Friday, January 7, 2011

Ma,Kau Anugerah Terindah Untukku !

Salam Guyz,

Sejak dah habis belajar ni, Imz bersemangat nak aktif blogging balik dan semestinya blogwalking acara paling best.Dapat kenal kawan-kawan blogger dan kongsi suka duka.Tiba-tiba tersinggah ke blog Sudirman ,
http://sudirman1809.blogspot.com/ . Beliau adakan satu contest yang menarik dan hadiahnya LUMAYAN. So, Imz ambil keputusan naik join..sekadar suka-suka.
1st time Imz join contest dalam dunia blog ni tau....hehe....

Header blog dia memang sangat simple dan menarik
...jom la join contest ni !!!

Ma,Kau Anugerah Terindah Untukku

Setiap orang di muka bumi ini lahir dari rahim seorang wanita yang layak kita panggil Ibu ! Alhamdullilah, aku bersyukur dikandung dan dilahirkan oleh seorang wanita yang sempurna di mataku. Aku memanggil wanita yang aku anggap mulia itu dengan panggilan Ma.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang apatah lagi mempunyai 8 adik beradik yang kesemuanya perempuan.Ya, Ma melahirkan 8 puteri dan aku merupakan puteri bongsu dalam keluarga. Kata orang,menjaga seorang budak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu!!! betul ke? Adakah Ma susah menjaga kami ibarat beliau menjaga 8 kandang lembu?? Emmm....itu hanya kata orang yang menganggap tugas menjaga anak itu beban tapi bagi wanita yang ikhlas menjaga amanah ALLAH S.W.T, menjaga dan mendidik anak perempuan adalah ibadah.Aku yakin itu Ma telah laksanakan...menjaga amanah ALLAH S.W.T dengan sebaiknya sehingga semua puterinya berjaya dalam pendidikan dan mempunyai pekerjaan yang baik.

Ma dan aku ibarat merpati dua sejoli..hehe..banyak sifat dan perangai, aku warisi dari Ma. Suka duka kehidupan banyak kami kongsi bersama kerana aku bersama Ma sejak dilahirkan sehingga 18 tahun.Hari pertama aku ke tadika, Ma yang kejutkan tidur dan dukung aku ke tandas.Terlalu manja sehingga Ma yang memandikan dan menyiapkan aku ke tadika walaupun tadika hanya terletak di depan rumah. Seminggu aku menangis di tadika dan sentiasa berada di pagar kerana ingin melihat Ma.Tidak sanggup rasanya Ma hilang di mata walaupun sesaat.

Di permulaan darjah 1, aku masih dengan sikap ratu air mata. Hari pertama di sekolah, aku menangis lagi di depan rakan-rakan baru.Tidak mahu berenggang dengan Ma.Disebabkan kesiankan aku menangis dan masih tidak biasa di sekolah, Ma sanggup datang ke sekolah setiap hari selama seminggu semata-mata untuk berada di samping aku.Itulah pengorbanan Ma yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Pemergian abah ke rahmatullah pada usia aku 15 tahun, memberi impak yang sangat besar buat kami sekeluarga apatah lagi isterinya,ibuku.Ma terlalu sedih dengan ketiadaan insan yang paling beliau cintai.Mulai saat itu, aku dan Ma hidup berdua di rumah kerana kakak-kakak ada yang sudah berkeluarga,bekerja dan belajar di Kuala Lumpur.Segala suka duka kami kongsi bersama, dan beliau adalah chef yang paling sedap masakannya di dunia pada pandangan diriku.

Aku menginjak dewasa, dan pada usiaku 18 tahun,aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke IPG di Perlis.Agak jauh Perlis dan Kelantan kan, dan seumur hidupku 18 tahun tidak pernah aku berdikari dan berjauhan dengan Ma. Mungkin kerana terlalu risau,Ma mengeluarkan kata-kata,
"Nok gi ko?Jauh sangat tu.Toksir tak po,tolok lah tawaran tu."(Nak pergi ke?Jauh sangat tu.Tak nak pergi,tak pe..tolak lah tawaran tu.)

Ini merupakan tawaran yang ditunggu semua orang, mana mungkin aku menolaknya. Walaupun berat hati untuk berjauhan dengan Ma, aku terpaksa pergi kerana ia melibatkan masa depanku.

Ma merestui perjalananku dan beliau sanggup bersusah payah menghantarku ke Perlis bersama kakakku. Seperti yang dijangka, ini kali pertama aku berpisah dengan Ma dan sudah tentu tangisan mengiringinya.Aku dan Ma berpelukan dan menangis seperti dalam drama kat TV tu.Disebabkan rindu keterlaluan pada Ma dan makan makanan yang bukan dari masakan Ma,berat aku turun sampai 10 kg! Bayangkan....betapa rindu aku milik Ma...hak milik tetap!

Berkat doa Ma,aku akhirnya tamat pengajian selama 5 tahun setengah dengan keputusan yang baik.Apa yang paling penting, Ma datang menjemput aku di IPG Perlis dengan senyuman yang cukup manis.Kerana kasih sayang dan sokongan Ma yang tidak pernah berbelah bagi, aku berjaya mengharungi cabaran yang ditempuh di tempat pengajian.

Ma mungkin pernah menangis kerana berpisah denganku..dan sehingga hari ini aku rasakan Ma tidak pernah menangis kerana perbuatan nakalku. Ma nadiku, beliau yang menjadi penyebab aku ingin terus menghembuskan nafas sehingga ke hari ini dan mana bisa aku membiarkan dia menangisi sikap nakal ku.InsyaALLAH....biarlah
titisan airmata Ma hanya untuk kejayaanku bukan untuk kegagalanku.

Berbicara tentang impian ku,sudah tentu aku tidak sabar menunggu surat posting dan menjadi warga pendidik yang berkarisma.Menjalankan tanggungjawab dengan baik dan membahagiakan Ma. Impianku, gaji pertama yang aku perolehi nanti akan mengembirakan Ma dengan membelikannya sesuatu hadiah yang bernilai untuknya.InsyaALLAH....dan sudah tentu, aku ingin menjadi anak yang solehah buat insan yang bergelar ibu.Malah, aku berniat untuk menjaga Ma di saat beliau melewati hari-harinya.Semoga hajat itu dipermudahkan.Amin.

Ma,kasih sayang yang kau curahkan selama ini menjadikan tiap-tiap saat hidupku terasa bermakna dan sempurna.Sesungguhnya, aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang tiada galang gantinya dan Ma ,kau merupakan anugerah terindah yang pernah aku miliki !!!!

Keluarga....pelengkap hidupku!

Imz bersama cucu-cucu Ma
setiap darah yang mengalir dalam tubuh
insan-insan dibawah ini,
adalah dari darahnya..
darah wanita yang kami cintai,sayangi dan
kasihi sampai bila-bila...

p/s : gambar Ma tidak boleh di 'uplish' kan...so,gambar Imz bersama anak-anak saudara je..nervous juga 1st time join contest,kalau menang alhamdullilah...

4 comments:

sudirman said...

kisah yg buat saya menjadi sayu awal pagi..ada persamaan dengan saya but..saya mak yg pergi dlu..teruskan menyanyangi family anda..link awak da masuk dalam list blog ikut contest..tq

KyêrulL said...

Hai~
Semoga Berjaya dengan contest ni ^.~

imz said...

to sudirman:

tq...sayu ke?emm...kasih anak pada ibu kan..tq,sy akan tetap sayangkan keluarga sampai bila2..tq gak

imz said...

to kyerull:

hai..
thx sgt...hope so!

Post a Comment

Imz'Journey

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails

Friday, January 7, 2011

Ma,Kau Anugerah Terindah Untukku !

Posted by imz at 10:54 PM

4 comments on "Ma,Kau Anugerah Terindah Untukku !"

sudirman on January 8, 2011 at 2:57 PM said...

kisah yg buat saya menjadi sayu awal pagi..ada persamaan dengan saya but..saya mak yg pergi dlu..teruskan menyanyangi family anda..link awak da masuk dalam list blog ikut contest..tq

KyêrulL on January 8, 2011 at 8:00 PM said...

Hai~
Semoga Berjaya dengan contest ni ^.~

imz on January 10, 2011 at 12:00 AM said...

to sudirman:

tq...sayu ke?emm...kasih anak pada ibu kan..tq,sy akan tetap sayangkan keluarga sampai bila2..tq gak

imz on January 10, 2011 at 12:00 AM said...

to kyerull:

hai..
thx sgt...hope so!

Post a Comment

Click C.I.N.T.A

asasa