Wednesday, December 22, 2010

Hati rasa Bling-bling

Salam Guyz...

Sejak dah habis belajar ni Imz macam kureng sikit nak update blog. Tak tau lah kenapa,mengapa?Ikutkan idea, banyak jer idea nak story... pasal banjir hari tu lah, pasal habis belajar lah..ishhh..macam-macamlah..tapi macam ada jer halangan nak menulis,mungkin ayat-ayat nak dicoretkan tak terluah kot.Ahhh..poyos!

Sepanjang cuti ni apa Imz buat ???

Konon-kononnya lah nak berdiet..nak dapatkan lesen kereta..nak belajar memasak..tapi non adooooo !!! ada aku kesah??? hohoho...Imz kesah lah! tapi mungkin bukan rezeki lagi kot.wakaka..banyak pulak cekadak rezeki ye! sebenornya penyakit M.A.L.A.S...

tu lah virus berbisa..asal nak diet,ada dugaan sikit...terus hancur impian nak kuruskan badan,yang ada menternak l0mak-lomak ni haaa...bab lesen kereta?emmm...cemuihhh dah haiii nak pikiaq.berapa kali cubaan untuk mendapatkan lesen gagal.i pun tak tau lah kenapa...memang tak ada rezeki i nak beli kereta Suzuki Swift la kot(impian minah jenin).

belajar memasak?awal-awal tu memang la excited...tapi bila akak-akak dah balik KL,tak best pulak duk dapur sorang-sorang.emmm...pelik.ni lah sikap,nak buat apa,nak kemana..asyik nak berteman je! so....kepakaran dalam memasak masih tidak berjaya dicungkil..huwaaa....

apa yang buat Imz gumbira ???

  • bila dapat tau result exam lulus dengan baik...alhamdullilah...makbul doa Imz dan Imz kena puasa nazar 2 hari..tak sempat nak tunaikan lagi.InsyaALLAH,akan dilaksanakan secepat mungkin.

  • bila dapat tau posting bulan 1 jugak.So tak payah risau nak tanam anggur..kerna tidak mendatangkan hasil.huhu...Januari 2011,Imz akan jadi cikgu sebenar..bukan lagi guru pelatih!

  • Imz dah cuba pakai contact lense...hehe...suka bangat! tapi susah gak nak pakai..kena cegil-cegil mata segala..huhu.tapi pakai kadang2 jer...

  • Esokkkkkk bersamaan 23/ 12 / 2010....Imz dengan keluarga nak pergi holiday kat Bukit Gambang dan Awana Kijal untuk beberapa hari..yahoooooo!!!!!So guyz...doakan Imz dengan keluarga selamat dalam perjalanan pergi dan balik...amin.

  • ada lagi ke yang buat Imz gembira??? ehem2....sebab apa lagi ehh? actually,hubungan Imz dengan someone sedang berjalan dengan baik..dan doakanlah yang terbaik terjadi antara Imz dan dia...ewahhhhh!
I miss u guyzzzz
Take Care !!!!

Wednesday, November 24, 2010

ready to LOVE?

Salam Guyz...

Sudah lewat malam sebenarnya...Imz pun dah offline,shut down lappy semua...tapi hati rasa something,pikiran jadi pusing-pusing...tambah lak layan lagu jiwang kat telinga ni.Imz terus on balik lappy,terpanggil untuk menulis di blog kesayangan ni..dah lama Imz tak menulis,sejak bermula cuti sebagai pengganggur terhormat ni..

Usia sudah menjangkau 23 tahun..bohonglah kalau tiada persoalan tentang hati,jiwa dan cinta!
hadirnya seseorang dalam hidup...
Imz pun tak pasti lagi..bersedia atau tidak Imz menghadapi satu fasa baru dalam kehidupan!
ini bukan kali pertama mengenali seseorang...tapi kali ini berbeza kerana melibatkan keluarga.Bila sesebuah hubungan itu diketahui keluarga..perasaan kita akan jadi lain..
Imz akui tu!

Perkara ni jadi secara tiba-tiba,dan Imz langsung tak menyangka ia akan berlaku..sangat pantas perkara ni terjadi.Tup-tup hidup Imz dihadiri oleh seseorang...seseorang yang menampakkan keikhlasan mewarnai hidup Imz tapi Imz sendiri masih tak pasti...

Mampukah Imz menjadi pendamping yang tetap hatinya???
Imz tak nak terlalu berharap sesuatu hubungan itu akan sempurna..kerna Imz sendiri tidak sempurna...

Pandangan keluarga dan sahabat amat diperlukan tapi Imz sendiri kena bijak buat keputusan..
Imz takut keputusan yang dibuat salah...emmmm.....dilemma!

Thursday, November 18, 2010

Lelaki Tahu Perempuan Tahu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Saturday, October 30, 2010

Tahniah Red Warriors !!!

Tahniah....tahniah...tahniah,
tu je boleh diucapkan untuk team bola pasukan Kelantan

bangga jadi anak Kelantan..hehe
walaupun orang negeri lain ada kutuk sikap melampau kita,tapi orang Kelantan je tau itulah semangat kita...
semalam Imz study,tak dapat tengok perlawanan..agak terkilan,tapi tak apelah.study kena jadi utama..ehehe..sejak bila pulak rajin ??kan ni dah final sem,kena pulun ar sikit..

last,
TAHNIAH beribu kali buat pasukan Kelantan,kerana buat julung kalinya menjuarai Piala Malaysia
memang Red Warriors lah...
hari ni cuti kan???sangat jeles....kerna Imz di Perlis...huhu

Wednesday, October 27, 2010

Segala-galanya perlu duit

Salam Guyz,

tetiba Imz rasa nak luahkan perasaan kat blog kesayangan ni pulak...soal apa?
cinta-cintun?oh no.....itu masih rahsia..
ini soal serius,yang mempengaruhi kehidupan semua manusia di bumi ALLAH.

kata orang, duit bukan segala-laganya...yes,itu benar tapi kita tak boleh nak nafikan segala-galanya di dunia ini memerlukan duit.nak masuk tandas pun, kena bayar 30 sen..air kosong pun 20 sen..haiii...apa barang kat dunia ni tak pakai duit !

Kenapa Imz tetiba sensitif dengan isu ni ???

haiii....dah akhir semester ni, banyak sangat benda yang telah dan akan berlaku memerlukan duit.Elaun tak seberapa pun..dengan elaun itulah,Imz kena pakai untuk beli kertas A4,isi tank printer,nak kena jilid untuk 6 salinan tesis lagi..sekarang pulak,isu nak jamuan pulak. Tipulah kalau dah nak grad ni, kita tak nak buat jamuan kan..duit kat bank dah tinggal dua angka,adoii...jamuan kat hotel,confirm nak pakai duit banyak kan?so...terpaksalah gali duit lagi,haaaaa....nak gali kat mana ni? emmm.....

tak guna nak mengeluh panjang,adat semester akhir lah...nak kumpul 1001 kenangan manis bersama dengan kawan-kawan..setiap perkara,confirm kena libatkan duit,nak bayar minyak kereta lagi,makanan lagi..kalau tak ada duit,macammana benda nak jadi kan????redha jela...

mood : nak kena mintak belas ihsan....Ya ALLAH,murahkanlah rezeki hamba-Mu,amin

Thursday, October 21, 2010

1 day Marathon

Assalamualaikum...
Hari berganti hari, dan hari Imz dekat kampus Perlis semakin suntuk..
hanya tinggal kurang daripada 20 hari untuk menamatkan pengajian.
Jadi peluang yang ada, Imz dan kawan-kawan habiskan masa bersama-sama sebaik mungkin

Maka dengan itu,
kami enjoy sampai 12 jam dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam bersama-sama.
lama tu.....tapi bila lagikan, lepas ni susah nak jumpa dah..

1st destinasi,kami piknik di Gua Kelam

salah satu tempat riadah yang popular di Perlis..

Mayah,Dekwan,Kak Wani dan Adib jadi tukang masak hari tu...bakar ayam,sosej...

dan kami berlima, Kak Ina,Imz,Jihah,Rehan dan Sarina bermandi-manda...dan yang paling membanggakan Imz hari tu, Imz dah boleh berenang...hehe...sangat teruje Okeh! tapi xlah jauh, sikit-sikit jer...tapi yang penting i'm in love with swimming! muahaha...

dah penat-penat mandi, ni lah masa yang paling ditunggu-tunggu....makan time ! Mayah bawak nasi dari rumah, thanks Mayah dengan periuk ajaibnya.hehe...makan nasi putih + ayam bakar + sosej bakar + sos cili Life....cukup sodaaappp dah tu...

dalam pukul 3.30, kami gerak ke Timah Tasoh lak...pergi kat area Tasoh Lake Resort, rehat sebentar.ambik angin...menurut cerita dari orang Perlis, kawasan tasik ni dulu kawasan perkampungan.tapi disebabkan banjir yang teruk, mereka terpaksa jadikan kampung tu tasik buatan..maka terhasillah Tasoh Lake yang indah ni..
ambik ko...dah penat berehat di tasik, kami pi pekena cendol pulut tapai dengan bihun sup pulak kat area situ....sedap...cubalah nanti ehh kalau datang Perlis.Sambil makan tu, boleh pulak Kak Wani ajak pergi Jitra Mall..nak tengok wayang. Apa lagi ,semua pakat setuju lah naaaa...

Karaoke dulu!!! sementera menunggu wayang start, kami pergi menyumbangkan lagu kat karaoke jamban dulu, bayar rm1 sorang untuk satu lagu..dan yang bestnyer,rumate Imz,Kak Nita dan Kak Wani pun nyanyi sekali...hehe...

Filem pilihan, Jangan Pandang Belakang Congkak 2...start pukul 8.30 - 10.citer dia ok lah.....
then, kami terus konvoi balik ke kampus...

12 jam perjalanan yang agak memenatkan tapi menghiburkan..
ingat eh sayang kenangan kita marathon 1 hari ni,

Saturday, October 16, 2010

Satu hari di Langkawi

Salam Guyz
Dah lama Imz nak update story pasai pi Langkawi ni,tapi sibuk sikit lah dengan study kan,dah final year katakan...ehehe...biarlah gambar yang story ehh..trip Imz ke sana dengan sahabat-sahabat terbaik...Imz datang Langkawi untuk kali kedua...
1st time dengan family,tahun 2007 kot..

dengan sapa lagikan,kalau tak dengan Ina,Rehan dan Jihah...dalam feri ni..haiihh,dalam feri ni pun kami dah ketaq...awatnya?adoi...aircond bukan main kuat,sampai ke tulang lah rasa sejuk..

Kami bertolak dari kampus pukul 7 pagi,naik feri dalam 8.30 pagi..kami decided nak pergi balik hari je,sebab duit pun tak berapa banyak nak tidur kat hotel..so,destinasi pertama..pergi shopping coklat!memborong sakan tau...coklat saja Imz habiskan rm80..ingat nak beli ciput-ciput jer,tapi bila dah tangan main ambik jer..terpaksalah keluarkan pelaburan yang lebih.

next,ke Langkawi Geopark...ada dua bodyguard di situ,Dekwan dan Sabri...hehe
niat memang nak naik cable car kat Langkawi,tapi malangnya cuaca buruk..so,tak dapat naik...sedih semuanya...harapan musnah! Nanti kita datang lain yer...

Aktiviti ni yang paling Imz dan kawan-kawan best sangat, kira riang ria bersamalah..Island hopping di Langkawi...aiyooo,sangat syok maa! kalau pergi Langkawi,jangan lupa ok ambik trip island hopping ni..murah jer,rm 30 seorang!

first tempat dia bawak kita masa island hopping ni,kat bukit yang menunjukkan image dayang bunting..seriously,memang kita boleh bayang yang bukit-bukit tu mengambarkan kepala,perut,tangan lah...then,lepas berhenti sekejap kat situ, terus dia bawa kita ke Tasik Dayang Bunting
dekat Tasik tu, kita kena tracking lah sikit nak tengok tasik dia kat bawah bukit tu...sikit pun,naik semput jugakla...huhu.yang bestnya...boleh selam air yang ada ikan,tapi buka fish therapy..ikan yang ada,ikan keli jer..dia tak gigit kaki kita,just lalu jer..kira gesel-gesel badan dia kat kaki kita lah,OMG...Imz memang tak boleh tahan,so geli !!!

then, kami dibawa pulak ke pulau beras basah...kat sini boleh mandi,tapi kami tak bawak baju persalinan pun..just main air pantai kat tepi-tepi jer..angin dia tenang,boleh lah berehat sekejap kan..tak sah kalau ke pantai,tak tulis nama atas pasir pantai..hehe..
Wan,Ina,Rehan,Jihah,Adib,Dekwan dan Sabri ke Langkawi pada 02 / 10 / 10
Last abang speed boat tu bawak kami ke tempat helang, dia baling kulit ayam ke laut dan kami tengok jela helang banyak-banyak datang ambik makanan tu...tapi kamera tak dapat nak capture sangat,sebab helang terbang cepat...

last, masa ni kami kena rush sangat, feri balik ke Kuala Perlis pukul 7.30 petang..tapi sebab nak sangat ambik gambar kat helang besar ni, terpaksalah berlari-lari ke feri..hehe...kelakar giler!

penat seharian kat Langkawi, kami rehat kan badan dalam feri masa balik..huhu..sempat lagi tukar t-shirt I LOVE LANGKAWI even dalam keadaan yang sangat terdesak.haha...
Walaupun kami hanya satu hari di Langkawi tapi Imz dan kawan-kawan memang puas hati dan rasa sangat berbaloi...kenangan dengan kawan-kawan tu yang penting,suka duka kat Langkawi akan jadi satu kenangan yang indah bila kita dah berpisah nanti..InsyaALLAH,ada rezeki..kita datang lagi dengan fulus yang lebih banyak..hohoho...berlagak sehhh...barulah dapat beli topi santai tu, beli baju seksi tepi pantai..ahaks!

Ok la guyz....Imz dah melalut ni...adiosss.....

Thursday, October 14, 2010

Happy Birthday Keevan Raj !!!

Happy Birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Keevan Raj !

14 Oktober 1979
sekarang dah 31 !!!

Finatik betul lah daku....hehe...
dah berzaman kot Keevan ni bersara dari sukan hoki,
tapi minat kat Keevan boleh pulak terbawa-bawa sampai sekarang...

( Keevan di hari perkahwinan adik,Logan Raj )

Actually, Imz boleh minat dengan Keevan ni sebab akak Imz,Kak Unie !!!
dia lah mengada-ngada kenalkan Imz dengan pemain hoki yang kacak ni pada masa tu lah..
teruja gak tengok dia minat, kebetulan masa tu tengah hangat Sukan Komanwel kat Kuala Lumpur...terus lah Imz pun minat sekali.

Selain Keevan,adik dia Logan Raj pun pemain hoki kebangsaan jugak..dua beradik ni memang famous amos la masa tu kan..sampaikan sebarang kisah dorang nak tau.
Imz pernah potong majalah lama kat library sekolah(Ops kantoi!) semata-mata nak simpan gambar Keevan sebagai koleksi..hehe

jumpa Keevan?
Dulu Imz pernah turun KL ,masa tu awal sekolah menengah lagi..
hari last kat KL, kiranya petang tu dah beli tiket kereta api nak balik Kelantan dengan Ma dan Arwah Abah lah tapi sempat lagi Kak Unie bawak Imz pergi tengok perlawanan hoki ni, memang Keevan lah player masa tu...

awal-awal tu diam jer, relex jer tengok perlawanan...tapi bila nampak jer kelibat Keevan ngah pegang kayu hoki dengan gaya machonya..haiii..apa lagi, menjerit-jerit bagi sokongan sampai orang sebelah pun terkejut.Jeling je kat kami adik beradik...hehe...ingat zaman dolu-dolu,memang kelakarkan!

tapi separuh masa tengok, dapat panggilan dari akak yang lain,
suruh datang cepat kat stesen KTM...
dengan berat hati, teruslah Imz tinggalkan perlawanan tu..
tak dapatlah jumpa Keevan depan-depan...huhu...berangan!

Keevan Raj ni macam melayu je rupa dia...sebab dia kan mix cina dan india.
sekarang, Keevan macam dah hilang dari arena sukan..
susah nak dapat story tentang dia,facebook dia pun tak jumpa..dah kahwin ke belum, Imz pun tak pasti..
yang Imz tau, penyanyi baru yang semakin glomar, Prema Yin Ranee merupakan adik Keevan dan Logan..

kira berbakat lah dorang adik-beradik kan...

k la guyz,
tu saja nak story...idea ni datang dari update status Kak Unie kat FB !!!

Tuesday, October 12, 2010

Mood die = moody

Salam Guzy

Manusia tak pernah sempurnakan...
ada saja yang kita tak puas hati tentang diri sendiri dan orang lain..
kutuk kelemahan orang dan jarang kita puji kelebihan orang,
itu lumrah manusia...

bila manusia buat silap, kita mudah nampak dan terbawa-bawa cerita sampai ke sudah...
bila manusia buat baik, kita akan emmm....dan jarang pulak cerita itu di jaja-jaja...

haaiiii....itulah hati manusia yang penuh dengan hasad dengki...
kadang-kadang niat kita untuk bergurau,tetapi di salah erti...
membuatkan pihak lain terasa hati...
betul kata orang,gurauan kita tak semua orang boleh terima....

kita rasa kita sempurna,tapi kita tak tau kita banyak kelemahan
kita rasa kita cantik,tapi kita tak tau sampai bila ia akan kekal...

apa-apa pun,kita kena lalui dan berdepan dengan semua ragam manusia....

Monday, October 4, 2010

Aja-aja Fighting Imz !

sepi malam ditemani bunyi keyboard rumate yang bernada.asyik dia dengan game dan aku mula mengelamun.rasa hati yang semakin gelisah,resah menanti debaran pembentangan research pada hari rabu (6/10/10).ye,hari esok..menghitung detik.ahhh...debaran yang sukar diucap.doa dari keluarga tercinta,teman tersayang dan insan yang dikasihi diharap mampu membantu perjalanan hari yang akan tiba.aku bukan sendiri,aku ditemani insan-insan yang tersayang,sokongan mereka bagai senjata terbaik untukku harungi cabaran hidup.terima kasih...

Imz,aku yakin kau mampu...
Imz,aku yakin kau kuat...
Imz,aku percaya kau bisa...

guyz,
6/10/10(rabu) : Imz akan melalui fasa penting dalam arus pelajaran,menjalankan pembentangan research(viva) di depan supervisor dan pensyarah penilai.

doakan Imz dapat laksanakan dengan sebaik mungkin...thanks...sayang kamu !

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Raya 5 Dara!!!

Salam Guyz...

Jamuan raya 5 Dara,kau ada?
haaaa....gempak kan?ni bukan jamuan 'Mee Janda' kat astro tu tau,
ni jamuan raya yang anak-anak dara cantik manis ilhamkan...

bermula kisah si anak dara....haaa...tengok kaki-kaki anak dara..suci murni bukan?
hehe...kata orang,nak tengok perempuan tu jaga kebersihan ke tidak,kita tengok kaki sang gadis tu dulu..kalau kaki bersih,InsyaALLAH penjagaan diri juga bersih..tips untuk bakal-bakal suami ni..hahaha
29 / 9 / 2010 = rabu,
5 anak dara yang menyewa kat luar ni adakan jamuan raya untuk Imz dan kawan-kawan,
tengoklah dorang punya makanan...tak jangka pun sehebat ini dorang sediakan untuk kami,
bihun sup dengan sambal kicap yang marvellous,nasi impit dengan kuah kacang dan spagetti.
semuanya air tangan dorang kecuali kuah kacang yang disediakan oleh Summayyah...seriously,masakan dorang sedap dan lulus lah kalau nak kawen!
ni lah wajah-wajah gadis kesayangan hamba..habis makan,apa lagi shooting lah!
tahun last kan...lepas ni susah dah nak jumpa..
ni lah 8 daripada 10 budak gurl's Math Pismp Sem 8 /Januari 2007...
Boleh masuk gadis melayu tak?hehehe....
dah nama pun jamuan raya,bersalam-salaman lah kita...
5 tahun punya kemaafan ni...
ni lah dewi-dewi hati Imz yang setia di sisi sejak mula-mula start semester pra,
dorang memang best sangat...dan Imz sayang dorang sangat-sangat...
ina,my bestie....cayang kamu....
kembar seiras sem 8...hehe...tak tau nak cakap sama tang mana,tapi sama lah..hehe
pose sexy tuuuuu....hehe....cayang korang gak

inilah 5 anak dara yang menjayakan rumah terbuka...hehe..dorang je sem 8 perempuan yang tinggal kat rumah sewa.so,kami terjah la rumah mereka! ngeee...dan sangat terharu kerana masakan dorang superbbbbb sedap...chef dari Penang,Johor,Kelantan dan Perak telah bergabung!!!

thanks sangat kat Ienaz,Min,Diana,Fiza dan Farah sebab sudi terima tetamu yang agak sengal macam kita orang ni...
kawan sampai hujung nyawa tau !!!!

sayang korang ahhhh !!!!

Monday, September 27, 2010

Demam Raya 2010

Salam 19 Syawal

Dah nak habis bulan syawal kan..masa berjalan terlalu pantas,tapi kita masih mensia-siakan masa.Emmm....
hari ni Imz dah mula ganti puasa,7hari nak kena ganti...huhu.
harapnya dapatlah langsaikan hutang sebelum bulan syawal berakhir..amin
Raya tahun 2010?
banyak story mory nyer..macam biasa,Imz sambut raya kat Pasir Mas,Kelantan
beraya dengan semua ahli keluarga tercinta(tapi tetap tanpa arwah abah)..
tema raya tahun ni warna biru...tapi Imz buta warna sikit,salah pilih warna..hehe..dari warna biru boleh pulak jadi kehijau-hijauan..

biskut raya semua jenis tunjuk jer,tak sempat nak buat sendiri..
rindu jugak buat biskut raya sendiri masa dulu-dulu dengan akak-akak
tapi lepas dah ramai kahwin,dah tak sempat..dorang kena uruskan anak-anak

Pagi raya,
pergi sembahyang raya..
juadah raya,ma masakkan nasi impit dengan kuah kacang dan nasi minyak
sesi make up pun dapat sambutan pagi raya...Aleesya teruja dapat di mekap oleh mak saudaranya

then sesi kasi duit raya kat anak-anak buah...ada la sikit rezeki Chekshu bagi duit raya kat 14 anak buah ni...tahun depan,InsyaALLAH..kasi lebih sikit kalau dah dapat gaji ekkk.Si kecik macam Payish,Khayla ni mana la tau makna duit raya lagi....comel jer dorang bila nak ambil duit raya..buat muka blur bila orang hulur angpau..

macam biasa,pagi raya sure ziarah kubur arwah abah..
pergi rumah arwah nenek,keluarga sebelah ma..then balik rumah,berkumpul dengan family sambil tunggu kehadiran tetamu..huhu

raya ketiga,Imz konon nak masak lah tapi masakan tak menjadi
akibatnya Imz sakit perut,muntah-muntah dan demam
esoknya,ma dan kak long bawak per
gi hospital

yang tak bestnya,kena ambil darah dan ni merupakan pengalaman pertama
dan seriously,sakit kena cucuk dengan jarum...hukhukhuk..
alhamdullilah,keputusan darah Imz O.K !
yang kelakarnya,bila nak ambil tekanan darah banyak kali error..nurse kata,maybe sebab tekanan darah tinggi sangat..lagi cuak lah Imz,dalam hati 'adoiii...umur 23 da dapat darah tinggi ke?'

then,dia suruh Imz baring dan ambil tekanan darah..last,dapat jugak baca tekanan darah..
rupanya perasaan nervous dalam diri ni yang buat tekanan darah Imz tak boleh baca
abang HA tu cakap,mesti jenis takut datang hospital...hehe
so,raya ketiga dan keempat..Imz masih lemah lagi..duduk je kat rumah
raya ni pun tak sempat nak beraya rumah kawan-kawan,
sure dorang bengang..sorry eh Azni,Ainul dan Nuni
sebab aku tak sempat nak pergi beraya rumah mu....

mana tak nya,research masih tak buat-buat lagi, bila dah sihat tu,pulun buat laporan research jela..memang tak sempat nak berjalan-jalan.Akak ajak pergi pantai pun tak nak,ajak pergi shopping pun tolak....leh bayangkan betapa Imz terlalu risau pikir pasal research ni????

so,raya 2010 Imz amat menyedihkan dan membosankan....

Saturday, September 25, 2010

Lirik Hanyut - Faizal Tahir

khayla and hariz

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

n0te Imz : fanatik sangat dengan lagu ni..suara Faizal Tahir memang gilergempakmeletop!!! huhu...tis song remind me to someone..xoxo..

Saturday, September 18, 2010

Hanya Air Mata

Salam guyz,
izinkan Imz menggunakan 'aku' sebagai ganti diri pada entri kali ini...

Terpanggil aku ingin coretkan perasaan yang tercalar
Rasa hati yang bisa mengalir air mata...
Entah bagaimana ingin di ceritakan..
tapi saat ini,tika ini..rindu pada si dia menggamit dihati
si dia yang benar-benar ku cintai,sayangi,kasihi dan ku sanjungi...
si dia,cinta pertama ku...dan tak akan pernah ada gantinya
sampai akhirat,sampai hujung nyawaku...

si dia...
darah dia yang mengalir dalam tubuhku,
menghidupkan aku sejak 23 tahun yang lalu...

si dia,
insan yang sangat aku rindui sentiasa..
cinta hatiku,abah...

abah,
sudah hampir 7 tahun abah meninggalkan dunia ni,
tinggalkan Imma...

saat Imma akan menempuh peperiksaan PMR,
abah pergi..sedangkan masa tu abah semangat Imma..
masa Imma nak exam UPSR,
abah sanggup cuti seminggu semata-mata nak bagi sokongan dan semangat...
tapi Imma terima suratan takdir Ilahi,
abah pergi tak kembali...

sekarang Imma hampir berjaya,
berjaya mendapatkan segulung ijazah..
InsyaALLAH..

kata orang,anak bongsu
manja...
kata orang,anak bongsu
sensitif...
kata orang,anak bongsu
mudah menangis

benarlah kata orang,itu yang sebati dalam diriku...
sensitif,manja dan mudah menangis

bukan anak bongsu tak nak jadi
setabah anak sulung
bukan anak bongsu tak nak
sekuat anak sulung
bukan anak bongsu tak nak
secekal anak sulung

tapi anak bongsu ini tak mampu,
tak mampu setabah,sekuat dan secekal
kakak-kakaknya....

apatah lagi tanpa ketua keluarganya,
abah...

abah,
Imma tak mampu sekuat dan setabah kakak-kakak
Imma dah cuba tak melayan perasaan,
tepis perasaan sensitif kalau orang mengata,menghina,mengherdik
tapi hati ini sakit...
dan
hanya air mata yang mengalir
melawan kesakitan itu

kerana sikap ini,
mungkin Imma dah banyak menyusahkan yang lain,
mengganggu ketenteraman orang lain,

abah,
anak bongsumu ini
masih sukar berdiri di kaki sendiri
masih memerlukan bantuan orang lain
sedangkan orang lain banyak tanggungjawab

abah,
kini ma sumber kekuatan Imma,
dia sumber semangat Imma
tanpa isterimu,ibuku
Imma tak tau selemah mana pulak Imma akan jadi..
Ya ALLAH,lindungi hamba-Mu yang lemah ini...

kepada insan
yang banyak Imma menyusahkan hidup mereka,
Imma mohon beribu maaf,
banyak khilaf diri ini....

andai esok
hari terakhirku,
aku memohon orang di sekelilingku,
memaafkanku...mendoakan kesejahteraan hidupku di sana...

Imma sayang abah,
Imma sayang ma,
Imma sayang kakak-kakak,
Imma sayang keluarga kita,
Imma sayang kawan-kawan,
Imma sayang kalian...

Imz'Journey

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 22, 2010

Hati rasa Bling-bling

Posted by imz at 8:54 AM 2 comments

Posted by imz at 9:52 AM 2 comments

Salam Guyz...

Sudah lewat malam sebenarnya...Imz pun dah offline,shut down lappy semua...tapi hati rasa something,pikiran jadi pusing-pusing...tambah lak layan lagu jiwang kat telinga ni.Imz terus on balik lappy,terpanggil untuk menulis di blog kesayangan ni..dah lama Imz tak menulis,sejak bermula cuti sebagai pengganggur terhormat ni..

Usia sudah menjangkau 23 tahun..bohonglah kalau tiada persoalan tentang hati,jiwa dan cinta!
hadirnya seseorang dalam hidup...
Imz pun tak pasti lagi..bersedia atau tidak Imz menghadapi satu fasa baru dalam kehidupan!
ini bukan kali pertama mengenali seseorang...tapi kali ini berbeza kerana melibatkan keluarga.Bila sesebuah hubungan itu diketahui keluarga..perasaan kita akan jadi lain..
Imz akui tu!

Perkara ni jadi secara tiba-tiba,dan Imz langsung tak menyangka ia akan berlaku..sangat pantas perkara ni terjadi.Tup-tup hidup Imz dihadiri oleh seseorang...seseorang yang menampakkan keikhlasan mewarnai hidup Imz tapi Imz sendiri masih tak pasti...

Mampukah Imz menjadi pendamping yang tetap hatinya???
Imz tak nak terlalu berharap sesuatu hubungan itu akan sempurna..kerna Imz sendiri tidak sempurna...

Pandangan keluarga dan sahabat amat diperlukan tapi Imz sendiri kena bijak buat keputusan..
Imz takut keputusan yang dibuat salah...emmmm.....dilemma!

Thursday, November 18, 2010

Lelaki Tahu Perempuan Tahu

Posted by imz at 8:54 PM 3 comments

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Saturday, October 30, 2010

Tahniah Red Warriors !!!

Posted by imz at 4:40 PM 0 comments

Tahniah....tahniah...tahniah,
tu je boleh diucapkan untuk team bola pasukan Kelantan

bangga jadi anak Kelantan..hehe
walaupun orang negeri lain ada kutuk sikap melampau kita,tapi orang Kelantan je tau itulah semangat kita...
semalam Imz study,tak dapat tengok perlawanan..agak terkilan,tapi tak apelah.study kena jadi utama..ehehe..sejak bila pulak rajin ??kan ni dah final sem,kena pulun ar sikit..

last,
TAHNIAH beribu kali buat pasukan Kelantan,kerana buat julung kalinya menjuarai Piala Malaysia
memang Red Warriors lah...
hari ni cuti kan???sangat jeles....kerna Imz di Perlis...huhu

Wednesday, October 27, 2010

Segala-galanya perlu duit

Posted by imz at 12:49 AM 1 comments
Salam Guyz,

tetiba Imz rasa nak luahkan perasaan kat blog kesayangan ni pulak...soal apa?
cinta-cintun?oh no.....itu masih rahsia..
ini soal serius,yang mempengaruhi kehidupan semua manusia di bumi ALLAH.

kata orang, duit bukan segala-laganya...yes,itu benar tapi kita tak boleh nak nafikan segala-galanya di dunia ini memerlukan duit.nak masuk tandas pun, kena bayar 30 sen..air kosong pun 20 sen..haiii...apa barang kat dunia ni tak pakai duit !

Kenapa Imz tetiba sensitif dengan isu ni ???

haiii....dah akhir semester ni, banyak sangat benda yang telah dan akan berlaku memerlukan duit.Elaun tak seberapa pun..dengan elaun itulah,Imz kena pakai untuk beli kertas A4,isi tank printer,nak kena jilid untuk 6 salinan tesis lagi..sekarang pulak,isu nak jamuan pulak. Tipulah kalau dah nak grad ni, kita tak nak buat jamuan kan..duit kat bank dah tinggal dua angka,adoii...jamuan kat hotel,confirm nak pakai duit banyak kan?so...terpaksalah gali duit lagi,haaaaa....nak gali kat mana ni? emmm.....

tak guna nak mengeluh panjang,adat semester akhir lah...nak kumpul 1001 kenangan manis bersama dengan kawan-kawan..setiap perkara,confirm kena libatkan duit,nak bayar minyak kereta lagi,makanan lagi..kalau tak ada duit,macammana benda nak jadi kan????redha jela...

mood : nak kena mintak belas ihsan....Ya ALLAH,murahkanlah rezeki hamba-Mu,amin

Thursday, October 21, 2010

1 day Marathon

Posted by imz at 10:31 PM 0 comments
Assalamualaikum...
Hari berganti hari, dan hari Imz dekat kampus Perlis semakin suntuk..
hanya tinggal kurang daripada 20 hari untuk menamatkan pengajian.
Jadi peluang yang ada, Imz dan kawan-kawan habiskan masa bersama-sama sebaik mungkin

Maka dengan itu,
kami enjoy sampai 12 jam dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam bersama-sama.
lama tu.....tapi bila lagikan, lepas ni susah nak jumpa dah..

1st destinasi,kami piknik di Gua Kelam

salah satu tempat riadah yang popular di Perlis..

Mayah,Dekwan,Kak Wani dan Adib jadi tukang masak hari tu...bakar ayam,sosej...

dan kami berlima, Kak Ina,Imz,Jihah,Rehan dan Sarina bermandi-manda...dan yang paling membanggakan Imz hari tu, Imz dah boleh berenang...hehe...sangat teruje Okeh! tapi xlah jauh, sikit-sikit jer...tapi yang penting i'm in love with swimming! muahaha...

dah penat-penat mandi, ni lah masa yang paling ditunggu-tunggu....makan time ! Mayah bawak nasi dari rumah, thanks Mayah dengan periuk ajaibnya.hehe...makan nasi putih + ayam bakar + sosej bakar + sos cili Life....cukup sodaaappp dah tu...

dalam pukul 3.30, kami gerak ke Timah Tasoh lak...pergi kat area Tasoh Lake Resort, rehat sebentar.ambik angin...menurut cerita dari orang Perlis, kawasan tasik ni dulu kawasan perkampungan.tapi disebabkan banjir yang teruk, mereka terpaksa jadikan kampung tu tasik buatan..maka terhasillah Tasoh Lake yang indah ni..
ambik ko...dah penat berehat di tasik, kami pi pekena cendol pulut tapai dengan bihun sup pulak kat area situ....sedap...cubalah nanti ehh kalau datang Perlis.Sambil makan tu, boleh pulak Kak Wani ajak pergi Jitra Mall..nak tengok wayang. Apa lagi ,semua pakat setuju lah naaaa...

Karaoke dulu!!! sementera menunggu wayang start, kami pergi menyumbangkan lagu kat karaoke jamban dulu, bayar rm1 sorang untuk satu lagu..dan yang bestnyer,rumate Imz,Kak Nita dan Kak Wani pun nyanyi sekali...hehe...

Filem pilihan, Jangan Pandang Belakang Congkak 2...start pukul 8.30 - 10.citer dia ok lah.....
then, kami terus konvoi balik ke kampus...

12 jam perjalanan yang agak memenatkan tapi menghiburkan..
ingat eh sayang kenangan kita marathon 1 hari ni,

Saturday, October 16, 2010

Satu hari di Langkawi

Posted by imz at 6:39 AM 6 comments

Salam Guyz
Dah lama Imz nak update story pasai pi Langkawi ni,tapi sibuk sikit lah dengan study kan,dah final year katakan...ehehe...biarlah gambar yang story ehh..trip Imz ke sana dengan sahabat-sahabat terbaik...Imz datang Langkawi untuk kali kedua...
1st time dengan family,tahun 2007 kot..

dengan sapa lagikan,kalau tak dengan Ina,Rehan dan Jihah...dalam feri ni..haiihh,dalam feri ni pun kami dah ketaq...awatnya?adoi...aircond bukan main kuat,sampai ke tulang lah rasa sejuk..

Kami bertolak dari kampus pukul 7 pagi,naik feri dalam 8.30 pagi..kami decided nak pergi balik hari je,sebab duit pun tak berapa banyak nak tidur kat hotel..so,destinasi pertama..pergi shopping coklat!memborong sakan tau...coklat saja Imz habiskan rm80..ingat nak beli ciput-ciput jer,tapi bila dah tangan main ambik jer..terpaksalah keluarkan pelaburan yang lebih.

next,ke Langkawi Geopark...ada dua bodyguard di situ,Dekwan dan Sabri...hehe
niat memang nak naik cable car kat Langkawi,tapi malangnya cuaca buruk..so,tak dapat naik...sedih semuanya...harapan musnah! Nanti kita datang lain yer...

Aktiviti ni yang paling Imz dan kawan-kawan best sangat, kira riang ria bersamalah..Island hopping di Langkawi...aiyooo,sangat syok maa! kalau pergi Langkawi,jangan lupa ok ambik trip island hopping ni..murah jer,rm 30 seorang!

first tempat dia bawak kita masa island hopping ni,kat bukit yang menunjukkan image dayang bunting..seriously,memang kita boleh bayang yang bukit-bukit tu mengambarkan kepala,perut,tangan lah...then,lepas berhenti sekejap kat situ, terus dia bawa kita ke Tasik Dayang Bunting
dekat Tasik tu, kita kena tracking lah sikit nak tengok tasik dia kat bawah bukit tu...sikit pun,naik semput jugakla...huhu.yang bestnya...boleh selam air yang ada ikan,tapi buka fish therapy..ikan yang ada,ikan keli jer..dia tak gigit kaki kita,just lalu jer..kira gesel-gesel badan dia kat kaki kita lah,OMG...Imz memang tak boleh tahan,so geli !!!

then, kami dibawa pulak ke pulau beras basah...kat sini boleh mandi,tapi kami tak bawak baju persalinan pun..just main air pantai kat tepi-tepi jer..angin dia tenang,boleh lah berehat sekejap kan..tak sah kalau ke pantai,tak tulis nama atas pasir pantai..hehe..
Wan,Ina,Rehan,Jihah,Adib,Dekwan dan Sabri ke Langkawi pada 02 / 10 / 10
Last abang speed boat tu bawak kami ke tempat helang, dia baling kulit ayam ke laut dan kami tengok jela helang banyak-banyak datang ambik makanan tu...tapi kamera tak dapat nak capture sangat,sebab helang terbang cepat...

last, masa ni kami kena rush sangat, feri balik ke Kuala Perlis pukul 7.30 petang..tapi sebab nak sangat ambik gambar kat helang besar ni, terpaksalah berlari-lari ke feri..hehe...kelakar giler!

penat seharian kat Langkawi, kami rehat kan badan dalam feri masa balik..huhu..sempat lagi tukar t-shirt I LOVE LANGKAWI even dalam keadaan yang sangat terdesak.haha...
Walaupun kami hanya satu hari di Langkawi tapi Imz dan kawan-kawan memang puas hati dan rasa sangat berbaloi...kenangan dengan kawan-kawan tu yang penting,suka duka kat Langkawi akan jadi satu kenangan yang indah bila kita dah berpisah nanti..InsyaALLAH,ada rezeki..kita datang lagi dengan fulus yang lebih banyak..hohoho...berlagak sehhh...barulah dapat beli topi santai tu, beli baju seksi tepi pantai..ahaks!

Ok la guyz....Imz dah melalut ni...adiosss.....

Thursday, October 14, 2010

Happy Birthday Keevan Raj !!!

Posted by imz at 7:05 AM 7 comments

Happy Birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Keevan Raj !

14 Oktober 1979
sekarang dah 31 !!!

Finatik betul lah daku....hehe...
dah berzaman kot Keevan ni bersara dari sukan hoki,
tapi minat kat Keevan boleh pulak terbawa-bawa sampai sekarang...

( Keevan di hari perkahwinan adik,Logan Raj )

Actually, Imz boleh minat dengan Keevan ni sebab akak Imz,Kak Unie !!!
dia lah mengada-ngada kenalkan Imz dengan pemain hoki yang kacak ni pada masa tu lah..
teruja gak tengok dia minat, kebetulan masa tu tengah hangat Sukan Komanwel kat Kuala Lumpur...terus lah Imz pun minat sekali.

Selain Keevan,adik dia Logan Raj pun pemain hoki kebangsaan jugak..dua beradik ni memang famous amos la masa tu kan..sampaikan sebarang kisah dorang nak tau.
Imz pernah potong majalah lama kat library sekolah(Ops kantoi!) semata-mata nak simpan gambar Keevan sebagai koleksi..hehe

jumpa Keevan?
Dulu Imz pernah turun KL ,masa tu awal sekolah menengah lagi..
hari last kat KL, kiranya petang tu dah beli tiket kereta api nak balik Kelantan dengan Ma dan Arwah Abah lah tapi sempat lagi Kak Unie bawak Imz pergi tengok perlawanan hoki ni, memang Keevan lah player masa tu...

awal-awal tu diam jer, relex jer tengok perlawanan...tapi bila nampak jer kelibat Keevan ngah pegang kayu hoki dengan gaya machonya..haiii..apa lagi, menjerit-jerit bagi sokongan sampai orang sebelah pun terkejut.Jeling je kat kami adik beradik...hehe...ingat zaman dolu-dolu,memang kelakarkan!

tapi separuh masa tengok, dapat panggilan dari akak yang lain,
suruh datang cepat kat stesen KTM...
dengan berat hati, teruslah Imz tinggalkan perlawanan tu..
tak dapatlah jumpa Keevan depan-depan...huhu...berangan!

Keevan Raj ni macam melayu je rupa dia...sebab dia kan mix cina dan india.
sekarang, Keevan macam dah hilang dari arena sukan..
susah nak dapat story tentang dia,facebook dia pun tak jumpa..dah kahwin ke belum, Imz pun tak pasti..
yang Imz tau, penyanyi baru yang semakin glomar, Prema Yin Ranee merupakan adik Keevan dan Logan..

kira berbakat lah dorang adik-beradik kan...

k la guyz,
tu saja nak story...idea ni datang dari update status Kak Unie kat FB !!!

Tuesday, October 12, 2010

Mood die = moody

Posted by imz at 10:23 PM 0 comments
Salam Guzy

Manusia tak pernah sempurnakan...
ada saja yang kita tak puas hati tentang diri sendiri dan orang lain..
kutuk kelemahan orang dan jarang kita puji kelebihan orang,
itu lumrah manusia...

bila manusia buat silap, kita mudah nampak dan terbawa-bawa cerita sampai ke sudah...
bila manusia buat baik, kita akan emmm....dan jarang pulak cerita itu di jaja-jaja...

haaiiii....itulah hati manusia yang penuh dengan hasad dengki...
kadang-kadang niat kita untuk bergurau,tetapi di salah erti...
membuatkan pihak lain terasa hati...
betul kata orang,gurauan kita tak semua orang boleh terima....

kita rasa kita sempurna,tapi kita tak tau kita banyak kelemahan
kita rasa kita cantik,tapi kita tak tau sampai bila ia akan kekal...

apa-apa pun,kita kena lalui dan berdepan dengan semua ragam manusia....

Monday, October 4, 2010

Aja-aja Fighting Imz !

Posted by imz at 11:54 AM 1 comments
sepi malam ditemani bunyi keyboard rumate yang bernada.asyik dia dengan game dan aku mula mengelamun.rasa hati yang semakin gelisah,resah menanti debaran pembentangan research pada hari rabu (6/10/10).ye,hari esok..menghitung detik.ahhh...debaran yang sukar diucap.doa dari keluarga tercinta,teman tersayang dan insan yang dikasihi diharap mampu membantu perjalanan hari yang akan tiba.aku bukan sendiri,aku ditemani insan-insan yang tersayang,sokongan mereka bagai senjata terbaik untukku harungi cabaran hidup.terima kasih...

Imz,aku yakin kau mampu...
Imz,aku yakin kau kuat...
Imz,aku percaya kau bisa...

guyz,
6/10/10(rabu) : Imz akan melalui fasa penting dalam arus pelajaran,menjalankan pembentangan research(viva) di depan supervisor dan pensyarah penilai.

doakan Imz dapat laksanakan dengan sebaik mungkin...thanks...sayang kamu !

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Raya 5 Dara!!!

Posted by imz at 8:44 PM 4 comments
Salam Guyz...

Jamuan raya 5 Dara,kau ada?
haaaa....gempak kan?ni bukan jamuan 'Mee Janda' kat astro tu tau,
ni jamuan raya yang anak-anak dara cantik manis ilhamkan...

bermula kisah si anak dara....haaa...tengok kaki-kaki anak dara..suci murni bukan?
hehe...kata orang,nak tengok perempuan tu jaga kebersihan ke tidak,kita tengok kaki sang gadis tu dulu..kalau kaki bersih,InsyaALLAH penjagaan diri juga bersih..tips untuk bakal-bakal suami ni..hahaha
29 / 9 / 2010 = rabu,
5 anak dara yang menyewa kat luar ni adakan jamuan raya untuk Imz dan kawan-kawan,
tengoklah dorang punya makanan...tak jangka pun sehebat ini dorang sediakan untuk kami,
bihun sup dengan sambal kicap yang marvellous,nasi impit dengan kuah kacang dan spagetti.
semuanya air tangan dorang kecuali kuah kacang yang disediakan oleh Summayyah...seriously,masakan dorang sedap dan lulus lah kalau nak kawen!
ni lah wajah-wajah gadis kesayangan hamba..habis makan,apa lagi shooting lah!
tahun last kan...lepas ni susah dah nak jumpa..
ni lah 8 daripada 10 budak gurl's Math Pismp Sem 8 /Januari 2007...
Boleh masuk gadis melayu tak?hehehe....
dah nama pun jamuan raya,bersalam-salaman lah kita...
5 tahun punya kemaafan ni...
ni lah dewi-dewi hati Imz yang setia di sisi sejak mula-mula start semester pra,
dorang memang best sangat...dan Imz sayang dorang sangat-sangat...
ina,my bestie....cayang kamu....
kembar seiras sem 8...hehe...tak tau nak cakap sama tang mana,tapi sama lah..hehe
pose sexy tuuuuu....hehe....cayang korang gak

inilah 5 anak dara yang menjayakan rumah terbuka...hehe..dorang je sem 8 perempuan yang tinggal kat rumah sewa.so,kami terjah la rumah mereka! ngeee...dan sangat terharu kerana masakan dorang superbbbbb sedap...chef dari Penang,Johor,Kelantan dan Perak telah bergabung!!!

thanks sangat kat Ienaz,Min,Diana,Fiza dan Farah sebab sudi terima tetamu yang agak sengal macam kita orang ni...
kawan sampai hujung nyawa tau !!!!

sayang korang ahhhh !!!!

Monday, September 27, 2010

Demam Raya 2010

Posted by imz at 11:29 PM 1 comments

Salam 19 Syawal

Dah nak habis bulan syawal kan..masa berjalan terlalu pantas,tapi kita masih mensia-siakan masa.Emmm....
hari ni Imz dah mula ganti puasa,7hari nak kena ganti...huhu.
harapnya dapatlah langsaikan hutang sebelum bulan syawal berakhir..amin
Raya tahun 2010?
banyak story mory nyer..macam biasa,Imz sambut raya kat Pasir Mas,Kelantan
beraya dengan semua ahli keluarga tercinta(tapi tetap tanpa arwah abah)..
tema raya tahun ni warna biru...tapi Imz buta warna sikit,salah pilih warna..hehe..dari warna biru boleh pulak jadi kehijau-hijauan..

biskut raya semua jenis tunjuk jer,tak sempat nak buat sendiri..
rindu jugak buat biskut raya sendiri masa dulu-dulu dengan akak-akak
tapi lepas dah ramai kahwin,dah tak sempat..dorang kena uruskan anak-anak

Pagi raya,
pergi sembahyang raya..
juadah raya,ma masakkan nasi impit dengan kuah kacang dan nasi minyak
sesi make up pun dapat sambutan pagi raya...Aleesya teruja dapat di mekap oleh mak saudaranya

then sesi kasi duit raya kat anak-anak buah...ada la sikit rezeki Chekshu bagi duit raya kat 14 anak buah ni...tahun depan,InsyaALLAH..kasi lebih sikit kalau dah dapat gaji ekkk.Si kecik macam Payish,Khayla ni mana la tau makna duit raya lagi....comel jer dorang bila nak ambil duit raya..buat muka blur bila orang hulur angpau..

macam biasa,pagi raya sure ziarah kubur arwah abah..
pergi rumah arwah nenek,keluarga sebelah ma..then balik rumah,berkumpul dengan family sambil tunggu kehadiran tetamu..huhu

raya ketiga,Imz konon nak masak lah tapi masakan tak menjadi
akibatnya Imz sakit perut,muntah-muntah dan demam
esoknya,ma dan kak long bawak per
gi hospital

yang tak bestnya,kena ambil darah dan ni merupakan pengalaman pertama
dan seriously,sakit kena cucuk dengan jarum...hukhukhuk..
alhamdullilah,keputusan darah Imz O.K !
yang kelakarnya,bila nak ambil tekanan darah banyak kali error..nurse kata,maybe sebab tekanan darah tinggi sangat..lagi cuak lah Imz,dalam hati 'adoiii...umur 23 da dapat darah tinggi ke?'

then,dia suruh Imz baring dan ambil tekanan darah..last,dapat jugak baca tekanan darah..
rupanya perasaan nervous dalam diri ni yang buat tekanan darah Imz tak boleh baca
abang HA tu cakap,mesti jenis takut datang hospital...hehe
so,raya ketiga dan keempat..Imz masih lemah lagi..duduk je kat rumah
raya ni pun tak sempat nak beraya rumah kawan-kawan,
sure dorang bengang..sorry eh Azni,Ainul dan Nuni
sebab aku tak sempat nak pergi beraya rumah mu....

mana tak nya,research masih tak buat-buat lagi, bila dah sihat tu,pulun buat laporan research jela..memang tak sempat nak berjalan-jalan.Akak ajak pergi pantai pun tak nak,ajak pergi shopping pun tolak....leh bayangkan betapa Imz terlalu risau pikir pasal research ni????

so,raya 2010 Imz amat menyedihkan dan membosankan....

Saturday, September 25, 2010

Lirik Hanyut - Faizal Tahir

Posted by imz at 7:34 AM 1 comments
khayla and hariz

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

n0te Imz : fanatik sangat dengan lagu ni..suara Faizal Tahir memang gilergempakmeletop!!! huhu...tis song remind me to someone..xoxo..

Saturday, September 18, 2010

Hanya Air Mata

Posted by imz at 5:08 AM 0 comments
Salam guyz,
izinkan Imz menggunakan 'aku' sebagai ganti diri pada entri kali ini...

Terpanggil aku ingin coretkan perasaan yang tercalar
Rasa hati yang bisa mengalir air mata...
Entah bagaimana ingin di ceritakan..
tapi saat ini,tika ini..rindu pada si dia menggamit dihati
si dia yang benar-benar ku cintai,sayangi,kasihi dan ku sanjungi...
si dia,cinta pertama ku...dan tak akan pernah ada gantinya
sampai akhirat,sampai hujung nyawaku...

si dia...
darah dia yang mengalir dalam tubuhku,
menghidupkan aku sejak 23 tahun yang lalu...

si dia,
insan yang sangat aku rindui sentiasa..
cinta hatiku,abah...

abah,
sudah hampir 7 tahun abah meninggalkan dunia ni,
tinggalkan Imma...

saat Imma akan menempuh peperiksaan PMR,
abah pergi..sedangkan masa tu abah semangat Imma..
masa Imma nak exam UPSR,
abah sanggup cuti seminggu semata-mata nak bagi sokongan dan semangat...
tapi Imma terima suratan takdir Ilahi,
abah pergi tak kembali...

sekarang Imma hampir berjaya,
berjaya mendapatkan segulung ijazah..
InsyaALLAH..

kata orang,anak bongsu
manja...
kata orang,anak bongsu
sensitif...
kata orang,anak bongsu
mudah menangis

benarlah kata orang,itu yang sebati dalam diriku...
sensitif,manja dan mudah menangis

bukan anak bongsu tak nak jadi
setabah anak sulung
bukan anak bongsu tak nak
sekuat anak sulung
bukan anak bongsu tak nak
secekal anak sulung

tapi anak bongsu ini tak mampu,
tak mampu setabah,sekuat dan secekal
kakak-kakaknya....

apatah lagi tanpa ketua keluarganya,
abah...

abah,
Imma tak mampu sekuat dan setabah kakak-kakak
Imma dah cuba tak melayan perasaan,
tepis perasaan sensitif kalau orang mengata,menghina,mengherdik
tapi hati ini sakit...
dan
hanya air mata yang mengalir
melawan kesakitan itu

kerana sikap ini,
mungkin Imma dah banyak menyusahkan yang lain,
mengganggu ketenteraman orang lain,

abah,
anak bongsumu ini
masih sukar berdiri di kaki sendiri
masih memerlukan bantuan orang lain
sedangkan orang lain banyak tanggungjawab

abah,
kini ma sumber kekuatan Imma,
dia sumber semangat Imma
tanpa isterimu,ibuku
Imma tak tau selemah mana pulak Imma akan jadi..
Ya ALLAH,lindungi hamba-Mu yang lemah ini...

kepada insan
yang banyak Imma menyusahkan hidup mereka,
Imma mohon beribu maaf,
banyak khilaf diri ini....

andai esok
hari terakhirku,
aku memohon orang di sekelilingku,
memaafkanku...mendoakan kesejahteraan hidupku di sana...

Imma sayang abah,
Imma sayang ma,
Imma sayang kakak-kakak,
Imma sayang keluarga kita,
Imma sayang kawan-kawan,
Imma sayang kalian...

Click C.I.N.T.A

asasa