Anak yatim terharu dirai pemain Red Warriors
|
KOTA BHARU 8 Ogos - Sebelum ini, Mohd. Amirul Mohd. Zakuan, 11, mungkin hanya mampu menatap dari jauh wajah pemain-pemain The Red Warriors (TRW) sama ada di atas padang atau di televisyen.
Bagaimanapun semalam, murid tahun lima sebuah sekolah rendah yang kehilangan bapa tersayang 23 hari lalu akibat kencing manis, melalui detik manis dalam hidupnya apabila diraikan oleh pemain bola sepak yang menjadi idola majoriti rakyat negeri ini.
Mohd. Amirul dari Kampung Lorong Kubur, Kok Lanas, bersama-sama 119 lagi anak-anak yatim dibawa oleh pemain-pemain Red Warriors membeli belah pakaian Aidilfitri di pasar raya KB Mall dekat sini.
Ia sebahagian daripada aktiviti Sukarelawan Kebajikan TRW menerusi program Jom Kongsi Kasih Sayang kelolaan bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ini kali pertama saya diraikan seperti ini. Saya rasa sangat gembira dengan sumbangan yang diberikan pada hari ini. Lebih-lebih lagi daripada pemain pasukan bola sepak yang menjadi minat saya selama ini.
"Dengan kehidupan daif saya tidak pernah termimpikan sesuatu yang boleh mencatatkan sejarah atau kenangan dalam hidup saya (dapat bertemu pemain TRW dan diraikan oleh menerima)," katanya di sini, semalam.
Program itu dilancarkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. Turut hadir Pengarah Pembangunan Komuniti JKM, Wan Noraidah Wan Mohd. Zain dan Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik.
Sementara itu, ibu Mohd. Amirul, Siti Aisyah Ismail, 36, terharu dengan keprihatinan KAFA dan JKM dalam membantu menyediakan keperluan baju Aidilfitri anak keduanya itu lantaran dia sendiri berdepan dengan masalah kewangan kerana hanya bergantung pendapatan hasil menjual kuih.
p/ s : ingatkan dapat jumpa Khairul Fahmi.....huhu...Apex ada latihan dengan skuad kebangsaan...
0 comments:
Post a Comment