Friday, February 27, 2009

40 tHIngS GurL Wish GuyS knew....

1. Dont tell us when you think other girls are hot.
2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored.
3. Mark anniversaries on the calendar.
4. We think about you all the time.
5. This is how we see it: Don’t call = Don’t care.
6. Which also means that if we dont call, take a hint.
7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
8. We’re allowed to be late. You’re not.
9. Eye contact is the key.
10. Don’t take longer to get ready than we do.
11. Laugh at our jokes.
12. 3 words: honesty, honesty, honesty!
13. Girls can be groupies. Guy groupies are stalkers.
14. Do not start with us. You will not win.
15. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didn’t think so.
16 If you ask nicely, we`ll answer the same way.
17. We will never have enough clothes or shoes.
18 Open the door for us no matter where we are.
19. We love surprises.
20. Pay attention to the little things we do, because they mean the most.
21. Always brush your teeth before you see us. A fresh mouth and white teeth are a necessity.
22. Clean your room before we come over.
23. Even though you’re sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are.
24. Don’t act hard around your friends
25. Sometimes “NO” really means “NO!”.
26. “Wife beaters” are not an adequate form of fashion.
27. Sensitive guys are great.. but crying more than we do in a movie just isn’t right.
28. Dont let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough.
29. It takes a special kind of stupid to forget birthdays.
30. “Fat chicks” have feelings, too.
31. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG.
32. The excuse “I can’t dance” is unacceptable. We'll appreciate the simple fact that you're trying.
33. Just because a girl doesnt pick up on the first ring, doesnt mean shes not waiting by the phone.
34. You dont have to spend a lot; if it means a lot.
35. Dont say you love me if you dont mean it.
36. Dont lie to us. We will catch you.
37. Dont you ever answer our question with only ONE word! We hate it!
38. Just BE by our side when shopping means you are not allowed to flirt while we shopping
39. Please give us some comment while shopping.. its compulsory.
40. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.

Jangan Beritahu Niah !!!!

Awan kelabu berarak berat. Suasana alam bagaikan di sumpah menjadi muram. Segala-galanya hilang seri. Segala-galanya hilang punca. Yang ada hanyalah keriuhan hujan menyimbah bumi. Megah menguasai alam.

Dari balik tingkap, Amir melihat keganasan hujan. Rakus menyimbah bumi, hanyalah untuk menyegarkan kembali alam yang sekian lama terkurung dengan debu dan kehangatan. Itulah aliran alam.

Amir menghela nafas panjang. Saat itu dirasakan seolah-olah alam juga turut mengerti perasannya. Mengerti hatinya.Hatinya yang mula gelisah,di persimpangan cinta antara dua wanita.Benar dia mula menyukai gadis kota yang cantik zahirnya,Sara tetapi hatinya juga masih membutuhkan gadis kampung yang cantik zahir dan batinya,Niah.

Masih jelas,seolah-olah bagaikan baru semalam dia menemui gadis bertudung litup yang ayu wajahnya,Niah.Disaat kakinya mengayuh basikal,dia terserempak dengan Niah,anak gadis enam belas tahun yang baru seminggu kehilangan ibu bapa.Matanya merenung wajah sugul Niah.Niah mengalih pandang dan meneruskan perjalanannya.Amir kembali meneruskan kayuhannya apabila bayangan Niah hilang dari pandangan.

”Mak,tadi Mir jumpa Niah depan kedai Pak Saad.Kesian Mir tengok dia mak,sedih je.Siapa yang jaga Niah sekarang?”Soal Amir setelah menjengah dapur apabila melihat kelibat ibunya sedang mengoreng bihun.

”Mak dah bincang dengan abah nak jaga Niah,Mir memandangkan dia tiada saudara mara.Niah tu budak baik,mak nak jadikan dia anak angkat.Kamu setuju?”Soal Mak Som kembali selepas menyeduk bihun goreng ke dalam mangkuk.
Amir agak terkejut mendengar jawapan ibunya.Tetapi dia mula berfikir rasional,memang wajarlah ibu bapanya menjaga kebajikan orang kampung yang dalam kesusahan memandang jawatan abahnya sebagai ketua kampung.

”Mir tak kisah,mak.Lagipun bila Mir dah sambung belajar kat KL nanti,ada jugak orang tengok-tengokkan mak dan abah,”jawab Amir selepas meneguk secawan air kopi yang terhidang di meja makan.

”Niah janganlah malu-malu dengan abang.apa-apa masalah,Niah cerita je kat abang ya,”pesan Amir sewaktu berpeluang beriadah dengan adik angkatnya.Sudah hampir lima bulan Niah menetap dirumahnya tetapi gadis kecil molek itu kurang bercakap dengannya.Mungkin malu.Tetapi Amir mengambil langkah yang positif untuk merapatkan hubungan mereka.Amir juga ingin merasai nikmat mempunyai adik dan berkongsi kisah.

”Yela,bang..terima kasih,”jawab Niah.
Sejak hari itu,hubungan mereka semakin rapat sebagai abang dan adik angkat.Setiap suka duka dikongsi bersama. Perubahan yang baik itu amat mengembirakan hati Pak Manaf dan Mak Som.Namun kemesraan mereka mula menjadi perhatian orang kampung yang menfitnah hubungan itu diwarnai bunga-bunga cinta.

”Niah pelik lah,bang orang kampung leh cakap kita bercinta.Dorang buta ke?Abang tetap abang Niah,bukan kekasih Niah,”ujar Niah diiringi gelak tawanya yang menceriakan hari-hari Amir.Amir juga turut tergelak.Tangan mereka ligat menganyam tikar yang diminta ibunya.Tetapi pandangan Amir tiba-tiba beralih ke wajah Niah yang masih tersenyum dan leka menganyam tikar.Saat melihat keayuan adiknya yang bertudung litup itu,hatinya berdebar-debar.Benarkah dia hanya mengganggap Niah adik?Niah menyedari akan renungannya lalu Niah terus mencebik.Hairan melihat reaksi abangnya.Amir terus mengalih pandang.Malu dengan tindakannya.

”Amir,abah tengok sekarang kamu jarang habiskan masa dengan Niah.Kamu sibuk dengan aktiviti sekolah ke?”Soal Pak Manaf sejurus melihat anak tunggalnya menyarung kasut sukan untuk bermain bola di padang sekolah.Amir terdiam seketika.

”Tak adalah,bah.Amir kan nak SPM hujung tahun ni,banyak la buat perbincangan dengan kawan-kawan kat sekolah.Kenapa bah?Niah ada mengadu apa-apa kat abah ke?”Soal Amir kembali sebelum menghidupkan enjin motosikal.

”Ooo..tak adalah.Cuma abah kesian tengok adik kamu tu,bosan duduk rumah.Dulu kamu selalu jugak bawak dia pergi memancing ke,berjalan tepi pantai.Sekarang abah tengok kamu pun jarang berborak dengan dia.Jangan sampai dia kecil hati dengan kamu,Mir,”pesan Pak Manaf sebelum memancat tangga menaiki rumah mereka.Amir tidak menyangka perubahan sikapnya mula disedari abahnya.Namun dia terpaksa menjarakkan hubungan itu kerana dia mula merasai sesuatu perasaan yang istimewa apabila menatap wajan adiknya.Dia tidak mampu menghilangkan perasaan itu.Amir tewas dengan senyuman yang terukir di wajah Niah.Amir akui tindakannya mungkin melukai hati Niah tetapi dia harus bertindak sebelum hatinya makin mendambakan Niah.Ya,benar Amir mula menyanyanggi Niah lebih dari kasih abang kepada adiknya.Hati Amir mula dipanah virus cinta!

”Abang Amir nak pergi main bola ehh?”sapaan Niah mengejutkan Amir yang sedang mengelamun.Amir hanya mampu menggangguk dan terus membonceng motornya.Dia tidak mampu melihat lirikan mata Niah.Niah terpinga-pinga dengan reaksi abangnya.Niah sedikit kecewa dengan layanan Amir sejak kebelakangan ini.

Sudah tiga bulan Amir menjauhkan diri dengan adiknya.Malah Niah pun semakin bijak mengelakkan untuk bertembung dengannya.Hati Amir mula gelisah apabila Niah semakin jauh dari dirinya.Dia juga cemburu apabila kawan-kawannya mengusik untuk memikat adik angkatnya itu.Pelbagai cara dilakukannya untuk membuang perasaan istimewa terhadap Niah tetapi semakin dia mencuba,semakin kuat rindunya pada Niah.Amir tidak mampu berjauhan dengan Niah lagi.Dia nekad untuk memiliki Niah memandangkan hubungan mereka tidak menjadi larangan dalam Islam.

”Niah,biar abang tolong.Periuk tu berat,”ujar Amir yang ingin membantu adiknya mengangkat periuk panas yang berisi gulai kawah.Niah hanya mengganguk dan terus berlalu pergi.Membiarkan dia sendirian di dapur.Sejak akhir-akhir ini usahanya untuk merapati Niah kembali tidak berhasil kerana Niah bersikap dingin terhadapnya.

”Niah,sejak kebelakangan ini kenapa Niah menjauhkan diri dari abang?Abang ada buat silap ke?”Amir terus mengutarakan persoalan yang bermain dikepalanya sewaktu dia mengajak Niah menemaninya memancing di tepi sungai.Niah hanya tunduk,matanya memandang air sungai yang mengalir tenang.

”Dulu abang bersikap dingin dengan Niah,Niah tak cakap apa-apa pun,”jujur Niah menjawab pertanyaan Amir.
”Abang ada sebab jarakkan hubungan kita,Niah.Niah tak mungkin mengerti.”
”Kalau abang tak bagitau Niah,macam mana Niah nak mengerti?Sebab apa abang jauhkan diri dari Niah?”

Amir diam.Dia takut untuk bersikap jujur kerana bimbang Niah akan terus jauh darinya.Tetapi dia akan terus dihantui perasaan yang bergelora jika perasaannya terus terpendam begitu saja.

"Abang sukakan Niah lebih dari perasaan seorang abang terhadap adik.Niah faham kan?"
Niah tergamam.Terkejut dengan jawapan abangnya.Dia hanya mampu diam membisu.Dia tidak mampu menatap wajah abangnya.Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi.Hanya bunyi kicauan burung dan ungkas-ungkas memenuhi ruang udara.Amir mula serba salah.Apatah lagi melihat gadis berlesung pipit itu hanya menundukkan wajah.

”Lupakanlah Niah.Abang tahu abang tak patut ada perasaan itu.Abang minta maaf Niah,”sayu Amir mengungkapkan kata-kata itu meskipun dia sukar melafazkannya.

”Apa kata mak abah nanti?Niah risau kalau mereka tidak setuju.”Perlahan Niah bersuara tetapi mampu membakar benih-benih cinta yang tersemai di hati Amir.Amir tersenyum girang.Terus tangan Niah diraihnya dan mengajak Niah pulang ke rumah.Tidak sabar rasanya ingin memberitahu khabar gembira itu pada ibu bapanya.

Amir memanjatkan kesyukuran kerana hubungan mereka direstui oleh Mak Som dan Pak Manaf asalkan mereka menjaga maruah keluarga itu.Malah besar harapan orang tua itu untuk melihat hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

Sudah hampir setahun hubungan mereka berjalan dengan lancar dan Amir akui dia berasakan hidupnya cukup indah memiliki kekasih seperti Niah yang mempunyai keperibadian yang tinggi.Sebulan kemudian,Amir mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA di Kuala Lumpur selama lima tahun.Meskipun gembira dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya,Amir juga tidak dapat menafikan perasaanya yang gusar untuk berjauhan dengan Niah.Mampukah dia hidup di kota tanpa melihat senyuman dan lirikan Niah?Amir harus pasrah dengan tuntutan masa depan yang lebih terjamin.

”Niah akan sentiasa mencintai dan menunggu kepulangan abang,”bisik Niah sebelum dia memasuki perut bas ke ibu kota.Pandangannya berpasir saat melihat lambaian Niah yang semakin pudar.Amir mengetap bibir menahan air mata dari menitis.

Tiba-tiba Amir tersedar dari kenangannya, bila ketukan singgah di pintu bilik. Suara Hakim di balik pintu.
”Mir,Sara call tadi.Dia pesan suruh call her back.”
”Ok,thanks Kim.Jap lagi aku call dia.” Lembut Amir menyapu airmatanya. Setelah melepas nafas panjang, Amir bangun dan duduk di bucu katilnya. Dengan perlahan dia bangun. Satu persatu kakinya melangkah menuju ke pintu.

”Mir,kau ok tak ni?”Tegur Hakim apabila melihat wajah sugul Amir.Amir hanya tersenyum sinis dan mencapai kunci kereta kancilnya.

”Dear,dah banyak kali I call you tapi asyik masuk voicemail je.Nape?”Rengek Sara sejurus Amir mendekatinya.Amir hanya diam dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang menghadap wanita tinggi lampai itu.Restoran Mc Donald sering menjadi medan untuk dia menghabiskan masa dengan Sara,gadis yang menambat hatinya sejak beberapa bulan yang lalu.Sara jauh beza dengan Niah.Amir pada awalnya keliru dengan perasaannya tetapi dia juga tidak boleh menipu dirinya yang tertarik dengan aksi manja dan lincah si gadis kota itu.Walaupun tindakannya menduakan Niah dianggap satu dosa terbesar yang pernah dilakukannya tetapi Amir keliru.Keliru dengan cintanya kerana dalam masa yang sama dia masih memerlukan Niah.Dan yang pasti Niah juga semakin membutuhkannya selepas pemergian ibu bapanya sebulan yang lepas.

”Mir,bila kamu dah bersedia mak dan abah nak kamu nikahi Niah.Ingat Mir,kalau mak dan abah tak ada nanti,kamu jaga Niah baik-baik ya,”sayu suara ibunya menyampaikan pesan melalui telefon sehari sebelum ibu bapanya kemalangan jalan raya.
Amir tersedar dari lamunan apabila bahunya ditepuk Sara.Sara mencebik geram kerana Amir seolah-olah tidak menghiraukannya.Benar,hanya jasad Amir di situ tetapi jiwa Amir nun jauh terbang ke kampung halamannya,Cherating.

”Dear,sekarang ni I tengok you kuat sangat mengelamun tau,”tegur gadis berambut ikal mayang itu.Amir hanya tersenyum sinis.Dia menguak rambutnya ke belakang.Jiwanya kosong.Pandangannya juga berbalang-balang.Amir buntu!
”Sara,Mir rasa tak sedap badan lah.Amir balik dulu ya.”
Pantas Amir mengatur langkah meninggalkan Sara yang masih terpinga-pinga.Untuk sekian lamanya,Amir menghadapi dugaan yang paling besar dalam hidupnya.Memilih dua gadis yang berbeza dari segi lahiriahnya tetapi mempunyai istimewaan yang tersendiri.

Saat menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara,UITM Shah Alam,Amir pernah berjanji tidak akan terpesona dengan mana-mana gadis namun akhirnya Amir tewas apabila melihat Sara.Gadis mana yang tidak akan tertawan apabila melihat wajah tampan anak tunggal ketua kampung itu.Bukan Amir ingin bangga diri apabila bisa mengelak dengan godaan gadis-gadis cantik di kampus itu tetapi hatinya telah disimpul mati hanya untuk Niah.Setelah bertahun lamanya mengenali Sara,simpulan itu bisa terurai juga.

Amir pada awalnya keliru tetapi sudah takdir mungkin,dia tidak mampu mengelak untuk mengasihi gadis persis anak cina itu.Mereka menjalin hubungan yang serius baru beberapa bulan yang lalu,saat usia perhubungannya dengan Niah masuk tahun ketiga.Dan sejak itu dia mula berasakan kasihnya pada Niah mula suram,seolah-olah api cinta mereka semakin terpadam.Tapi Niah masih seperti dulu,gadis sopan santun yang semakin menginjak dewasa.Kawan-kawannya mula menasihati agar dia bersikap jujur dengan Niah dan membuat keputusan mengikut kata hatinya tetapi Amir tidak bisa.Amir tidak sampai hati melukai Niah sedangkan Niah berjanji untuk terus mencintainya.Amir buntu dan dia mohon agar kawan-kawannya tidak memberitahu Niah akan hubungannya dengan Sara.

”Amir,kau fikir tentang Niah lagi kan?”Soal Hakim apabila melihat Amir duduk termenung di koridor rumah sewa mereka.Amir mengiyakan pertanyaan Hakim.Hakim kawan sekampung yang sama-sama melanjutkan pelajaran dengannya.Hakim yang banyak mengetahui kisah hidupnya dan Hakim juga mengenali Niah.Hakim satu-satunya sahabat Amir yang juga kenalan rapat Niah.

”Mir,aku rasa kau beritahu je Niah yang kau dah ada Sara.Sampai bila kau nak bohong dia,Mir?”
”Kim..Niah perlukan aku.Sejak mak abah aku dah meninggal, hanya akulah tempat dia bergantung.Aku tak sampai hati kecewakan Niah,”sayu Amir menjawab pertanyaan Hakim.

”Tapi Mir,kau dah menduakan dia.Kau dah ada Sara.Lagipun kau jugak yang kata kau dah tak rasa cinta pada dia.Kalau kau tak sampai hati,biar aku je yang beritahu Niah.”
”Kim,please.Kau jangan masuk campur.Tolong jangn beritahu Niah!!!”Suara Amir sedikit kasar dan mengejutkan Hakim.Amir terus berlalu dan memandu laju keretanya ke arah timur.

Tiga jam kemudian,Amir tiba di depan rumahnya,rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapanya.Dia menjenguk-jenguk ke dalam rumah,bayangan gadis yang dicarinya langsung tidak kelihatan.Laman rumah mereka bersih dan cukup kemas.Pandai Niah jaga rumah mak abah,bisik hatinya.

”Mir,bila sampai?Kamu cari Niah ya?Kalau tak silap Mak Yam,pagi-pagi ni Niah ambil upah membasuh pakaian di rumah Haji Shukri.Pukul 11 baru dia pergi menjahit,”tegur Mak Yam jirannya yang bertanggungjawab untuk menjaga sakit demam Niah sejak ibu bapanya tiada.

Amir tergamam mendengar kata-kata Mak Yam.Sampai begitukah nasib kekasih hatinya untuk mencari rezeki.Bukan ibu bapanya tidak meninggal harta malah cukup untuk menampung kehidupan Niah di kampung itu tetapi Niah tetap degil.

”Abang,Niah mampu lagi bekerja.Biarlah Niah cari rezeki dengan usaha Niah sendiri,barulah Niah rasa puas hati.Abang jangan risau ya,”ujar Niah saat dia meminta Niah berhenti bekerja di kedai jahit Kak Nab.

Amir betul-betul terusik dengan susah payah yang terpaksa dilalui Niah untuk mencari sesuap nasi.Hatinya membengkak.Amir kecewa dengan diri sendiri kerana sanggup melihat penderitaan gadis yang amat mencintainya.

”Abang Amir...dah lama ke sampai?”Tegur Niah apabila melihat kelibat Amir menghampirinya sewaktu dia tengah menyidai pakaian ahli keluarga Haji Shukri.Niah segera membasuh tangannya dan mencium tangan Amir.

”Dah lama Niah buat kerja ni?”Soal Amir yang cukup sedih melihat penat lelah Niah.Wajah Niah dibahasi manik-manik peluh.Niah mengelap peluhnya.Tudung birunya dibetulkan.Dia menghampiri Amir yang duduk di bangku simen di tepi rumah majikannya.

”Sejak mak abah tak ada,Niah buat kerja ni.Lagipun kedai Kak Nab bukak pukul 11.Pagi-pagi tak ada buat apa,baik Niah isi masa.Haji Shukri bagi Niah rm50 seminggu,bang.Banyakkan?”Niah begitu teruja menceritakan pekerjaan sampingannya sedangkan hati Amir luluh mendengarnya.

”Abang nak Niah berhenti kerja.Kerja di sini dan juga kerja di kedai Kak Nab,”ujar Amir dengan tegas.Wajah Niah berubah.
”Kenapa bang?Apa salahnya Niah cari rezeki.”
”Abang mampu sara hidup Niah.Abang tak nak Niah susah sampai macam ni.Harta arwah banyak,makan pun tak habis Niah.”
”Itu harta ibu bapa abang,Niah tak berhak.Lagi pun Niah masih muda,masih kuat untuk bekerja.Niah tak rasa susah pun.Abang tak payah la fikir sangat tentang Niah,Niah tak ada apa-apa,”sayu suara Niah tetapi nadanya tegas.Amir bingkas bangun dari kerusi itu.Tangan Niah diraihnya.Niah merentap tangannya dari genggaman Amir.Amir terpana dengan tindakan Niah.

”Abang akan habis belajar hujung tahun ni.Abang rasa dah sampai masanya kita berkahwin,”ujar Amir dengan tegas.
Wajah Niah berubah dan dia terkaku diam.Amir memejamkan mata.Dia mengharapkan kata-katanya itu lahir dari lubuk hatinya,bukan perasaan belas kasihan.
”Abang balik la KL dulu.Nanti kita bincang lain kali,”ujar Niah perlahan.Suara Niah seolah-olah tidak menunjukkan dia teruja dengan kata-kata Amir.Amir berasakan Niah dapat membaca perubahan sikapnya yang kurang mesra dengan Niah sejak kehadiran Sara dalam hidupnya.Amir pasrah.Dia menggangguk.Amir terus berlalu dan meninggalkan Niah.Jauh dari lubuk hatinya,Niah masih wanita yang amat disayangi.

Amir berbaring di atas tilamnya.Tangan kanannya di letakkan di atas dahi.Memikirkan masa depannya.Putaran kipas yang diamati seolah-olah putaran hidup yang akan dilaluinya nanti.Amir harus membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.Sudah hampir tiga tahun dia menyulam kasih dengan Niah dan sepanjang itulah hidupnya bahagia.Namun kehadiran Sara mengoyahkan perasaannya sedikit demi sedikit sehingga sampai satu tahap dia berasakan rasa cintanya pada Niah sudah luntur.Tapi dia tidak sanggup meninggalkan Niah!Amir terus dibeban dengan banyak persoalan.

Apabila memikirkan Sara,dia akui mengasihi gadis itu tetapi perasaan itu baru saja hadir.Adakah gadis metropolitan itu akan terus setia menjadi kekasihnya?Amir terus dihenyak dengan pelbagai persoalan yang bisa memerangkap dirinya sendiri.Dia yang bersalah kerana mencintai dua gadis dalam satu masa.Amir akhirnya terlena kerana penat memikirkan masalah ini.Tepat jam dua pagi,Amir terjaga dari lenanya.Dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di hujung katil.

Akhirnya Amir bingkas bangun dan melangkah ke arah tandas.Air sembahyang di ambilnya dengan penuh tawaduk.Amir mehamparkan sejadah dan menyerah seluruh jiwanya kepada pencipta yang satu.Dia menyempurnakan solat istikharah setelah fikirannya semakin buntu.Selepas selesai,Amir menyambung lenanya.Moga-moga Allah memberi petunjuk padanya.

Beberapa hari kemudian,Amir pergi ke kolej seperti biasa.Kelibatnya disedari Sara.Tiba-tiba tangannya diraih kasar.Sara mencebik geram.

”Dear,you pergi mana tiga hari ni?Tension tau tak,asyik menghilang je.Macam chips more.Kejap ada,kejap tak ada.What happen to you,Amir Mukhriz?You are too much!!!.”
Suara lantang Sara mengejutkan Amir.Lantas dia menarik tangan Sara ke tempat yang tidak ramai orang.Dia malu apabila beberapa orang warga kampus menyaksikan pertelingkahan mereka.

”Sara,I ada something nak bagitau you.About us,”ujar Amir perlahan.Sara hanya menjeling geram.Amir membawa Sara ke taman yang agak tenang dan mendamaikan.Kumat kamit mulutnya berbicara dengan gadis tinggi lampai itu.Hampir satu jam mereka menghabiskan masa di taman itu.
Amir,i hate you the rest of my life!!!”Jerit Sara sebelum meninggalkannya.Amir hanya mampu mengeluh panjang.Akhirnya dia bisa bernafas tenang selepas ini.Amir mengambil keputusan untuk melepaskan Sara kerana setiap pagi dia hanya memikirkan Niah apabila terjaga dari lena.Mungkin itu petunjuk bahawa Niah akan menjadi suri hidupnya.Ibu untuk zuriatnya yang akan menjadi pewaris Pak Manaf dan Mak Som. Amir menghela nafas dengan lega.Untuk sekian lamanya,hidupnya kembali bercahaya setelah awan-awan tebal berlalu pergi.

Aku terima nikahnya Nik Niahana bt Nik Haris dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai,”lafaz Amir dengan lancar di hari pernikahan mereka tanggal 11 November 2007.Mata Niah berkaca.Akhirnya titisan jernih itu menitis jua.Amir merapati isterinya.Diciumnya dahi Niah dengan penuh kesyukuran.
”Sayang,abang akan terus berada disisimu,”bisik Amir selepas mencium pipi Niah.Niah menggangguk.Tangan Amir diraihnya dan dicium dengan penuh kasih sayang.

P/S :st0ry ni org create dr lagu JANGAN BERITAHU NIAH by Sheila On 7..so,nak lga feel dgr lagu ni..n hayati lirik dia..hope u all enjoy k

Wednesday, February 25, 2009

when gurls cry...

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.

If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she’s the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.

When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….

Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,

She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,

Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say “im sorry”.
think about it.

“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”

kenapa wanita menangis (my fav article )

bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “AIR MATA KEHIDUPAN.”

Sunday, February 22, 2009

hye everyone...

i dunna wat 2 talk abt,,,,maybe next time...thanks 2 view myblog...nice 2 meet u

Imz'Journey

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails

Friday, February 27, 2009

40 tHIngS GurL Wish GuyS knew....

Posted by imz at 6:12 AM 0 comments

Posted by imz at 5:57 AM 0 comments

Posted by imz at 8:19 AM 0 comments

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.

If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she’s the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.

When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….

Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,

She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,

Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say “im sorry”.
think about it.

“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”

kenapa wanita menangis (my fav article )

Posted by imz at 6:59 AM 0 comments

bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “AIR MATA KEHIDUPAN.”

Sunday, February 22, 2009

hye everyone...

Posted by imz at 7:57 AM 2 comments
i dunna wat 2 talk abt,,,,maybe next time...thanks 2 view myblog...nice 2 meet u

Click C.I.N.T.A

asasa