Salam Guyz
Ni entry sambungan dari Pemandu Halal.Di sebalik kisah itu,ada cerita yang menarik..mood sedih + kelakar + gabra semua menjadi satu!
Actually,Imz tak ready untuk test pada 16 Januari.Semuanya berlaku dengan pantas.Sebelum ni Imz nak belajar dengan pak saudara sendiri,tapi disebabkan ada halangan,ma sarankan belajar dengan kawan baik arwah Abah,Pak Cik Mail.
Sangat seronok ok belajar dengan Pak Cik Mail ni sebab dia memang kelakar,kiranya all the time Imz asyik gelak.So,perasaan nervous kita agak kurang lah kan.Pak Cik Mail pun banyak cerita pasal arwah abah kat Imz dan selalu bagi nasihat berguna.Malah,dia sanggup ajar lebih dari 8jam dan ajar sampai ke KB.Kalau dengan orang lain,memang tak dapatlah.Bayaran pun nak sikit jer sebab dia kata dah macam saudara sendiri.Syukur sangat dapat menuntut dengan Pak Cik Mail.Tapi kerana musim banjir kat Pasir Mas hari tu ,Imz cuma sempat belajar selama 3 jam je.Then,cuti dekat dua minggu.
Ahad lepas ( 9 Jan ),Pak Cik Mail datang ambil Imz kat rumah dan dia bagitau,pak saudara Imz dah tolong booking 16 Jan untuk Imz test.OMG! So, dalam masa seminggu, Imz memang pulun belajar driving,bukit,parking semua.Last day belajar,hari sabtu ( 15 Jan ) start pukul 3-5 petang belajar, sampaikan tangan-tangan sakit main handbreak tau.
Malam sebelum test,hanya ALLAH je tau macammana perasaan gemuruhnya.Imz mesej dengan si dia dan sahabat rapat untuk meluahkan kebimbangan untuk hari esok.Alhamdullilah,dorang sangat membantu dan memberikan kata-kata yang semangat.
Thank dear,Ina,Ienaz,Rehan...Luv u!
Pagi 16 Jan,Imz bangun seawal 6.30 pagi.Prepared awal-awal,breakfast nasi goreng yang di masak oleh ma.Then,terus menunggu.Pak Cik Mail datang ambil pukul 9.30 pagi.Dia suruh Imz drive ke tempat nak test supaya Imz lebih yakin nak test karang.
Imz punya sesi pukul 10.30 pagi.Sementara menunggu tu,Imz sempatlah tengok orang sesi pertama buat ujian.Cuak giler tengok ada yang kereta turun kebawah masa naik bukit.Malah muka JPJ yang test driving pun garang-garang.Takut weiiii...
Then dalam pukul 11.30, turn sesi kedua.Selepas dapat card no,dan no bertuah Imz ialah 12! Then,kena jalan jauh gak la untuk tempat menunggu giliran parking.Sementara menunggu dekat 'Wakaf Kenaling',Imz terasa sesuatu...tengok2x, kasut sebelah kanan dah tercabut tapak di bahagian depan.Mak aihhh...boleh tak bayangkan perasaan Imz???Sangat sedih tau...rasa nak nangis je! Tengah dok feeling sedih tu,giliran Imz untuk naik bukit.Imz jalan je slow2x,dalam hati ALLAH je tau!
Kasut bertuah.hehehe
Alhamdullilah,pergerakan Imz masa naik bukit cun ahh...turun pun steady je.Then,terus buat parking dan sudut 3 penjuru.Part 1 lulus even kasut rosak...Lepas tu jalan jauh lagi untuk menunggu giliran driving kat jalanraya pulak.Imz jalan slow2x...kasut makin lama makin teruk koyak.Sampai je dekat kawan2x,yang Imz kenal kat situ Imz tunjuk kasut Imz ni dengan muka tebal(malu).Biasalah,ada jugak yang gelak walaupun simpatikan.Nasib baik,akak sorang tu bagitau dalam pejabat ada sewa kasut RM2.00.So,Imz terus pergi dan dapatkan.Walaupun saiz agak besar,Imz pakai jela kan.
Ok,masalah kasut dah settle! Debaran untuk jalan raya pulak,tengok muka JPJ pun dah cuak.Dalam pukul 3.30 petang,no 12 dipanggil.Imz bismillah dalam hati dan bagi salam kat JPJ lelaki tu.Ya ALLAH,bersyukur sangat...JPJ ni baik giler,dari mula sampai habis dia borak.So,Imz dah hilang perasaan berdebar.Pergerakan kereta sangat smooth.Akhirnya,Imz lulus dengan markah 17 / 20.
Ya,kini saya sudah menjadi Pemandu Halal untuk kereta.Lesen motor dah lama ada,sejak form 4 lagi.Cerita pasal kasut tu,Imz confim tak boleh lupa.Mungkin ALLAH datangkan kesusahan pada kita namun disebaliknya ada hikmah..akhirnya Imz peroleh kegembiraan dengan lulusnya ujian ni.Syukur sangat-sangat.....malah,Pak Cik Mail pun puji Imz sebab berjaya dapat lesen.Akak-akak Imz sendiri pun masih tak percaya,dorang ingat adik dorang ni tak terror ke?hehehe...
So guyz....Imz dah lulus !!! Thanks pada yang bagi kata-kata semangat....
mood : nak pilih dan beli kereta....hahahaha...berlagak macam isteri Naza Group pulak!
14 comments:
tahniah dah lulus..
mencabar jugak ek nak dapat lesen..
btw, saya ipg temenggong ibrahim jb..dah habes dah, tgu posting jek ni..
to Illiana :
Thx dear...
sangat mencabar ok..hehe
sm la,Imz pun tgu posting jugak
waaa...
taniah2.......... :D
sonokkan bila dh lulus..
heheh,jgn jd mcm kt,ade lesen,jrg drive..ngeh3..
to miss egie :
hehe...thx zirahhh syg...
to nusha :
aah,seronok..
2 pasal...risau mcm 2 jgk la..kete pun tak ada..kang susah nk drive nanti..lupa step.haha
da lulus seh.tahniah.
dah dapat lesen besar.... tahniah!
nti bawa sis jalan2 eh...
;)
to akufobia :
aah...thx tau...hehe
to sis Ixora :
aah sis...thx so much!
boleh jer..takut sis je takut...hehe
tahniah..huhu..sy yg dh de lesen nak dkt 2thn ni pon xbwk2 kete..hahahha..pe blh wat..nak bwk kete org kang..tkut masalah..tunggu beli kete sndri..nk dekat lesen penuh xbawak2..huhu..
bestnya da lulus...sy ada lesen basikal je kot...huhuhuhu.....sedeyyhh =( ...hihi
to Lola :
thx lola...yeke?cian..sm la Imz pun,kete xde lagi.nak pinjam,dorang tak kasi..kena beli sendiri lah..huhu
to rynie nas :
hehe...mmg best sgt..hehe..ok r 2,xsmua org ada lesen basikal.nanti rynie amik lesen tau..senang je..
Post a Comment