooooooo....duit sendiri beb!!! sementara ada duit ni..kita enjoy.da tak ada duit nanti..duduk diam-diam,makan maggie kat hostel..hahaha...insyaALLAH orang cuba spend money dengan sehabis baik...k la,guys..kalau kawan-kawan orang ada baca ni,hope korang pun bercuti dengan riangnya ya tapi jangan lupa RPH minggu depan!!!

Thursday, July 16, 2009

whatz my m00d now???

hey guyz...

esok berakhirnya minggu ketiga orang praktikum...so,still tinggal lagi 5 minggu..how do i feel?if u ask me right now...i will answer DUN KNOW !!! ntah la..orang pun tak tahu nak cakap macam mana...bukan orang tak happy,happy jer...maybe juz tired kot..actually orang nervous + berserabut kepala otak bila orang tak sempat lagi di pantau @ observe oleh lecturer or cikgu pembimbing..kawan2 yang lain ramai da kena observe,so dorang boleh la relax for a moment..but me?menunggu dengan penuh debaran..sepatutnya esok,lecturer minor nak observe orang untuk Pendidikan Jasmani tapi atas sebab-sebab tertentu,dibatalkan.siapa tak stress?adushhh...kena sakit otak lagi nak buat RPH PJ tuk minggu depan.ahhhh...nak pilih tunjang apa?asyik2 kecergasan...da benda tu ada idea..nak kemahiran?makkk oiii..apa yang orang tau.dats y la orang jadi cam ni...then,t0day orang masuk kelas MATH untuk 30 mins je..satu waktu je.so,orang juz discuss the worksheet..t0day 4C still macam biasa,dah tak makan saman kalau kita marah2 pun..sape yang tak frust?atlast..orang pun dah give up..memang tak ada m00d langsung nak marah budak-budak tu..lagi satu memang da sifat orang,tak suka nak marah2..tapi sometimes kita perlu,tak nak bagi dorang naik kepala.tapi orang tak tau lah macam mana lagi nak kawal 4C tu..hope one day dorang akan behave their attitude especially depan lecturer time observe..
kalau tak mati lah orang...ishhhhhhhhhhh

esok..orang balik KL,bus kul 1.00 petang..habis sekolah,kul 12.10 orang terus je suruh kawan hantar ke stesen bus..harap-harap leh release tension bila lepak KL.nak spend quality time wit my heart...oppssss! bukan kekasih ya..anak2 saudara orang la..
da kangen banget ni..huhuhu...
pagi 20hb dah naik bus balik Kangar pulak...emm...start the new episode as a teacher !!!
can i st0p the time??

Kisah Kasih Kaer...(mykarya)

Puan Mimi menguak pintu bilik anak gadisnya. Gerak geri Kasih Qistina diperhatikannya. Kasih Qistana benih cinta yang tersemai antara dia dengan arwah suaminya,Mohd Alif Hideataki. Pemuda jepun yang berjaya menambat hatinya ketika sama-sama belajar di Universiti Tokyo dua puluh lima tahun yang lalu. Cinta mereka mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana Alif Hideataki bukanlah dilahir sebagai seorang muslim.Namun demi cinta,Mimi tekad menikahi Alif selepas lelaki itu menunjukkan minatnya terhadap Islam.Selepas melahirkan puterinya,Alif dijemput oleh pencipta-Nya.Segala cinta,sayang Mimi pada Alif dicurahkan sepenuhnya buat puteri kesayangan,Kasih Qistina yang sudah menjangkau usia 21 tahun.

“Ibu janganlah risau,Kasih boleh berdikari..Kasih dah 21 tahun,bu..bukan budak-budak lagi,”keluh anak gadis berkulit putih gebu itu sambil memasukkan pakaiannya di dalam bagasi merah itu.

Puan Mimi tersenyum sinis sambil membantu anaknya mengemas.

”Ibu bukan tak nak ikut Kasih,tapi ibu betul-betul sibuk.Kasih jaga la diri betul-betul ya.Dah sampai nanti,bagitau ibu ya sayang,”pesan Puan Mimi selepas mengucup pipi anak manjanya.

Kasih memutar tombol pintu chalet itu.Nafasnya tercungap-cungap menahan kepenatan.Tubuhnya direbahkan ke atas tilam yang agak empuk.Hasratnya untuk bercuti di kepulauan diteruskan meskipun tanpa ibu tersayang.

”Alangkah indah kalau papa dan ibu ada bersama-sama dengan aku..”bisik Kasih apabila melihat keindahan pantai Pulau Redang melalui tingkap chaletnya.Kasih menyiapkan diri untuk berjalan menyulusuri persisiran pantai.

Sesekali kakinya di angkat kerana kesejukan terasa air pantai yang jernih itu.Sambil asyik melihat keindahan pemandangan di situ,bibirnya tidak jemu menyanyikan bait-bait lagu kesukaanya,bisakah daripada Siti Nurhaliza.Tiba-tiba satu cahaya terpancar ke mukanya.Kasih mencari arah cahaya itu.Dari jauh dia melihat seorang jejaka sedang memengang sebuah kamera,gaya seorang jurufoto.Kasih mula bengang,jejaka itu mengambil gambarnya tanpa kebenaran.Apabila jejaka itu perasan Kasih memperhatikannya,dia cepat-cepat mengalih pandang.Tidak puas hati dengan sikap jejaka itu,Kasih mendekatinya.

”Apasal awak tangkap gambar saya?awak sapa?”Soal Kasih dengan tegas.

Jejaka itu hanya tersenyum sinis.Mungkin kelakar melihat reaksi gadis cantik dihadapannya.Hati Kasih makin bengkak dengan respon jejaka itu,lalu merampas kamera digital itu dari tangan jejaka itu.

”Hey you!!!Asal agresif sangat?Give me back my camera,”marah jejaka itu.Wajahnya kelihatan merah padam tapi masih cute!

“O…boleh cakap rupanya.Bila I tanya,you diam je ehh??”Soal Kasih.Jejaka itu merampas kembali kameranya dari tangan Kasih lalu berlalu pergi meninggalkan Kasih yang masih terpinga-pinga dengan sikapnya.Kasih bengang!

Kasih terus bangkit dari katilnya selepas menerima ucapan selamat pagi daripada ibunya melalui telefon bimbit.Kasih mengorak langkahnya ke arah tandas,tiba-tiba kakinya tersepak satu helaian kertas.Kasih mencapai tangan mengutip kertas itu.Dia tergamam melihat fotonya bersantai di pantai semalam,dan pengirim itu menulis andai seorang itu bisa memiliki mu,dia insan yang bertuah..’Kasih tersenyum manis tetapi apabila teringat gelagat jejaka semalam yang kurang sopan hatinya kembali geram.Dia terus menyiapkan diri untuk menjamu sarapan pagi di dewan makan.

“Can I sit here?”Soal seseorang.Suara itu bisa membuatkan Kasih tersedak ketika minum.Kasih mendongak melihat wajah pemilik suara itu.Sah!!!Dia jejaka semalam.Kasih hanya mengawal perasaannya,dan membenarkan jejaka itu duduk semeja dengannya.Kehadirannya bisa merosakkan mood aku pagi-pagi ini,bentak hati Kasih.

“Makan roti je??”Soal jejaka itu sambil merenung telatah Kasih yang mengigit kepingan roti yang disapu mentega kacang.Kasih menjeling geram,apahal la si mamat ni.Dia hanya membisu,membiarkan soalan jejaka itu tanpa jawapan.Padan muka,semalam buat kerek dengan aku!

“Saya Kaer,orang KL.Cik adik yang makan roti ni nama ape?”

Kasih geli hati dengan pertanyaannya tapi dia cuba mengawal daripada tergelak.Dia tak mahu jejaka itu tahu bahawa dia senang dengan gurauan jejaka itu.Ohh...nama Kaer,best gak nama dia ehh..orangnya pun comel!

”Awak Kasih Qistina kan?”Kasih tersentak.Ehhh...mana dia tau.

”Ehh...mana awak tau ni?Awak ni spy ibu saya ke?”Soal Kasih dengan bersungguh-sungguh sambil menuding jari ke arah Kaer.Kaer hanya tergelak kecil,sekeping kad dihulurkan kepada Kasih.

”ini kad pengenalan cik Kasih yang terjatuh masa tengah menyapu peanut butter kat roti tadi,”jawab Kaer dengan selamba.Kasih terkejut,dia meraba-raba dompetnya yang diletakkan di dalam kocek seluar denimnya.

”Cari ni ke?Itu la..lain kali suka makan roti sekali pun,pegang purse baik-baik.Nasib baik saya yang jumpa,kalau orang lain.Dah lama cik Kasih jadi orang Indonesia,”ujar Kaer sambil tersenyum sinis melihat reaksi Kasih yang menyampah dengannya.Kasih terus merampas dompetnya dari tangan Kaer lalu bingkas bangun dari meja itu.

Ishh...macam mana la purse aku boleh terjatuh pulak.Buat malu je dengan mamat hensem tu!Arrgghhh....lantak dia la.Baik aku pergi mandi pantai pagi-pagi ni,mesti syok giler!

Kasih memakai singlet hitam dengan seluar tight hitam beriadah di tepi pantai.Rambut yang panjang diikat tinggi seperti ekor kuda.Badannya disapu losen untuk mengelakkan kulit terbakar.Kasih menghampiri gigi pantai dan mula berenang ke tempat lagi dalam.Kaer yang terpesona dengan kejelitaan gadis pan-asian itu memerhatikan dari jauh.Kaer pasti suatu hari nanti,dia yang akan menjadi insan bertuah yang bisa memiliki cinta gadis itu.

Kasih tiba-tiba tidak dapat mengawal dirinya apabila ombak yang menghempas semakin ganas sehingga dia hampir tenggelam dan sukar bernafas.Saat dirinya tidak berdaya,Kasih bagaikan dipaut seseorang.Tubuhnya didukung ke darat.Kasih menjadi lemah,pandangannya kabur.

”Kasih,kasih..awak ok tak?”Kasih terasa tubuhnya digoyang-goyang namun dia tidak mampu untuk membuka mata mahupun menjawab pertanyaan orang itu.Kasih seakan terdengar bisikan rintihan dari seseorang..Kasih,Kaer sukakan Kasih.Kaer nak kenal dengan Kasih dengan lebih rapat..tolonglah bangun Kasih..

”Kaer...”luah Kasih perlahan-lahan,matanya dibuka perlahan-lahan meskipun badannya masih terasa lemah selepas dibuai ombak ganas hampir lima belas minit.Kaer merapatkan telingannya di bibir Kasih.

”Ya Kasih.Kaer dengar..Kasih nak cakap ape?”Soal Kaer dengan cemas.

”Kasih nak kenal dengan Kaer jugak,”bisik Kasih meskipun kurang jelas namun membuatkan hati Kaer berbunga gembira.

Selepas peristiwa itu,Kaer dan Kasih menjadi lebih rapat.Sepanjang seminggu mereka di pulau itu,mereka menghabiskan masa bersama-sama dan cuba mengenali hati budi masing-masing.Dalam hati Kasih dan Kaer seolah-olah dicorak dengan bunga-bunga cinta.

”Esok Kasih tak payah lah naik flight,tumpang je Kaer balik dengan kereta ok?”Pinta Kaer sambil menguiskan kakinya bermain pasir pantai.Kasih membalas renungan Kaer dengan tajam.Beberapa minit kemudian,mereka mengalih pandangan ke arah lain.Muka Kasih merah padam menahan malu selepas ditenung lama oleh Kaer.

”Ibu,kenalkan Kaer,kawan Kasih masa kat Redang hari itu.Dialah yang selamatkan Kasih daripada lemas.”Kasih memperkenalkan Kaer pada Puan Mimi sebaik tiba mereka di Kuala Lumpur.Puan Mimi mempelawa Kaer makan malam dirumahnya sebagai balasan di atas pertolongan Kaer sepanjang anaknya berada di sana.Puan Mimi jelas sekali menyukai keperibadian jejaka yang tiga tahun lebih tua daripada anaknya.Malah pelajar yang mengikuti jurusan fotografi di Uitm,Shah Alam peringkat ijazah pandai mengambil hatinya dan bijak dalam berkomunikasi.

”Kasih boleh tak baca benda yang tersirat di sebalik foto ini?”Soal Kaer semasa membawa Kasih menghadiri pameran foto di tempat pengajiannya.Kasih merenung foto itu dengan penuh penghayatan.Kasih kemudian merenung wajah Kaer,lalu Kaer melemparkan senyuman nya yang macho.

”It like show dua insan that love each other but masing-masing berahsia.Am i right?”Kasih tersenyum manja selepas memberikan pendapatnya.Kaer meraih tangan Kasih dan digengam erat.Kasih terkasima dengan perlakuan Kaer namun dia tidak menolak.

”Don’t you think kita macam tu?”Tanya Kaer ikhlas sambil matanya merenung tajam mata gadis ala-ala jepun itu.Mata Kasih terkedip-kedip malu.Lalu dia mengangguk mengiyakan pertanyaan Kaer.Kaer meraih tangan Kasih,digengamnya erat.Cintanya pada gadis tinggi lampai ini semakin mekar,sukar untuk dipadam lagi.Hanya Kasih yang bertaktha dihatinya selepas sekian lama tempat itu ketandusan kasih sayang dari seorang gadis selepas Julia mengkhianati cintanya tiga tahun lepas.

”Kaer,Kasih sayang bangat sama kamu.Tau tak?”Luah Kasih saat mereka menghabiskan masa bersama-sama melihat matahari terbenam di waktu senja.Kaer memeluk erat bahu Kasih.Bau harum rambut Kasih menusuk ke hidungnya.Seharum itu jugalah kasih sayang Kaer untuk Kasih.

”Kaer pun cayang bangat sama Kasih.No one can replace you in my heart,dear.Promise Kasih tak akan mengkhianati cinta Kaer?”Rayu Kaer agar Kasih berjanji dengannya.Biar cinta mereka cinta mati.Tiada apa-apa yang bisa menghalang kasih sayang mereka.Kasih memeluk erat pingang buah hatinya.Kepalanya dilentokkan di bahu Kaer.

”i’m promise,bucuk.Our love is forever.”Kaer meraih tangan Kasih lalu diciumnya.Mereka memasuki perut kerete dan melunjur laju ke arah selatan.

Hubungan indah itu sudah terjalin dua tahun lamanya.Tiada sesiapa dapat memisahkan Kasih dan Kaer.Walau berbagai dugaan datang melanda,Kaer dan Kasih cuba mencari penyelesaianya.Namun,saat indah bersama seakan digoyah lagi.Kali ini dugaannya amat kuat. Apabila Kaer mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat master di Itali.

”Kasih,Kaer berat hati nak tinggalkan Kasih selama setahun setengah ni,”ujar Kaer penuh sayu.Kasih tunduk menahan air mata yang bercucuran.Wajah Kaer sukar ditatapnya.

”Kasih tak sanggup berjauhan dengan Kaer lama-lama.Tapi kalau ini untuk masa depan Kaer,dan masa depan kita.Kasih redha.”Kaer mengucup lembut dahi Kasih.Walau langkahnya berat,namun ini demi masa depannya,masa depan dia dan Kasih kelak.Kasih menuju kearah ibunya selepas Kaer melambaikan tangan buat kali terakhir.Penerbangan Kaer ke Itali sudah sepuluh minit berlalu,namun selama itulah air mata Kasih tidak berhenti menitis.Pujukan ibunya juga tidak memberi kesan.Kasih pasrah hari-hari yang mendatang,Kaer tiada disisinya.

”Kasih,Kaer pergi setahun lebih je.Sekejap je masa berlalu.Kan tiap-tiap hari Kasih dan Kaer boleh berhubung melalu cam call tu.Nak rindu apa lagi,sayang”Usik ibunya ketika menjamu selera di ruang makan.Wajah muram anaknya dapat diperhatikan.

Setiap malam,Kasih pasti log in yahoo messenger untuk berchatting dengan kekasih yang jauh diperantauan.Dengan adanya mic dan webcam,Kasih dan Kaer terasa mereka tak pernah jauh.

”Kaer,esok Kasih dah start praktikum dekat butik auntie Leona.Emmm...maybe pasni Kasih agak busy and i hope mylove will understand,”

”Its ok Kasih...Kaer faham..Kasih keje elok-elok tau.”

Baju kurung ungu disarungnya ke badan.Wajahnya yang putih hanya disapu bedak dan dicalitkan sedikit lipstik di bibirnya.Seperti kebiasaan,Kasih tidak suka bermekap tebal,cukup lah benda-benda asas kerana dia suka wajahnya kelihatan natural.Wajah persis bintang Jepun membuatkan dia kelihatan sungguh ayu dan menarik perhatian pelanggan ketika memasuki butik Citra Leona,milik ibu saudara kawannya.

Kasih memulakan tugasnya sebagai pereka pakaian di butik tersebut sambil dibantu pekerja-pekerja tetap.

”Kasih,auntie nak kenalkan dengan regular customer kita ni,”panggil Auntie Leona.Kasih bangkit dari kerusinya,mengatur langkah menghampiri perempuan Cina yang berusia 40-an itu dan disebelahnya seorang jejaka kemas memakai kemeja coklat.

”Zain ni anak regular customer kita,Datin Sofiah.Dia datang nak tempah baju his mom.Auntie nak Kasih colabrate dengan Zain untuk design baju mummy dia ye,”arah bossnya.Kasih hanya mengangguk dan mempelawa Zain ke ruang pejabat.Zain terkasima seketika apabila menatap wajah ayu milik Kasih dan terpukau dengan senyuman yang dilemparkan Kasih.

”I nak you design jubah untuk my mom.Next month,birthday my mom so i nak ia jadi present untuk for her.Will you,miss Kasih?”Soal Zain sambil matanya merenung tepat ke arah wajah Kasih.Kasih mendongak dan matanya dengan mata Zain bertaut seketika.Kasih terus mengalih pandang namun dia tidak nafikan Zain memiliki wajah yang tampan dan mampu mengelora jiwa anak gadis tapi bukan jiwanya.Jiwanya hanya bisa bergelora apabila menatap wajah Kaer.

Sudah sebulan Kasih menjalani praktikum di situ,dan sepanjang itu Auntie Leona berpuas hati dengan hasil rekaanya.Malah Datin Sofiah juga terpegun dengan hadiah harijadi daripada anak terunanya,Zain.Sejak itu,Datin Sofiah semakin kerap menempah baju dan perantaranya ialah Zain.Zain semakin bijak mengatur langkah untuk mendekatkan dirinya dengan Kasih.Wajah Kasih sering menganggu tidurnya.

”Kasih dah lunch?Kalau lum,jom kita lunch sama-sama,”pelawa Zain.Kasih sudah dapat mengangak jejaka berwajah inggeris cuba mendekatinya.Pada awalnya Kasih kurang senang tapi melihat keikhlasan Zain,dia mula sukar untuk menolak tapi itu bukan bermakna Zain mencuri hatinya.Zain hanya dianggap teman biasa.Tiada siapa dapat merampas takhta Kaer di hatinya.

”Kasih,mama tengok seminggu dua ni Kasih jarang online dengan Kaer.You all gaduh ke,”tanya Mimi sewaktu mereka breakfast sama-sama.Kasih berhenti mengigit roti.Roti diletakkan kembali ke piring.Dia menunduk dan mengeluh kecil.

”Kaer busy dengan tesis dia,bu.Lagipun Kasih pun semakin banyak kerja dekat butik tu.Balik-balik dah penat,terus je la tidur,”jelas Kasih.Mimi mengenggam erat tangan anak gadisnya menunjukkan simpati.

”Tapi ibu jangan risau,we all masih seperti dulu.Kasih dan Kaer still love each other tau,”bisik Kasih manja.Ibunya ketawa kecil sambil mencubit pipi anak gadisnya.Kasih memang seorang anak yang manja apatah lagi dengan ibunya.Selepas meneguk air susu yang dibuat ibunya,Kasih bingkas bangun dari kerusi menuju ke arah kereta Switch warna merah miliknya.

”Hye Kasih.You look so awosome dengan kebaya purple ni,”puji Zain apabila memandang Kasih.Kasih tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Mereka berjalan seirangan menuju ke kereta pacuan empat roda,CRV milik Zain.Kasih dan Zain menjamu selera di restoran masakan kampung.Zain menarik kerusi mempelawa Kasih duduk.

”Kasih dengan Kaer macammana?Bila dia nak purpose you?”Tanya Zain selepas mereka selesai menjamu selera.Kasih tergelak dengan soalan Zain.Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam usia muda.

”To early la nak fikir soal tu.We all still nak further study lagi.Dah stabil nanti,baru fikir kot,”jawab Kasih ikhlas.Zain turut tersenyum dan tiba-tiba matanya cuba menangkap mata Kasih.Kasih mula kurang selesa bila Zain merenungnya tajam.

”Kalau macam tu,peluang Zain masih cerahkan?”Soal Zain tiba-tiba.Kasih hampir tersedak mendengarnya.Kasih mula berlagak biasa dan tergelak kecil menganggap pertanyaan Zain hanya gurauan.

Hubungannya dengan Zain sudah menjangkau usia lima bulan dan Kasih mula akui dia selesa berkawan dengan Zain.Zain lah tempat dia mengadu masalah dan menceriakan hari-harinya di bumi Malaysia selepas ketiadaan Kaer.Namun dia hanya menganggap Zain sebagai teman biasa.

”Are you really busy?Kaer rasa kita dah susah nak contact sekarang.Why,dear?”Tanya Kaer serius.Dia mula berasakan Kasih semakin jauh darinya.Kasih semakin kerap menolak untuk online dengannya,alasan Kasih hanya busy,busy,busy.Kaer betul-betul merindui kekasih hatinya dan dia tidak pernah berniat untuk menduakan Kasih meskipun dia mempunyai peluang untuk melakukan pengkhianatan itu.Di bumi Itali,tiada siapa mengenalinya dan jika dia melakukan hubungan sulit dengan mana-mana perempuan,Kasih mungkin tidak akan mengetahuinya.Tapi hati Kaer jujur dan suci dalam percintaan,dia tidak mahu meruntuhkan istana cintanya dengan Kasih hanya semata-mata mereka jauh.Namun Kaer juga berharap Kasih juga begitu.

”I’m really busy,dear.Tak kan tu pun Kaer tak boleh faham.”Kasih mula berubah sikap.Dia sudah mula meninggikan suara dengan Kaer.Sejak hari itu,hubungan mereka semakin renggang dan jarang berhubung.Kasih akui dia mula bersikap dingin dengan Kaer sejak dia semakin rapat dengan Zain.Dia juga keliru dengan sikapnya.Hatinya hanya untuk Kaer tetapi jasadnya sentiasa bersama Zain.Mungkinkah dia mencintai Zain?Kasih kebingungan.Mungkin dia kesunyian dan memerlukan seseorang untuk menjadi temannya.

”Why Kasih behave like this?Ibu tak ajar pun Kasih jadi macam ni.Kaer dekat oversea punyalah setia dengan Kasih,tapi Kasih kat sini enjoy dengan Zain.Kasih tak rasa Kasih berlaku curang dengan Kaer ke?”Tegur ibunya tegas sebaik sahaja Kasih melangkah kaki ke dalam rumah tepat jam 10malam selepas keluar berjalan-jalan dengan Zain.

”Ibu,Kasih dengan Zain tak ada apa-apa hubungan.We just friends.Tak kan tu pun tak boleh,”jawab Kasih dengan nada agak tinggi.

”Just friends you said tapi everyday Kasih dengan Zain kan?Kasih tak sedar ke you make Kaer jealous.Then,sejak kebelakangan ni ibu tengok Kasih jarang sangat online dengan Kaer.”

”Kan Kasih kata Kaer busy dengan study dia.”

”Kalau dia busy kenapa dia sempat je call ibu,tanya perkembangan Kasih melalui ibu.Tak pelik ke?”Puan Mimi semakin geram dengan alasan-alasan anaknya.Dia tidak pernah mengajar anaknya menipu.Kasih mula bengang dengan sikap Kaer yang begitu curiga dengan pergaulannya.Kasih terus meninggalkan ibunya dan memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

Kasih terus mendail nombor Kaer dan berbincang dengan Kaer.Dia memohon Kaer memahami kesibukannya.Kaer akur dengan permintaan cahaya hatinya.Demi Kasih,Kaer rela mengalah meskipun hatinya terluka.Terluka dengan sikap Kasih yang mula abaikannya.

Hubungan Kasih dan Zain masih mekar terjalin.Bagaikan belangkas,mereka sering bersama.Malah Kasih mula akui Zain mempunyai sikap yang begitu membuatnya selesa.Hidupnya yang dulu kebosanan selepas pemergian Kaer diisi dengan kehadiran Zain.

”Kasih,boleh ke hubungan kita pergi lebih jauh?I really like you and hope you will be mine,”rayu Zain sambil mengengam erat tangan Kasih.Kasih menolak tangan Zain.Kasih tidak boleh menipu Zain,hatinya masih berpihak pada Kaer dan Zain dianggap hanya tempat dia menghilangkan kesunyiannya.

”Zain,i dah ade Kaer.I really love him.I hope you understand.”

”If you really love him,why still hang out with me.Kasih,you belum cinta Kaer sepenuh hati,thats why you still boleh keluar dengan Zain selalu.You tak setia dengan dia.You happy bila keluar dengan i,you tak fikir pasal Kaer kan when we are together.It means you not love him deeply,”terang Zain dengan jelas.Kasih terpana dengan kata-kata Zain.Betulkah dia yang mengkhianati cinta Kaer?Betulkah dia yang tidak setia pada Kaer?Kasih keliru.Kata-kata Zain ada benarnya.Jika dia mencintai Kaer,kenapa dia sanggup keluar dengan lelaki lain bukan sekali tetapi berkali-kali.Malah hampir lima bulan dia banyak menghabiskan masanya bersama dengan Zain.Mungkinkah Zain yang dicintainya?Mana janji dia untuk setia dengan Kaer?Kasih sebak apabila memikirkan semua itu.Kasih menyeka air matanya yang mula membasahi pipinya.Zain jadi serba salah apabila melihat keadaan Kasih.Tanpa berlengah,dia memujuk Kasih bertenang dan segera menghantar Kasih pulang.

”Awal balik?”Tegur Puan Mimi yang berbaur sindiran.Sejak kejadian hari itu,dia jarang bertegur sapa dengan anaknya sendiri.Dia tidak suka anaknya mempermainkan perasaan orang.Kasih tidak mengendahkan teguran ibunya dan dia terus berlalu.Kasih menghempaskan badannya di katil.Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu my baby you tanda panggilan dari Kaer.Dia teragak-agak untuk menjawab.

”Hello...”

”Kasih,hilangkah perasaan sayang Kasih pada Kaer sampai Kasih sanggup mengkhianati cinta kita,”suara Kaer terketar-ketar.Kasih dapat mengangak Kaer sedang sebak.Kaer sanggup menitis air mata deminya.Kasih juga turut menangis.Soalan Kaer sukar dijawabnya.Dia hanya membisu,hanya terdengar tangisannya sahaja di corong telefon Kaer.

”Kasih,Kaer mohon maaf.It’s over!”Lantang suara Kaer mengucapkan perkataan itu.Kasih tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut kekasihnya.Tanpa sempat di memberi respon,Kaer sudah menamatkan panggilan.Kasih terus mendail nombor Kaer namun hampa,hanya suara operator yang didengarnya.Kaer mematikan telefonnya.Berkali-kali Kasih mencuba,namun hasilnya masih sama.Kasih menjerit nama KAER !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.Puan Mimi yang berada di tingkat bawah terkejut mendengar jeritan anak gadisnya.Dia terus berlari mendapatkan anaknya.

”Ibu,Kaer.....”terketar-ketar suara Kasih apabila melihat ibunya.Puan Mimi sudah mengerti,tubuh anaknya dirangkul.Dia juga kecewa dengan perpisahan anaknya dengan Kaer.Namun semua ini silap anaknya sendiri yang tidak jujur.Kasih menangis sehingga sendu senda,matanya bengkak.Dia mula sedar cintanya hanya untuk Kaer.Kehilangan Kaer seolah-olah meragut seluruh jiwanya.

Sudah seminggu berlalu,Kasih masih tidak dapat menerima kenyataan.Dia hanya berkurung di bilik dan melihat kenangan-kenangannya semasa mereka bercinta.Sudah puas dia cuba menghubungi Kaer tetapi jejaka itu sudah menamatkan semua talian.Kaer tidak dapat dijejakinya.Kasih kecewa kerana perpisahan ini berpunca dari dirinya.Dia yang alpa selepas kehadiran Zain.Zain hanya menemani hari-harinya,bukan mengantikan tempat Kaer.Malah panggilan Zain pun tidak dijawabnya.

”Sudah sebulan Kaer balik,ibu.Ibu sihat ke?”Kaer menemui Puan Mimi di sebuah restoran.Walau apapun yang terjadi antara dia dengan Kasih,Puan Mimi masih dianggap ibunya.Puan Mimi ingin mengetahui kesudahan hubungan Kaer dan Kasih.

”Ibu,Kaer balik awal ni semata-mata nak buat kejutan pada Kasih.Masa Kaer sampai di rumah ibu malam itu,Kaer nampak Kasih keluar dari kereta lelaki tu.Hati Kaer terluka,bu.Kaer ekori Zain dan slow talk dengan dia.Dia yang menceritakan segala-galanya.Zain juga mengaku pada Kaer yang dia mencintai Kasih.Kaer tak boleh terima,bu apa yang Kasih dah buat belakang Kaer.Kaer rela berundur,biarlah Zain memiliki Kasih,”jelas Kaer panjang.Air matanya hampir tumpah namun dia cuba mengawal.Puan Mimi tunduk,dia betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku.

”Tapi ibu yakin Kasih hanya cintakan Kaer,bukan Zain.”

”Kaer harap ibu faham.Hati mana yang tak terluka bila kekasih hati sendiri sanggup keluar dengan lelaki lain.Kasih dah buat Kaer hilang kepercayaan.Tak guna kami teruskan kalau Kaer dah mula tak percaya dia,bu.Kaer mintak maaf,”

Kasih menarik selimut,menutupi badannya.Tangannya meraih gambar-gambarnya bersama Kaer dibawa ke dadanya.Dipeluk erat.Rindunya pada Kaer mengatasi segala-galanya.Dia menyesal dengan apa yang berlaku dan dia ingin menebus balik kesalahan itu walau dengan cara apapun asalkan Kaer kembali ke pangkuannya.Sudah dua minggu dia tidak menghadiri kelas hanya kerana kecewa dengan perpisahan itu.

Selepas pulang dari berjumpa dengan Kaer,Puan Mimi menjengah bilik anaknya.Dilihatnya Kasih masih tidur sambil gambar-gambar kenangan mereka bertaburan di atas katil.Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang tetapi Kasih masih di katil dan belum mandi apatah lagi makan.Dia merapati anaknya,diusapnya rambut Kasih.Puan Mimi terkejut apabila berasakan dahi anaknya panas.Kasih demam!

”Ibu,Kasih ok.Kasih tak nak jumpa doktor,”rayu Kasih selepas ibunya meletakkan kereta di hadapan poliklinik Dr Zahar.Puan Mimi tidak menghiraukan rengekan anaknya.Tubuh Kasih di rangkulnya.Badan Kasih yang lemah dipautnya perlahan-lahan.Kaer yang kebetulan melalui jalan itu ternampak Kasih dengan ibunya.Hatinya sayu melihat keadaan Kasih yang lemah.Dia memberhentikan kereta dan segera menghampiri mereka.Kasih hanya membiarkan dirinya dipaut tanpa menyedari jejaka itu ialah lelaki yang sangat dirinduinya.Tiba-tiba Kasih mendongak apabila terdengar suara yang amat dirinduinya dan bagaikan hali lintar Kasih terus merangkul badan Kaer.Kaer terkejut dengan perlakuan Kasih dan cuba meleraikan pelukan itu kerana mereka berada di tempat awam.Banyak mata yang memerhatikan mereka.Puan Mimi juga malu dengan tindakan anaknya.Kaer segera menghantar Kasih memasuki bilik pemeriksaan.

”Kaer,please....don’t ever leave me,dear,”rayu Kasih sambil menangis.Kaer menahan sebak dan dia kuatkan hati meleraikan pelukan Kasih.Tangan Kasih direntap kasar dan tanpa belas kasihan,Kaer terus berlalu pergi.Puan Mimi merangkul tubuh anaknya yang cuba mengejar Kaer.Doktor dan jururawat segera mendapatkan Kasih dan memberi satu suntikan agar Kasih bertenang.Puan Mimi mengesat air mata,dia tidak menyangka anaknya derita dengan perpisahan ini.

Kaer membuka pintu kereta.Dihentak kepalanya di stereng kereta.Kaer akui tindakannya kejam merentap tangan Kasih tetapi hatinya lagi terluka.Kasih cuba menduakannya.Walau hatinya masih mencintai Kasih,tetapi peristiwa malam itu masih kuat mempengaruhinya.Di depan matanya,dia melihat lelaki lain mencium tangan gadis yang paling dia sayangi.Kasih begitu mudah merelakan perlakuan itu tanpa memikirkan dirinya.Kasih curang!

Sudah sebulan berlalu,Kasih masih begitu tetapi dia cuba menguatkan semangat menghadiri kuliah.Selepas waktu kuliah,Kasih akan terus pulang ke rumah.Masanya banyak dihabiskan dirumah.Kasih menghampiri keretanya,tiba-tiba satu tangan meraih tangan kirinya.Kasih menoleh.Wajah jejaka kacukan inggeris itu ditatap lama.Kasih merentap tangannya dari Zain.

”Kasih,give me chance to complete puzzle in your life,”rayu Zain.Kasih diam.Dia terus memasuki perut kereta tanpa menghiraukan Zain.Zain kecewa.Matanya hanya melihat kereta Kasih berlalu pergi.Kaer yang kebetulannya ingin menemui Kasih terpaksa menyaksikan adegan itu.Dia pasti Zain juga tulus mencintai Kasih.Kaer rela melepaskan Kasih kepada Zain.

Setahun berlalu,Kasih sudah menamatkan pengajiannya.Kini dia membuka butik sendiri berbekal modal yang diberikan ibunya.Walaupun baru dibuka dua bulan,butik Kekasih mendapat sambutan yang memberangsangkan.

”Kalau encik nak design yang ekslusif,encik boleh jumpa boss saya di office,”pekerja berusia 20 tahun itu menunjukkan ruang pejabat yang kecil di sebelah dalam butik itu.Jejaka bert-shirt putih dan berseluar denim itu menghampiri ruang pejabat itu.Dia memberi salam dan salamnya disahut oleh seorang wanita yang tengah asyik menunduk melakar sesuatu di atas kertas putih.

”Kasih...”Wanita bertudung litup itu mendongak apabila mendengar suara sang arjuna yang amat dicintainya.Kasih bangun dari kerusinya.Seakan-akan tidak percaya jejaka yang selama ini dia nanti-nantikan muncul dihadapannya.Dia mempersilakan Kaer duduk.Wajah Kaer nampak semakin matang dengan menyimpan kumis nipis dan sedikit janggut.

”Kaer dah agak Kasih ownernya.Dah lama Kaer teringin nak jumpa tuan punya butik Kekasih ni,”ujar Kaer sambil diselangi ketawa kecil.Dia juga terpegun dengan wajah Kasih yang semakin ayu selepas menutup auratnya.

”Jom kita pergi minum petang.Kasih belanja,”pelawa Kasih.Mereka beringin menghampiri restoran Secret Recipe yang terdapat dikawasan itu.Mereka saling mencuri pandang antara satu sama lain.Kasih kagum melihat Kaer yang semakin kacak mengenakan kemeja putih dan memakai tali leher pink.Apatah lagi Kaer yang cukup terpegun dengan keayuan Kasih mengenakan jubah moden yang berwarna pink,sedondon dengan warna tali lehernya.

”Keep in touch yar.Apa-apa nanti Kaer akan mesej or call Kasih,ok?”

Kata-kata Kaer sebelum mereka berpisah tadi,membuatkan Kasih mula menaruh harapan,harapan untuk membina kembali istana cinta yang pernah dirobohkannya.

Kasih dan Kaer kembali menjalin hubungan yang sudah hampir setahun lebih berakhir tetapi hanya sebagai teman biasa.Kasih melihat kalendar di butiknya,2 Februari.Tarikh keramat yang menemukan mereka di tempat percutian dahulu,dan 2 Februari jugalah tarikh Kaer melamar untuk menjadi raja dihatinya.Kasih tersenyum.

”Hai Cik Kasih senyum sorang-sorang nampak,ingat Encik Kaer lah tu.Ni saya nak sampaikan pesanan,Encik Kaer ajak Cik Kasih dinner malam ni,”ujar pekerjanya yang berwajah bulat itu,Sakinah.Kasih malu dengan pekerjanya sendiri.

Sudah dua bulan mereka kembali berkawan,hati Kasih seakan kembali dicorak bunga-bunga cinta apabila Kaer mengajaknya makan malam pada tarikh 2 Februari.Seolah-olah hari ini juga akan mencatat sesuatu yang mungkin akan diingat mereka sampai bila-bila.Ibunya mengusik mungkinkah Kaer ingin melamarnya.Kasih semakin bersemangat untuk menemui Kaer.Dia semakin galak memilih pakaian yang paling cantik dan berhias semanis mungkin.

”Bisakah yang terpadam dinyala,bisakah yang dibenci dicinta...”bait-bait lagu Siti Nurhaliza berkumandang di radio seolah mengerti perasaan hatinya yang ingin kembali kepada cinta lamanya.Namun bisakah Kaer menerimanya kembali?Bisakah???

”Cantik Kasih malam ni,”puji Kaer ikhlas apabila dia melihat Kasih yang berada di hadapanya.Dipelawa Kasih untuk ke meja yang sudah ditempah.Hotel Hilton tempat mereka menyambut ulangtahun pertama mereka,seolah-olah Kaer cuba membuatkan dia kembali merindui detik-detik itu.Bisakah detik itu berulang dan menjadi lagi bermakna?Kasih mengelamun.

”Kasih,Kaer ade something special yang nak bagitau,”ujar Kaer selepas mereka sudah habis menjamu selera.Kasih mengangguk.Tangan Kasih digenggam Kaer.Hati Kasih resah,resah dengan genggaman Kaer.Sudah lama dia tidak dibelai tangan ini.Tangan yang suatu masa dulu sentiasa mengenggam jari-jemarinya,yang membelai rambutnya.Kaer tersenyum,satu kotak kecil bersalut kain baldu di letakkan di atas tangan Kasih.Kasih terpana.Kaer ingin melamarnya?Alangkah indah hidupnya...

”Bukalah...”pinta Kaer selepas Kasih merenung matanya.Kasih membukanya dengan perlahan-lahan.Cincin berlian bertakhta satu itu amat berkilau dan cantik dipandangnya.Hati perempuan mana akan menafikan kecantikan cincin berlian.

”Kasih suka,cantik sangat Kaer.”Kaer tergelak girang mendengar pujian itu.Tangan Kasih dirangkulnya lagi tetapi sekejap sahaja.Kotak cincin itu diambilnya.Kasih juga tersenyum bahagia.

”Hope Sharine will love it too.Thanks.”Kata-kata Kaer bagaikan kilat yang memanah jantung hatinya.Who’s Sharine?Kenapa Sharine perlu menyukainya juga?Kasih keliru.Wajahnya berubah.Kaer masih ketawa,semakin galak apabila melihat Kasih terpinga-pinga.

”I will marry Sharine this year.So,this ring to purpose her tomorrow.Kaer nak tanya pendapat Kasih tentang cincin tu.Alhamdullilah kalau Kasih suka,”ujar Kaer panjang lebar tetapi kata-kata itu menyakitkan hati Kasih.Meruntuhkan harapan Kasih serta merta.Matanya berkaca.Tanpa sempat ditahan,mutiara jernih itu membasahi pipinya.Tanpa berfikir panjang Kasih terus berlari keluar dan menuju ke kereta.Kaer tergamam dengan tindakan Kasih.Kenapa Kasih memberi tindakbalas begitu?Cinta lagikah Kasih padanya?Kaer cuba mengejar Kasih tetapi terlambat apabila melihat kereta CRV itu berderum laju.Kaer serba salah.Dia tidak menyangka Kasih masih mencintainya.Cintanya pada Kasih sudah terpadam sejak setahun lagi meskipun ia sukar.Kini dia hanya menganggap Kasih teman baiknya.Kaer kecewa kerana tidak bisa melihat cinta yang masih berbekas di dasar hati bekas kekasih hatinya.Dulu dia akui memuja Kasih dan cukup derita selepas dilukai.Masa yang diambil untuk merawat luka itu juga hampir bertahun-tahun.Kini dia telah menemui cahaya hatinya yang sebenar.Sharine gadis metropolitan yang mempunyai akhlak yang mulia akan menjadi suri hidupnya.Sharine jauh berbeza dari Kasih.Kerana Sharine dia mampu pulih kembali dan menjalani kehidupan yang semakin terurus.Bukan dia tidak mencintai Kasih,tetapi sekali hatinya dilukai dengan cara begitu Kaer tidak mungkin memaafkannya dan kembali bersatu cinta.Keputusannya muktamad.Kasih akan dijadikan kenangan terindah dalam diari cintanya.

Kasih memandu laju keretanya tanpa rasa gerun dihati.Air matanya tidak pernah kering dipipi.Kasih sudah penat untuk menyeka titisan-titisan itu.Tergamak Kaer melukai hatinya sebegitu rupa.Tiba-tiba siaran radio yang didengarinya memutarkan lagu bisakah.Hatinya semakin terguris.Bait-bait lagu itu dihayatinya dengan penuh penghayatan.

Selepas lagu itu berakhir,hatinya membisikkan...Kasih kau tak kan pernah bisa memiliki dia...Kaer,izinkan Kasih mencintaimu walaupun kita tidak dapat bersama...Kasih sudah penat menyeka titisan jernih yang tidak pernah berhenti membahasi pipi mulusnya.Hatinya benar-benar dihiris dengan luka yang cukup mendalam.Kasih akhirnya pasrah...kisahnya dengan Kaer sudah menemui noktahnya!

imz said :

hey guys...st0ry ni imz create based on lagu BISAKAH-SITI NURHALIZA...so,enjoy reading n hope u all like it yar...sory masih banyak kekurangan dalam penulisan cerpen ini...

Saturday, July 11, 2009

prakTIKUM z0Ne....

hyep2...
happy weekEND

from imZen d'zOne

dah lama orang tak update blog..
sebabnya?
1. sibuk dengan praktikum dua minggu
2. internet kat hostel tak dapat
3. tak ada idea nak tulis or share apa2...

sekarang dah masuk 2 minggu orang jalani praktikum kat sekolah area ARAU..
so far so g00d..orang dapat 7 waktu untuk matematik year 4 and
2 waktu pendidikan jasmani tuk year 4 jugak..

1st time masuk kelas 4 Cemerlang tu...tergamam sekejap..ada 45 murid..ramai gila..
tapi nak tak kena la terima..anggap jela cabaran..patut r kawan orang cakap,dia tak mengajar
kat semenanjung sebab satu kelas ramai...huhu...nak compare dengan pedalaman kat Sabah tu memang la jauh bezanya..

tapi tak apa..sahut sebagai cabaran..memandangkan cikgu2 sek tu cakap kelas 4c ni glamor jugak dengan kenakalannya,so orang wat la masuk2 muka garang...
huhu...garang la sangat..
1st day boleh la kawal..then lama2...dorang memang susah nak dikawal..
budak perempuan ok..budak lelaki yang nakal sikit..dorang ni tak la perangai buruk tapi juz suka cakap banyak...sampai bising la satu kelas dibuatnya..
pening2 kepala cikgu sayang oiii..

actually orang dah rasa sayang kat budak2 ni...sebab dorang tiut2 jugak la..hehe..tak ade lah...anak murid sendiri kita kenalah sayang kan..huhu..
nanti kalau rajin..orang share dorang punya pic k..

ok..kita tukar topic..isnin depan 20hb ni..kita akan menyambut ISRAK MIKRAJ kan..so ape lagi holiday ler...hehe...nasib baik Perlis ambil cuti ni..so,kita enjoy !!!
tak adelah..orang juz plan nak turun KL..nak jumpa anak-anak buah kat KL..KHAYLA & HARRIS da balik KL...dorang pun dah makin besar,sebulan dua dah...masa ni la best nak lambung2..hehe...
tak sabarnya chek sue nak jumpa korang....rinduuuuuuuuuuuuuuuu

apa korang punya plan cuti ni???
apa2 pun juz happy k...dun be sad

Imz'Journey

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails

Monday, July 27, 2009

WeekEND holiDAY....

Posted by imz at 8:36 PM 0 comments

Posted by imz at 9:05 PM 0 comments

salam guys..
hari isnin hari tu orang da kembali ke Kangar dari KL..
best ler spend time kat KL dengan my family..
melayan kerenah anak-anak buah seronok..
then..orang da beli camera digital
seronok sangat,keje snap picture makin bertambah la nampak gayanya..
hehe

camera PANASONIC LUMIX pink colour posing...huhu...
gallery at imZone..perasan tul

Semakin banyak la orang dapat snap picture…huhu..

Friday, July 17, 2009

KL now.....m00d sh0pping!!!

Posted by imz at 11:24 AM 0 comments
atlast...
sampai jugak kat KL selepas derita sepanjang perjalanan dari Kangar ke KL.sebab apa derita??haaa...ni habaq mai..huhu...tukar loghat la pulak..orang naik bus kul 1 petang tadi,bus apa lagi...TRANSNASIONAL edisi SKYVIEW,bus yang dua tingkat tu la...
sebenarnya,orang tak suka naik bus jenis tu,dah la tak ada single seat..then nak ditambahkan ujian pada hari ini,air-cond bus la mati.....langsung tak ada air-cond,rasa macam hidup dalam ketuhar je!Dari Kangar ke Alor Star tu pun dah rasa penyeksaan yang amat...berpeluh-peluh semua..ingatkan si driver nak tukar bus ke,servis dulu ke..rupanya tak.Dia terus je drive sampai ke KL..so,korang imagine macam mana semua penumpang rasa???Lagi satu bus yang jenis dua tingkat ni memang jalan slow jer sebab tak berapa stabil..so,perjalanan tadi memakan masa 9 jam.satu penyeksaan yang amat orang rasa...memang dah tekad da tak nak naik bus TRANS lagi.Cukup la!
Dalam pukul 10 sampai kat Jalan Duta,Kak Long datang ambil.alih-alih tengok Kak Unie ada,dia bawak Khayla sekali..hehe...suka-suka!!! kesian Khayla..sampai tertidur dia tunggu chek sue dia sampai..sorry ya cayang.Then...kita orang terus balik rumah,tapi sempat lagi bungkus nasi goreng..sebab orang dah kebulur ni..bila sampai kat rumah,Khayla dah mula bangun..hehe...sempat la main dengan dia sekejap..dia dah pandai bercakap dengan kita..tu yang seronok..
esok orang dah nak pergi beli digital camera...yahooooooooo....duit sendiri beb!!! sementara ada duit ni..kita enjoy.da tak ada duit nanti..duduk diam-diam,makan maggie kat hostel..hahaha...insyaALLAH orang cuba spend money dengan sehabis baik...k la,guys..kalau kawan-kawan orang ada baca ni,hope korang pun bercuti dengan riangnya ya tapi jangan lupa RPH minggu depan!!!

Thursday, July 16, 2009

whatz my m00d now???

Posted by imz at 8:19 AM 0 comments

hey guyz...

esok berakhirnya minggu ketiga orang praktikum...so,still tinggal lagi 5 minggu..how do i feel?if u ask me right now...i will answer DUN KNOW !!! ntah la..orang pun tak tahu nak cakap macam mana...bukan orang tak happy,happy jer...maybe juz tired kot..actually orang nervous + berserabut kepala otak bila orang tak sempat lagi di pantau @ observe oleh lecturer or cikgu pembimbing..kawan2 yang lain ramai da kena observe,so dorang boleh la relax for a moment..but me?menunggu dengan penuh debaran..sepatutnya esok,lecturer minor nak observe orang untuk Pendidikan Jasmani tapi atas sebab-sebab tertentu,dibatalkan.siapa tak stress?adushhh...kena sakit otak lagi nak buat RPH PJ tuk minggu depan.ahhhh...nak pilih tunjang apa?asyik2 kecergasan...da benda tu ada idea..nak kemahiran?makkk oiii..apa yang orang tau.dats y la orang jadi cam ni...then,t0day orang masuk kelas MATH untuk 30 mins je..satu waktu je.so,orang juz discuss the worksheet..t0day 4C still macam biasa,dah tak makan saman kalau kita marah2 pun..sape yang tak frust?atlast..orang pun dah give up..memang tak ada m00d langsung nak marah budak-budak tu..lagi satu memang da sifat orang,tak suka nak marah2..tapi sometimes kita perlu,tak nak bagi dorang naik kepala.tapi orang tak tau lah macam mana lagi nak kawal 4C tu..hope one day dorang akan behave their attitude especially depan lecturer time observe..
kalau tak mati lah orang...ishhhhhhhhhhh

esok..orang balik KL,bus kul 1.00 petang..habis sekolah,kul 12.10 orang terus je suruh kawan hantar ke stesen bus..harap-harap leh release tension bila lepak KL.nak spend quality time wit my heart...oppssss! bukan kekasih ya..anak2 saudara orang la..
da kangen banget ni..huhuhu...
pagi 20hb dah naik bus balik Kangar pulak...emm...start the new episode as a teacher !!!
can i st0p the time??

Kisah Kasih Kaer...(mykarya)

Posted by imz at 7:23 AM 0 comments

Puan Mimi menguak pintu bilik anak gadisnya. Gerak geri Kasih Qistina diperhatikannya. Kasih Qistana benih cinta yang tersemai antara dia dengan arwah suaminya,Mohd Alif Hideataki. Pemuda jepun yang berjaya menambat hatinya ketika sama-sama belajar di Universiti Tokyo dua puluh lima tahun yang lalu. Cinta mereka mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana Alif Hideataki bukanlah dilahir sebagai seorang muslim.Namun demi cinta,Mimi tekad menikahi Alif selepas lelaki itu menunjukkan minatnya terhadap Islam.Selepas melahirkan puterinya,Alif dijemput oleh pencipta-Nya.Segala cinta,sayang Mimi pada Alif dicurahkan sepenuhnya buat puteri kesayangan,Kasih Qistina yang sudah menjangkau usia 21 tahun.

“Ibu janganlah risau,Kasih boleh berdikari..Kasih dah 21 tahun,bu..bukan budak-budak lagi,”keluh anak gadis berkulit putih gebu itu sambil memasukkan pakaiannya di dalam bagasi merah itu.

Puan Mimi tersenyum sinis sambil membantu anaknya mengemas.

”Ibu bukan tak nak ikut Kasih,tapi ibu betul-betul sibuk.Kasih jaga la diri betul-betul ya.Dah sampai nanti,bagitau ibu ya sayang,”pesan Puan Mimi selepas mengucup pipi anak manjanya.

Kasih memutar tombol pintu chalet itu.Nafasnya tercungap-cungap menahan kepenatan.Tubuhnya direbahkan ke atas tilam yang agak empuk.Hasratnya untuk bercuti di kepulauan diteruskan meskipun tanpa ibu tersayang.

”Alangkah indah kalau papa dan ibu ada bersama-sama dengan aku..”bisik Kasih apabila melihat keindahan pantai Pulau Redang melalui tingkap chaletnya.Kasih menyiapkan diri untuk berjalan menyulusuri persisiran pantai.

Sesekali kakinya di angkat kerana kesejukan terasa air pantai yang jernih itu.Sambil asyik melihat keindahan pemandangan di situ,bibirnya tidak jemu menyanyikan bait-bait lagu kesukaanya,bisakah daripada Siti Nurhaliza.Tiba-tiba satu cahaya terpancar ke mukanya.Kasih mencari arah cahaya itu.Dari jauh dia melihat seorang jejaka sedang memengang sebuah kamera,gaya seorang jurufoto.Kasih mula bengang,jejaka itu mengambil gambarnya tanpa kebenaran.Apabila jejaka itu perasan Kasih memperhatikannya,dia cepat-cepat mengalih pandang.Tidak puas hati dengan sikap jejaka itu,Kasih mendekatinya.

”Apasal awak tangkap gambar saya?awak sapa?”Soal Kasih dengan tegas.

Jejaka itu hanya tersenyum sinis.Mungkin kelakar melihat reaksi gadis cantik dihadapannya.Hati Kasih makin bengkak dengan respon jejaka itu,lalu merampas kamera digital itu dari tangan jejaka itu.

”Hey you!!!Asal agresif sangat?Give me back my camera,”marah jejaka itu.Wajahnya kelihatan merah padam tapi masih cute!

“O…boleh cakap rupanya.Bila I tanya,you diam je ehh??”Soal Kasih.Jejaka itu merampas kembali kameranya dari tangan Kasih lalu berlalu pergi meninggalkan Kasih yang masih terpinga-pinga dengan sikapnya.Kasih bengang!

Kasih terus bangkit dari katilnya selepas menerima ucapan selamat pagi daripada ibunya melalui telefon bimbit.Kasih mengorak langkahnya ke arah tandas,tiba-tiba kakinya tersepak satu helaian kertas.Kasih mencapai tangan mengutip kertas itu.Dia tergamam melihat fotonya bersantai di pantai semalam,dan pengirim itu menulis andai seorang itu bisa memiliki mu,dia insan yang bertuah..’Kasih tersenyum manis tetapi apabila teringat gelagat jejaka semalam yang kurang sopan hatinya kembali geram.Dia terus menyiapkan diri untuk menjamu sarapan pagi di dewan makan.

“Can I sit here?”Soal seseorang.Suara itu bisa membuatkan Kasih tersedak ketika minum.Kasih mendongak melihat wajah pemilik suara itu.Sah!!!Dia jejaka semalam.Kasih hanya mengawal perasaannya,dan membenarkan jejaka itu duduk semeja dengannya.Kehadirannya bisa merosakkan mood aku pagi-pagi ini,bentak hati Kasih.

“Makan roti je??”Soal jejaka itu sambil merenung telatah Kasih yang mengigit kepingan roti yang disapu mentega kacang.Kasih menjeling geram,apahal la si mamat ni.Dia hanya membisu,membiarkan soalan jejaka itu tanpa jawapan.Padan muka,semalam buat kerek dengan aku!

“Saya Kaer,orang KL.Cik adik yang makan roti ni nama ape?”

Kasih geli hati dengan pertanyaannya tapi dia cuba mengawal daripada tergelak.Dia tak mahu jejaka itu tahu bahawa dia senang dengan gurauan jejaka itu.Ohh...nama Kaer,best gak nama dia ehh..orangnya pun comel!

”Awak Kasih Qistina kan?”Kasih tersentak.Ehhh...mana dia tau.

”Ehh...mana awak tau ni?Awak ni spy ibu saya ke?”Soal Kasih dengan bersungguh-sungguh sambil menuding jari ke arah Kaer.Kaer hanya tergelak kecil,sekeping kad dihulurkan kepada Kasih.

”ini kad pengenalan cik Kasih yang terjatuh masa tengah menyapu peanut butter kat roti tadi,”jawab Kaer dengan selamba.Kasih terkejut,dia meraba-raba dompetnya yang diletakkan di dalam kocek seluar denimnya.

”Cari ni ke?Itu la..lain kali suka makan roti sekali pun,pegang purse baik-baik.Nasib baik saya yang jumpa,kalau orang lain.Dah lama cik Kasih jadi orang Indonesia,”ujar Kaer sambil tersenyum sinis melihat reaksi Kasih yang menyampah dengannya.Kasih terus merampas dompetnya dari tangan Kaer lalu bingkas bangun dari meja itu.

Ishh...macam mana la purse aku boleh terjatuh pulak.Buat malu je dengan mamat hensem tu!Arrgghhh....lantak dia la.Baik aku pergi mandi pantai pagi-pagi ni,mesti syok giler!

Kasih memakai singlet hitam dengan seluar tight hitam beriadah di tepi pantai.Rambut yang panjang diikat tinggi seperti ekor kuda.Badannya disapu losen untuk mengelakkan kulit terbakar.Kasih menghampiri gigi pantai dan mula berenang ke tempat lagi dalam.Kaer yang terpesona dengan kejelitaan gadis pan-asian itu memerhatikan dari jauh.Kaer pasti suatu hari nanti,dia yang akan menjadi insan bertuah yang bisa memiliki cinta gadis itu.

Kasih tiba-tiba tidak dapat mengawal dirinya apabila ombak yang menghempas semakin ganas sehingga dia hampir tenggelam dan sukar bernafas.Saat dirinya tidak berdaya,Kasih bagaikan dipaut seseorang.Tubuhnya didukung ke darat.Kasih menjadi lemah,pandangannya kabur.

”Kasih,kasih..awak ok tak?”Kasih terasa tubuhnya digoyang-goyang namun dia tidak mampu untuk membuka mata mahupun menjawab pertanyaan orang itu.Kasih seakan terdengar bisikan rintihan dari seseorang..Kasih,Kaer sukakan Kasih.Kaer nak kenal dengan Kasih dengan lebih rapat..tolonglah bangun Kasih..

”Kaer...”luah Kasih perlahan-lahan,matanya dibuka perlahan-lahan meskipun badannya masih terasa lemah selepas dibuai ombak ganas hampir lima belas minit.Kaer merapatkan telingannya di bibir Kasih.

”Ya Kasih.Kaer dengar..Kasih nak cakap ape?”Soal Kaer dengan cemas.

”Kasih nak kenal dengan Kaer jugak,”bisik Kasih meskipun kurang jelas namun membuatkan hati Kaer berbunga gembira.

Selepas peristiwa itu,Kaer dan Kasih menjadi lebih rapat.Sepanjang seminggu mereka di pulau itu,mereka menghabiskan masa bersama-sama dan cuba mengenali hati budi masing-masing.Dalam hati Kasih dan Kaer seolah-olah dicorak dengan bunga-bunga cinta.

”Esok Kasih tak payah lah naik flight,tumpang je Kaer balik dengan kereta ok?”Pinta Kaer sambil menguiskan kakinya bermain pasir pantai.Kasih membalas renungan Kaer dengan tajam.Beberapa minit kemudian,mereka mengalih pandangan ke arah lain.Muka Kasih merah padam menahan malu selepas ditenung lama oleh Kaer.

”Ibu,kenalkan Kaer,kawan Kasih masa kat Redang hari itu.Dialah yang selamatkan Kasih daripada lemas.”Kasih memperkenalkan Kaer pada Puan Mimi sebaik tiba mereka di Kuala Lumpur.Puan Mimi mempelawa Kaer makan malam dirumahnya sebagai balasan di atas pertolongan Kaer sepanjang anaknya berada di sana.Puan Mimi jelas sekali menyukai keperibadian jejaka yang tiga tahun lebih tua daripada anaknya.Malah pelajar yang mengikuti jurusan fotografi di Uitm,Shah Alam peringkat ijazah pandai mengambil hatinya dan bijak dalam berkomunikasi.

”Kasih boleh tak baca benda yang tersirat di sebalik foto ini?”Soal Kaer semasa membawa Kasih menghadiri pameran foto di tempat pengajiannya.Kasih merenung foto itu dengan penuh penghayatan.Kasih kemudian merenung wajah Kaer,lalu Kaer melemparkan senyuman nya yang macho.

”It like show dua insan that love each other but masing-masing berahsia.Am i right?”Kasih tersenyum manja selepas memberikan pendapatnya.Kaer meraih tangan Kasih dan digengam erat.Kasih terkasima dengan perlakuan Kaer namun dia tidak menolak.

”Don’t you think kita macam tu?”Tanya Kaer ikhlas sambil matanya merenung tajam mata gadis ala-ala jepun itu.Mata Kasih terkedip-kedip malu.Lalu dia mengangguk mengiyakan pertanyaan Kaer.Kaer meraih tangan Kasih,digengamnya erat.Cintanya pada gadis tinggi lampai ini semakin mekar,sukar untuk dipadam lagi.Hanya Kasih yang bertaktha dihatinya selepas sekian lama tempat itu ketandusan kasih sayang dari seorang gadis selepas Julia mengkhianati cintanya tiga tahun lepas.

”Kaer,Kasih sayang bangat sama kamu.Tau tak?”Luah Kasih saat mereka menghabiskan masa bersama-sama melihat matahari terbenam di waktu senja.Kaer memeluk erat bahu Kasih.Bau harum rambut Kasih menusuk ke hidungnya.Seharum itu jugalah kasih sayang Kaer untuk Kasih.

”Kaer pun cayang bangat sama Kasih.No one can replace you in my heart,dear.Promise Kasih tak akan mengkhianati cinta Kaer?”Rayu Kaer agar Kasih berjanji dengannya.Biar cinta mereka cinta mati.Tiada apa-apa yang bisa menghalang kasih sayang mereka.Kasih memeluk erat pingang buah hatinya.Kepalanya dilentokkan di bahu Kaer.

”i’m promise,bucuk.Our love is forever.”Kaer meraih tangan Kasih lalu diciumnya.Mereka memasuki perut kerete dan melunjur laju ke arah selatan.

Hubungan indah itu sudah terjalin dua tahun lamanya.Tiada sesiapa dapat memisahkan Kasih dan Kaer.Walau berbagai dugaan datang melanda,Kaer dan Kasih cuba mencari penyelesaianya.Namun,saat indah bersama seakan digoyah lagi.Kali ini dugaannya amat kuat. Apabila Kaer mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat master di Itali.

”Kasih,Kaer berat hati nak tinggalkan Kasih selama setahun setengah ni,”ujar Kaer penuh sayu.Kasih tunduk menahan air mata yang bercucuran.Wajah Kaer sukar ditatapnya.

”Kasih tak sanggup berjauhan dengan Kaer lama-lama.Tapi kalau ini untuk masa depan Kaer,dan masa depan kita.Kasih redha.”Kaer mengucup lembut dahi Kasih.Walau langkahnya berat,namun ini demi masa depannya,masa depan dia dan Kasih kelak.Kasih menuju kearah ibunya selepas Kaer melambaikan tangan buat kali terakhir.Penerbangan Kaer ke Itali sudah sepuluh minit berlalu,namun selama itulah air mata Kasih tidak berhenti menitis.Pujukan ibunya juga tidak memberi kesan.Kasih pasrah hari-hari yang mendatang,Kaer tiada disisinya.

”Kasih,Kaer pergi setahun lebih je.Sekejap je masa berlalu.Kan tiap-tiap hari Kasih dan Kaer boleh berhubung melalu cam call tu.Nak rindu apa lagi,sayang”Usik ibunya ketika menjamu selera di ruang makan.Wajah muram anaknya dapat diperhatikan.

Setiap malam,Kasih pasti log in yahoo messenger untuk berchatting dengan kekasih yang jauh diperantauan.Dengan adanya mic dan webcam,Kasih dan Kaer terasa mereka tak pernah jauh.

”Kaer,esok Kasih dah start praktikum dekat butik auntie Leona.Emmm...maybe pasni Kasih agak busy and i hope mylove will understand,”

”Its ok Kasih...Kaer faham..Kasih keje elok-elok tau.”

Baju kurung ungu disarungnya ke badan.Wajahnya yang putih hanya disapu bedak dan dicalitkan sedikit lipstik di bibirnya.Seperti kebiasaan,Kasih tidak suka bermekap tebal,cukup lah benda-benda asas kerana dia suka wajahnya kelihatan natural.Wajah persis bintang Jepun membuatkan dia kelihatan sungguh ayu dan menarik perhatian pelanggan ketika memasuki butik Citra Leona,milik ibu saudara kawannya.

Kasih memulakan tugasnya sebagai pereka pakaian di butik tersebut sambil dibantu pekerja-pekerja tetap.

”Kasih,auntie nak kenalkan dengan regular customer kita ni,”panggil Auntie Leona.Kasih bangkit dari kerusinya,mengatur langkah menghampiri perempuan Cina yang berusia 40-an itu dan disebelahnya seorang jejaka kemas memakai kemeja coklat.

”Zain ni anak regular customer kita,Datin Sofiah.Dia datang nak tempah baju his mom.Auntie nak Kasih colabrate dengan Zain untuk design baju mummy dia ye,”arah bossnya.Kasih hanya mengangguk dan mempelawa Zain ke ruang pejabat.Zain terkasima seketika apabila menatap wajah ayu milik Kasih dan terpukau dengan senyuman yang dilemparkan Kasih.

”I nak you design jubah untuk my mom.Next month,birthday my mom so i nak ia jadi present untuk for her.Will you,miss Kasih?”Soal Zain sambil matanya merenung tepat ke arah wajah Kasih.Kasih mendongak dan matanya dengan mata Zain bertaut seketika.Kasih terus mengalih pandang namun dia tidak nafikan Zain memiliki wajah yang tampan dan mampu mengelora jiwa anak gadis tapi bukan jiwanya.Jiwanya hanya bisa bergelora apabila menatap wajah Kaer.

Sudah sebulan Kasih menjalani praktikum di situ,dan sepanjang itu Auntie Leona berpuas hati dengan hasil rekaanya.Malah Datin Sofiah juga terpegun dengan hadiah harijadi daripada anak terunanya,Zain.Sejak itu,Datin Sofiah semakin kerap menempah baju dan perantaranya ialah Zain.Zain semakin bijak mengatur langkah untuk mendekatkan dirinya dengan Kasih.Wajah Kasih sering menganggu tidurnya.

”Kasih dah lunch?Kalau lum,jom kita lunch sama-sama,”pelawa Zain.Kasih sudah dapat mengangak jejaka berwajah inggeris cuba mendekatinya.Pada awalnya Kasih kurang senang tapi melihat keikhlasan Zain,dia mula sukar untuk menolak tapi itu bukan bermakna Zain mencuri hatinya.Zain hanya dianggap teman biasa.Tiada siapa dapat merampas takhta Kaer di hatinya.

”Kasih,mama tengok seminggu dua ni Kasih jarang online dengan Kaer.You all gaduh ke,”tanya Mimi sewaktu mereka breakfast sama-sama.Kasih berhenti mengigit roti.Roti diletakkan kembali ke piring.Dia menunduk dan mengeluh kecil.

”Kaer busy dengan tesis dia,bu.Lagipun Kasih pun semakin banyak kerja dekat butik tu.Balik-balik dah penat,terus je la tidur,”jelas Kasih.Mimi mengenggam erat tangan anak gadisnya menunjukkan simpati.

”Tapi ibu jangan risau,we all masih seperti dulu.Kasih dan Kaer still love each other tau,”bisik Kasih manja.Ibunya ketawa kecil sambil mencubit pipi anak gadisnya.Kasih memang seorang anak yang manja apatah lagi dengan ibunya.Selepas meneguk air susu yang dibuat ibunya,Kasih bingkas bangun dari kerusi menuju ke arah kereta Switch warna merah miliknya.

”Hye Kasih.You look so awosome dengan kebaya purple ni,”puji Zain apabila memandang Kasih.Kasih tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Mereka berjalan seirangan menuju ke kereta pacuan empat roda,CRV milik Zain.Kasih dan Zain menjamu selera di restoran masakan kampung.Zain menarik kerusi mempelawa Kasih duduk.

”Kasih dengan Kaer macammana?Bila dia nak purpose you?”Tanya Zain selepas mereka selesai menjamu selera.Kasih tergelak dengan soalan Zain.Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam usia muda.

”To early la nak fikir soal tu.We all still nak further study lagi.Dah stabil nanti,baru fikir kot,”jawab Kasih ikhlas.Zain turut tersenyum dan tiba-tiba matanya cuba menangkap mata Kasih.Kasih mula kurang selesa bila Zain merenungnya tajam.

”Kalau macam tu,peluang Zain masih cerahkan?”Soal Zain tiba-tiba.Kasih hampir tersedak mendengarnya.Kasih mula berlagak biasa dan tergelak kecil menganggap pertanyaan Zain hanya gurauan.

Hubungannya dengan Zain sudah menjangkau usia lima bulan dan Kasih mula akui dia selesa berkawan dengan Zain.Zain lah tempat dia mengadu masalah dan menceriakan hari-harinya di bumi Malaysia selepas ketiadaan Kaer.Namun dia hanya menganggap Zain sebagai teman biasa.

”Are you really busy?Kaer rasa kita dah susah nak contact sekarang.Why,dear?”Tanya Kaer serius.Dia mula berasakan Kasih semakin jauh darinya.Kasih semakin kerap menolak untuk online dengannya,alasan Kasih hanya busy,busy,busy.Kaer betul-betul merindui kekasih hatinya dan dia tidak pernah berniat untuk menduakan Kasih meskipun dia mempunyai peluang untuk melakukan pengkhianatan itu.Di bumi Itali,tiada siapa mengenalinya dan jika dia melakukan hubungan sulit dengan mana-mana perempuan,Kasih mungkin tidak akan mengetahuinya.Tapi hati Kaer jujur dan suci dalam percintaan,dia tidak mahu meruntuhkan istana cintanya dengan Kasih hanya semata-mata mereka jauh.Namun Kaer juga berharap Kasih juga begitu.

”I’m really busy,dear.Tak kan tu pun Kaer tak boleh faham.”Kasih mula berubah sikap.Dia sudah mula meninggikan suara dengan Kaer.Sejak hari itu,hubungan mereka semakin renggang dan jarang berhubung.Kasih akui dia mula bersikap dingin dengan Kaer sejak dia semakin rapat dengan Zain.Dia juga keliru dengan sikapnya.Hatinya hanya untuk Kaer tetapi jasadnya sentiasa bersama Zain.Mungkinkah dia mencintai Zain?Kasih kebingungan.Mungkin dia kesunyian dan memerlukan seseorang untuk menjadi temannya.

”Why Kasih behave like this?Ibu tak ajar pun Kasih jadi macam ni.Kaer dekat oversea punyalah setia dengan Kasih,tapi Kasih kat sini enjoy dengan Zain.Kasih tak rasa Kasih berlaku curang dengan Kaer ke?”Tegur ibunya tegas sebaik sahaja Kasih melangkah kaki ke dalam rumah tepat jam 10malam selepas keluar berjalan-jalan dengan Zain.

”Ibu,Kasih dengan Zain tak ada apa-apa hubungan.We just friends.Tak kan tu pun tak boleh,”jawab Kasih dengan nada agak tinggi.

”Just friends you said tapi everyday Kasih dengan Zain kan?Kasih tak sedar ke you make Kaer jealous.Then,sejak kebelakangan ni ibu tengok Kasih jarang sangat online dengan Kaer.”

”Kan Kasih kata Kaer busy dengan study dia.”

”Kalau dia busy kenapa dia sempat je call ibu,tanya perkembangan Kasih melalui ibu.Tak pelik ke?”Puan Mimi semakin geram dengan alasan-alasan anaknya.Dia tidak pernah mengajar anaknya menipu.Kasih mula bengang dengan sikap Kaer yang begitu curiga dengan pergaulannya.Kasih terus meninggalkan ibunya dan memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

Kasih terus mendail nombor Kaer dan berbincang dengan Kaer.Dia memohon Kaer memahami kesibukannya.Kaer akur dengan permintaan cahaya hatinya.Demi Kasih,Kaer rela mengalah meskipun hatinya terluka.Terluka dengan sikap Kasih yang mula abaikannya.

Hubungan Kasih dan Zain masih mekar terjalin.Bagaikan belangkas,mereka sering bersama.Malah Kasih mula akui Zain mempunyai sikap yang begitu membuatnya selesa.Hidupnya yang dulu kebosanan selepas pemergian Kaer diisi dengan kehadiran Zain.

”Kasih,boleh ke hubungan kita pergi lebih jauh?I really like you and hope you will be mine,”rayu Zain sambil mengengam erat tangan Kasih.Kasih menolak tangan Zain.Kasih tidak boleh menipu Zain,hatinya masih berpihak pada Kaer dan Zain dianggap hanya tempat dia menghilangkan kesunyiannya.

”Zain,i dah ade Kaer.I really love him.I hope you understand.”

”If you really love him,why still hang out with me.Kasih,you belum cinta Kaer sepenuh hati,thats why you still boleh keluar dengan Zain selalu.You tak setia dengan dia.You happy bila keluar dengan i,you tak fikir pasal Kaer kan when we are together.It means you not love him deeply,”terang Zain dengan jelas.Kasih terpana dengan kata-kata Zain.Betulkah dia yang mengkhianati cinta Kaer?Betulkah dia yang tidak setia pada Kaer?Kasih keliru.Kata-kata Zain ada benarnya.Jika dia mencintai Kaer,kenapa dia sanggup keluar dengan lelaki lain bukan sekali tetapi berkali-kali.Malah hampir lima bulan dia banyak menghabiskan masanya bersama dengan Zain.Mungkinkah Zain yang dicintainya?Mana janji dia untuk setia dengan Kaer?Kasih sebak apabila memikirkan semua itu.Kasih menyeka air matanya yang mula membasahi pipinya.Zain jadi serba salah apabila melihat keadaan Kasih.Tanpa berlengah,dia memujuk Kasih bertenang dan segera menghantar Kasih pulang.

”Awal balik?”Tegur Puan Mimi yang berbaur sindiran.Sejak kejadian hari itu,dia jarang bertegur sapa dengan anaknya sendiri.Dia tidak suka anaknya mempermainkan perasaan orang.Kasih tidak mengendahkan teguran ibunya dan dia terus berlalu.Kasih menghempaskan badannya di katil.Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu my baby you tanda panggilan dari Kaer.Dia teragak-agak untuk menjawab.

”Hello...”

”Kasih,hilangkah perasaan sayang Kasih pada Kaer sampai Kasih sanggup mengkhianati cinta kita,”suara Kaer terketar-ketar.Kasih dapat mengangak Kaer sedang sebak.Kaer sanggup menitis air mata deminya.Kasih juga turut menangis.Soalan Kaer sukar dijawabnya.Dia hanya membisu,hanya terdengar tangisannya sahaja di corong telefon Kaer.

”Kasih,Kaer mohon maaf.It’s over!”Lantang suara Kaer mengucapkan perkataan itu.Kasih tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut kekasihnya.Tanpa sempat di memberi respon,Kaer sudah menamatkan panggilan.Kasih terus mendail nombor Kaer namun hampa,hanya suara operator yang didengarnya.Kaer mematikan telefonnya.Berkali-kali Kasih mencuba,namun hasilnya masih sama.Kasih menjerit nama KAER !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.Puan Mimi yang berada di tingkat bawah terkejut mendengar jeritan anak gadisnya.Dia terus berlari mendapatkan anaknya.

”Ibu,Kaer.....”terketar-ketar suara Kasih apabila melihat ibunya.Puan Mimi sudah mengerti,tubuh anaknya dirangkul.Dia juga kecewa dengan perpisahan anaknya dengan Kaer.Namun semua ini silap anaknya sendiri yang tidak jujur.Kasih menangis sehingga sendu senda,matanya bengkak.Dia mula sedar cintanya hanya untuk Kaer.Kehilangan Kaer seolah-olah meragut seluruh jiwanya.

Sudah seminggu berlalu,Kasih masih tidak dapat menerima kenyataan.Dia hanya berkurung di bilik dan melihat kenangan-kenangannya semasa mereka bercinta.Sudah puas dia cuba menghubungi Kaer tetapi jejaka itu sudah menamatkan semua talian.Kaer tidak dapat dijejakinya.Kasih kecewa kerana perpisahan ini berpunca dari dirinya.Dia yang alpa selepas kehadiran Zain.Zain hanya menemani hari-harinya,bukan mengantikan tempat Kaer.Malah panggilan Zain pun tidak dijawabnya.

”Sudah sebulan Kaer balik,ibu.Ibu sihat ke?”Kaer menemui Puan Mimi di sebuah restoran.Walau apapun yang terjadi antara dia dengan Kasih,Puan Mimi masih dianggap ibunya.Puan Mimi ingin mengetahui kesudahan hubungan Kaer dan Kasih.

”Ibu,Kaer balik awal ni semata-mata nak buat kejutan pada Kasih.Masa Kaer sampai di rumah ibu malam itu,Kaer nampak Kasih keluar dari kereta lelaki tu.Hati Kaer terluka,bu.Kaer ekori Zain dan slow talk dengan dia.Dia yang menceritakan segala-galanya.Zain juga mengaku pada Kaer yang dia mencintai Kasih.Kaer tak boleh terima,bu apa yang Kasih dah buat belakang Kaer.Kaer rela berundur,biarlah Zain memiliki Kasih,”jelas Kaer panjang.Air matanya hampir tumpah namun dia cuba mengawal.Puan Mimi tunduk,dia betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku.

”Tapi ibu yakin Kasih hanya cintakan Kaer,bukan Zain.”

”Kaer harap ibu faham.Hati mana yang tak terluka bila kekasih hati sendiri sanggup keluar dengan lelaki lain.Kasih dah buat Kaer hilang kepercayaan.Tak guna kami teruskan kalau Kaer dah mula tak percaya dia,bu.Kaer mintak maaf,”

Kasih menarik selimut,menutupi badannya.Tangannya meraih gambar-gambarnya bersama Kaer dibawa ke dadanya.Dipeluk erat.Rindunya pada Kaer mengatasi segala-galanya.Dia menyesal dengan apa yang berlaku dan dia ingin menebus balik kesalahan itu walau dengan cara apapun asalkan Kaer kembali ke pangkuannya.Sudah dua minggu dia tidak menghadiri kelas hanya kerana kecewa dengan perpisahan itu.

Selepas pulang dari berjumpa dengan Kaer,Puan Mimi menjengah bilik anaknya.Dilihatnya Kasih masih tidur sambil gambar-gambar kenangan mereka bertaburan di atas katil.Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang tetapi Kasih masih di katil dan belum mandi apatah lagi makan.Dia merapati anaknya,diusapnya rambut Kasih.Puan Mimi terkejut apabila berasakan dahi anaknya panas.Kasih demam!

”Ibu,Kasih ok.Kasih tak nak jumpa doktor,”rayu Kasih selepas ibunya meletakkan kereta di hadapan poliklinik Dr Zahar.Puan Mimi tidak menghiraukan rengekan anaknya.Tubuh Kasih di rangkulnya.Badan Kasih yang lemah dipautnya perlahan-lahan.Kaer yang kebetulan melalui jalan itu ternampak Kasih dengan ibunya.Hatinya sayu melihat keadaan Kasih yang lemah.Dia memberhentikan kereta dan segera menghampiri mereka.Kasih hanya membiarkan dirinya dipaut tanpa menyedari jejaka itu ialah lelaki yang sangat dirinduinya.Tiba-tiba Kasih mendongak apabila terdengar suara yang amat dirinduinya dan bagaikan hali lintar Kasih terus merangkul badan Kaer.Kaer terkejut dengan perlakuan Kasih dan cuba meleraikan pelukan itu kerana mereka berada di tempat awam.Banyak mata yang memerhatikan mereka.Puan Mimi juga malu dengan tindakan anaknya.Kaer segera menghantar Kasih memasuki bilik pemeriksaan.

”Kaer,please....don’t ever leave me,dear,”rayu Kasih sambil menangis.Kaer menahan sebak dan dia kuatkan hati meleraikan pelukan Kasih.Tangan Kasih direntap kasar dan tanpa belas kasihan,Kaer terus berlalu pergi.Puan Mimi merangkul tubuh anaknya yang cuba mengejar Kaer.Doktor dan jururawat segera mendapatkan Kasih dan memberi satu suntikan agar Kasih bertenang.Puan Mimi mengesat air mata,dia tidak menyangka anaknya derita dengan perpisahan ini.

Kaer membuka pintu kereta.Dihentak kepalanya di stereng kereta.Kaer akui tindakannya kejam merentap tangan Kasih tetapi hatinya lagi terluka.Kasih cuba menduakannya.Walau hatinya masih mencintai Kasih,tetapi peristiwa malam itu masih kuat mempengaruhinya.Di depan matanya,dia melihat lelaki lain mencium tangan gadis yang paling dia sayangi.Kasih begitu mudah merelakan perlakuan itu tanpa memikirkan dirinya.Kasih curang!

Sudah sebulan berlalu,Kasih masih begitu tetapi dia cuba menguatkan semangat menghadiri kuliah.Selepas waktu kuliah,Kasih akan terus pulang ke rumah.Masanya banyak dihabiskan dirumah.Kasih menghampiri keretanya,tiba-tiba satu tangan meraih tangan kirinya.Kasih menoleh.Wajah jejaka kacukan inggeris itu ditatap lama.Kasih merentap tangannya dari Zain.

”Kasih,give me chance to complete puzzle in your life,”rayu Zain.Kasih diam.Dia terus memasuki perut kereta tanpa menghiraukan Zain.Zain kecewa.Matanya hanya melihat kereta Kasih berlalu pergi.Kaer yang kebetulannya ingin menemui Kasih terpaksa menyaksikan adegan itu.Dia pasti Zain juga tulus mencintai Kasih.Kaer rela melepaskan Kasih kepada Zain.

Setahun berlalu,Kasih sudah menamatkan pengajiannya.Kini dia membuka butik sendiri berbekal modal yang diberikan ibunya.Walaupun baru dibuka dua bulan,butik Kekasih mendapat sambutan yang memberangsangkan.

”Kalau encik nak design yang ekslusif,encik boleh jumpa boss saya di office,”pekerja berusia 20 tahun itu menunjukkan ruang pejabat yang kecil di sebelah dalam butik itu.Jejaka bert-shirt putih dan berseluar denim itu menghampiri ruang pejabat itu.Dia memberi salam dan salamnya disahut oleh seorang wanita yang tengah asyik menunduk melakar sesuatu di atas kertas putih.

”Kasih...”Wanita bertudung litup itu mendongak apabila mendengar suara sang arjuna yang amat dicintainya.Kasih bangun dari kerusinya.Seakan-akan tidak percaya jejaka yang selama ini dia nanti-nantikan muncul dihadapannya.Dia mempersilakan Kaer duduk.Wajah Kaer nampak semakin matang dengan menyimpan kumis nipis dan sedikit janggut.

”Kaer dah agak Kasih ownernya.Dah lama Kaer teringin nak jumpa tuan punya butik Kekasih ni,”ujar Kaer sambil diselangi ketawa kecil.Dia juga terpegun dengan wajah Kasih yang semakin ayu selepas menutup auratnya.

”Jom kita pergi minum petang.Kasih belanja,”pelawa Kasih.Mereka beringin menghampiri restoran Secret Recipe yang terdapat dikawasan itu.Mereka saling mencuri pandang antara satu sama lain.Kasih kagum melihat Kaer yang semakin kacak mengenakan kemeja putih dan memakai tali leher pink.Apatah lagi Kaer yang cukup terpegun dengan keayuan Kasih mengenakan jubah moden yang berwarna pink,sedondon dengan warna tali lehernya.

”Keep in touch yar.Apa-apa nanti Kaer akan mesej or call Kasih,ok?”

Kata-kata Kaer sebelum mereka berpisah tadi,membuatkan Kasih mula menaruh harapan,harapan untuk membina kembali istana cinta yang pernah dirobohkannya.

Kasih dan Kaer kembali menjalin hubungan yang sudah hampir setahun lebih berakhir tetapi hanya sebagai teman biasa.Kasih melihat kalendar di butiknya,2 Februari.Tarikh keramat yang menemukan mereka di tempat percutian dahulu,dan 2 Februari jugalah tarikh Kaer melamar untuk menjadi raja dihatinya.Kasih tersenyum.

”Hai Cik Kasih senyum sorang-sorang nampak,ingat Encik Kaer lah tu.Ni saya nak sampaikan pesanan,Encik Kaer ajak Cik Kasih dinner malam ni,”ujar pekerjanya yang berwajah bulat itu,Sakinah.Kasih malu dengan pekerjanya sendiri.

Sudah dua bulan mereka kembali berkawan,hati Kasih seakan kembali dicorak bunga-bunga cinta apabila Kaer mengajaknya makan malam pada tarikh 2 Februari.Seolah-olah hari ini juga akan mencatat sesuatu yang mungkin akan diingat mereka sampai bila-bila.Ibunya mengusik mungkinkah Kaer ingin melamarnya.Kasih semakin bersemangat untuk menemui Kaer.Dia semakin galak memilih pakaian yang paling cantik dan berhias semanis mungkin.

”Bisakah yang terpadam dinyala,bisakah yang dibenci dicinta...”bait-bait lagu Siti Nurhaliza berkumandang di radio seolah mengerti perasaan hatinya yang ingin kembali kepada cinta lamanya.Namun bisakah Kaer menerimanya kembali?Bisakah???

”Cantik Kasih malam ni,”puji Kaer ikhlas apabila dia melihat Kasih yang berada di hadapanya.Dipelawa Kasih untuk ke meja yang sudah ditempah.Hotel Hilton tempat mereka menyambut ulangtahun pertama mereka,seolah-olah Kaer cuba membuatkan dia kembali merindui detik-detik itu.Bisakah detik itu berulang dan menjadi lagi bermakna?Kasih mengelamun.

”Kasih,Kaer ade something special yang nak bagitau,”ujar Kaer selepas mereka sudah habis menjamu selera.Kasih mengangguk.Tangan Kasih digenggam Kaer.Hati Kasih resah,resah dengan genggaman Kaer.Sudah lama dia tidak dibelai tangan ini.Tangan yang suatu masa dulu sentiasa mengenggam jari-jemarinya,yang membelai rambutnya.Kaer tersenyum,satu kotak kecil bersalut kain baldu di letakkan di atas tangan Kasih.Kasih terpana.Kaer ingin melamarnya?Alangkah indah hidupnya...

”Bukalah...”pinta Kaer selepas Kasih merenung matanya.Kasih membukanya dengan perlahan-lahan.Cincin berlian bertakhta satu itu amat berkilau dan cantik dipandangnya.Hati perempuan mana akan menafikan kecantikan cincin berlian.

”Kasih suka,cantik sangat Kaer.”Kaer tergelak girang mendengar pujian itu.Tangan Kasih dirangkulnya lagi tetapi sekejap sahaja.Kotak cincin itu diambilnya.Kasih juga tersenyum bahagia.

”Hope Sharine will love it too.Thanks.”Kata-kata Kaer bagaikan kilat yang memanah jantung hatinya.Who’s Sharine?Kenapa Sharine perlu menyukainya juga?Kasih keliru.Wajahnya berubah.Kaer masih ketawa,semakin galak apabila melihat Kasih terpinga-pinga.

”I will marry Sharine this year.So,this ring to purpose her tomorrow.Kaer nak tanya pendapat Kasih tentang cincin tu.Alhamdullilah kalau Kasih suka,”ujar Kaer panjang lebar tetapi kata-kata itu menyakitkan hati Kasih.Meruntuhkan harapan Kasih serta merta.Matanya berkaca.Tanpa sempat ditahan,mutiara jernih itu membasahi pipinya.Tanpa berfikir panjang Kasih terus berlari keluar dan menuju ke kereta.Kaer tergamam dengan tindakan Kasih.Kenapa Kasih memberi tindakbalas begitu?Cinta lagikah Kasih padanya?Kaer cuba mengejar Kasih tetapi terlambat apabila melihat kereta CRV itu berderum laju.Kaer serba salah.Dia tidak menyangka Kasih masih mencintainya.Cintanya pada Kasih sudah terpadam sejak setahun lagi meskipun ia sukar.Kini dia hanya menganggap Kasih teman baiknya.Kaer kecewa kerana tidak bisa melihat cinta yang masih berbekas di dasar hati bekas kekasih hatinya.Dulu dia akui memuja Kasih dan cukup derita selepas dilukai.Masa yang diambil untuk merawat luka itu juga hampir bertahun-tahun.Kini dia telah menemui cahaya hatinya yang sebenar.Sharine gadis metropolitan yang mempunyai akhlak yang mulia akan menjadi suri hidupnya.Sharine jauh berbeza dari Kasih.Kerana Sharine dia mampu pulih kembali dan menjalani kehidupan yang semakin terurus.Bukan dia tidak mencintai Kasih,tetapi sekali hatinya dilukai dengan cara begitu Kaer tidak mungkin memaafkannya dan kembali bersatu cinta.Keputusannya muktamad.Kasih akan dijadikan kenangan terindah dalam diari cintanya.

Kasih memandu laju keretanya tanpa rasa gerun dihati.Air matanya tidak pernah kering dipipi.Kasih sudah penat untuk menyeka titisan-titisan itu.Tergamak Kaer melukai hatinya sebegitu rupa.Tiba-tiba siaran radio yang didengarinya memutarkan lagu bisakah.Hatinya semakin terguris.Bait-bait lagu itu dihayatinya dengan penuh penghayatan.

Selepas lagu itu berakhir,hatinya membisikkan...Kasih kau tak kan pernah bisa memiliki dia...Kaer,izinkan Kasih mencintaimu walaupun kita tidak dapat bersama...Kasih sudah penat menyeka titisan jernih yang tidak pernah berhenti membahasi pipi mulusnya.Hatinya benar-benar dihiris dengan luka yang cukup mendalam.Kasih akhirnya pasrah...kisahnya dengan Kaer sudah menemui noktahnya!

imz said :

hey guys...st0ry ni imz create based on lagu BISAKAH-SITI NURHALIZA...so,enjoy reading n hope u all like it yar...sory masih banyak kekurangan dalam penulisan cerpen ini...

Saturday, July 11, 2009

prakTIKUM z0Ne....

Posted by imz at 12:39 AM 0 comments
hyep2...
happy weekEND

from imZen d'zOne

dah lama orang tak update blog..
sebabnya?
1. sibuk dengan praktikum dua minggu
2. internet kat hostel tak dapat
3. tak ada idea nak tulis or share apa2...

sekarang dah masuk 2 minggu orang jalani praktikum kat sekolah area ARAU..
so far so g00d..orang dapat 7 waktu untuk matematik year 4 and
2 waktu pendidikan jasmani tuk year 4 jugak..

1st time masuk kelas 4 Cemerlang tu...tergamam sekejap..ada 45 murid..ramai gila..
tapi nak tak kena la terima..anggap jela cabaran..patut r kawan orang cakap,dia tak mengajar
kat semenanjung sebab satu kelas ramai...huhu...nak compare dengan pedalaman kat Sabah tu memang la jauh bezanya..

tapi tak apa..sahut sebagai cabaran..memandangkan cikgu2 sek tu cakap kelas 4c ni glamor jugak dengan kenakalannya,so orang wat la masuk2 muka garang...
huhu...garang la sangat..
1st day boleh la kawal..then lama2...dorang memang susah nak dikawal..
budak perempuan ok..budak lelaki yang nakal sikit..dorang ni tak la perangai buruk tapi juz suka cakap banyak...sampai bising la satu kelas dibuatnya..
pening2 kepala cikgu sayang oiii..

actually orang dah rasa sayang kat budak2 ni...sebab dorang tiut2 jugak la..hehe..tak ade lah...anak murid sendiri kita kenalah sayang kan..huhu..
nanti kalau rajin..orang share dorang punya pic k..

ok..kita tukar topic..isnin depan 20hb ni..kita akan menyambut ISRAK MIKRAJ kan..so ape lagi holiday ler...hehe...nasib baik Perlis ambil cuti ni..so,kita enjoy !!!
tak adelah..orang juz plan nak turun KL..nak jumpa anak-anak buah kat KL..KHAYLA & HARRIS da balik KL...dorang pun dah makin besar,sebulan dua dah...masa ni la best nak lambung2..hehe...
tak sabarnya chek sue nak jumpa korang....rinduuuuuuuuuuuuuuuu

apa korang punya plan cuti ni???
apa2 pun juz happy k...dun be sad

Click C.I.N.T.A

asasa