haaa...sure korang heran kn?apehal lak dengan kes diterjah...dapat masuk rancangan MeLoDi kaaa?hahaha...siapa la diri ini tiba-tiba nak interframe dalam program 2..hehe...kisah sebenarnya..hari ni dah masuk minggu kedua orang praktikum kat sek IPGM 2...dari minggu lepas lagi orang da diberi kelas untuk mengajar..tapi macam 2 la,banyak lagi kelemahan..susah sungguhhhh nak control budak2 ni..darjah 3 maklumlah..tengah nakal lagi,mulut lak asyik nak pot pet pot pet jer..tapi ok la,xdela dorang bising sangat..kata orang masih boleh di kawal..hehe..nak kena jadi pengawal keselamatan ke??ape2 la kan..tapi pengawalan bilik darjah yang baik adalah aspek penting yang lecturer nak tengok masa observe nanti..minggu lepas orang adelah masuk kelas sekali dengan guru pembimbing,Cikgu Norizan atau lagi mesra orang panggil,Kak Izan..dia memang baik dan memahami masalah cikgu praktikum macam orang ni..so xdela nak segan sangat tapi masa dia tengok orang mengajar 2,perasaan nervous 2 tetap ada..dup dap dup dap jer..ditambah lagi cikgu-cikgu lain datang menjeguk..wahhh...berpeluh2 orang kat depan mengajar.memang rasa xbest gler mengajar masa 2...budak2 kurang pay attention.At last,Kak Izan kata ok..kena practice banyak2 lagi...nampak gak orang nervous katanya.
Haa....story diterjah pulak?Actually orang ada kelas 1 waktu = 30 min kat kelas 3 bestari..sepuluh minit nak masuk kelas,alih-alih lecturer datang...
"Haa...Wan,hari ni saya nak observe awak,"katanya.
Wahhhhhhhhhhhh.........sape tak cuak?????????dengan wajah yang kurang darah..orang terpaksa la terima..datang mengejut lak..memang betul2 kena terjah la..masa masuk kelas tu..macam ape jer jantung orang berdegup,tapi dengan lafaz bismillah..alhamdullilah orang dah kurang gementar.dan tanpa dijangka,,orang guna jer fully english dengan budak2 tu..sebelum ni tak pernah..nasib baik dorang faham la jugak..akhirnya orang selesai dan alhamdullilah banyak nasihat dan teguran yang diberi oleh lecturer.Katanya ok..dan masih perlu ditingkatkan lagi...fuhh....da lega sikit... Pada kawan-kawan orang yang sedang praktikum 2,ready2 la kalo korang pulak kena tErjaHhhh pasni...orang wish gud luck 2 all of u..peace,cayang korang !!!!
esok maybe kena observe dengan Kak Izan pulak...adoyai...huhu...2 la sapa suruh jadi cikgu?Ingat jadi cikgu senang ke...banyak keje wei....hehee....tapi itu tanggungjawab kita,mendidik bangsa Malaysia !!!!
hye kawan-kawan...(sound upin&ipin) huhu... dah lama org tak da masa nak update blog ni...al-maklumlah bz sesangat dengan praktikum..this is my 1st praktikum kat sekolah...nak jadi CiKGu katekan...nasib baekk la dapat dalam maktab jer,Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),Perlis jer...jalan kaki jela nak ke sek..huhu...yang xbestnya nk praktikum ni,kesihatan org ternganggu sedikit..tensen tol..selsema + batuk la plak..da mkn ubat,tapi xsembuh sepenuhnya..cian org kn..kn,kn??? ditambahkan pulak dengan keje praktikum..bertambah2 letih la..tp xpela,nk kutip pengalaman b4 jd cikgu nnt..setakat hari ni,belum masuk kelas lagi..baru jer intai2 cikgu lama mengajar..seram bulu roma jgk nak mengajar ni..dah la kena ngajar Multiplication Year 3...huhu..cabaran ni,nak bagi anak2 didikan boleh hafal sifir dengan cepat..setakat ni jela entri org kali ni,kurang m00d nak cter panjang2,demam katekan...k la,doakan org complete praktikum fasa pertama dengan jayanya k !!!
TAG from eazy insyira... thankseazymake me as a lucky person..hehe..
bahagian mata
mata org?hehe...ape nk cter ehh...adela tahi lalat tang belah kanan 2..hehe..pemanis mata ehh?ape2 la...so,e2 la mata org...
bahagian hidung
ala...cam xbesh jer nk cter..haha..al-maklumlah bkn ank mami nk hidung mancung..hehe..so hdg kemek jer..haha...tp ape2 bersyukur.
bahagian mulut
wahhh....sexy ke bibir org?haha...xde makna nyer kn...tp mulut cam tecik jer..haha..tp kuat gak berceloteh n merapu..hehe...
thats all about part of my face...hehe...ah'haa ler eazy cam besh gak separated picture kte cmni kn,kn...???anyway...hope u all enjoy dgn entri org kali ni...peace no war
haaa....xtau nk gmbrkan perasaan skang ni..epi @ sdey?emmm...pidey kot jdnyer!!! act org br je blk b'ct,lepak uma akak ct umum ni..bes la jgk dpt jmp anak2 sdara n dpt tuntut adiah besdy..hehe,,,t'capai gak hasrat nk pki jam tgn branded ckit..
'my Polo Club watch >>> present besday 22 !!! '
alhamdullilah...thanks my luvly sis!!!
Then,org pn sempat gak la celebrate besday my niece,
Wan Nur Hanaan Aleesya ke 4 thn !!!
HAPPY BIRTHDAYchek sue wish kat Leesya ehh.... tayang (perkataan syg versi die) kamu leesya !!!
tp yg xbest nyer..blk2 mktb,da dgr cter kurg enak di gegendang telinga org..hukhukhuk...ntahla nk story cmne..bia la rahsia wat smntara..tp da xsbr2 nk hbs blanja coz menymph dgn sesetgh prangai kwn2..buat xkne,xwat lg la mcm2 dorg mengata..adusss.lantak korg la!!! kalo di pk,lagi skt ati..so bia la..ade lg kwn2 yg caring n support org..
Dicapainya handphone lalu mendail nombor yang memang disimpan dalam handphone nya itu. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.
Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang kekecewaan yang bertakhta di hati. Hampir menitis keluar airmata membasahi pipinya. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Alina masih lagi pegun duduk di birai katil. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.
Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua daripadanya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang sentiasa bertamu pada waktu lunch tidak lagi menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.
Mata kecil itu menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepala Alina sehinggakan dia tidak menyedari wajahnya menjadi tamu mata kecil itu. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.
“Abang, kalau orang lain pinang sayang, macam mane?” mata Alina dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan matanya.
Amir hanya tersenyum melihat Alina keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Alina bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Sayang berhak untuk menentukan kebahagiaan sayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan sayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan sayang, abang terima dengan redha.”
Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Amir. Alina kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Amir terhadapnya? “Kalau sayang kahwin dengan orang lain dan bukan dengan abang?”
“Abang akan doakan sayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Amir walaupun matanya menangkap kehampaan pada wajah Alina. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa..”
“Seksa?” Alina terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung yang melitupi kepalanya itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Adakah selama ini aku menyeksanya? Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia? Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama lima tahun tidak lagi dihargai.
Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Alina yang sedang keliru “Iyer la.. Seksa menanggung rindu. Biar bakal suami sayang yang ganti abang tanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi yang selalu menjadi sasaran.
“Sakitlah.” Tangan lembut Alina mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada sayang lagi la tu, sampai nak bagi sayang pada orang lain.”
Amir tersengih, gembira melihat Alina tidak lagi bermuram. “Ok, sorry, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius.. Abang sayangkan sayang dan kasih sayang ini tidak akan pudar selamanya. Abang mohon sayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”
Terukir senyuman manis di bibir Alina. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Sayang dah tak perlu tanya pasal tu lagi. Sampai bila-bila pun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain tau.”
Tiba-tiba, semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam tadi hilang setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah mama yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapinya.
“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata-kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Abah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu Alina je yang berikan jawapan lambat sangat.”
Terjegil mata Alina mendengar butir kata itu. “Mama…”
Mama menarik tangan Alina dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi masa merisik.” Manik-manik kecil jernih yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Alina memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudah pun berjuraian kini menghujani bahu mama.
Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Alina. “Mama… Amir…”
“Dengar Alina, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk Alina menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan Alina. Kami takkan salahkan Alina jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.
Alina berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu yang teramat sangat di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat dihentikan secara tiba-tiba. “Baiklah mama, Alina terima keputusan itu. Tapi, bersyarat…Alina takkan bertemu dengan bakal suami Alina sehingga pada hari perkahwinan.” suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.
Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.
Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta.
Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.
‘25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Amir. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu tidak dijawab.
Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.
“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.
“Amir, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.
Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”
“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya…saya…tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.
“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”
“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”
“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang. Berikan abang masa untuk abang…”
“Stop it Amir! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.”Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu membuatkan Amir hilang akal untuk memujuk.
Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.
Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.
Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.
“Ooo anak dara tak laku…” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”
“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.
“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.
“Wah, Tahniah. Amir tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”
Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Amir? Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Amir lagi.”
Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang lain.”
“Hah, kenapa?”
“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga, harus dijaga.”
“Habis Amir macam mane? Dia dah tau ke?”
“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku…”
“Yes. What ever you want, just give an order.”
“Tolong rahsiakan hal ni dari Amir.”
Ketulan batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran yang tension dengan kerja yang bertimbun.
“Hai tak puas lagi ke nak cipta tension island tu?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenalinya.
“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak, mau aje aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.
Amir mencangkung bersebelahan dengan Hairie. “Angah, aku ada cerita sedih la, nak dengar tak?” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.
“Cerita pasal kau atau orang lain?” Amir langsung tidak marah dengan panggilan kata nama kau dan aku itu. Walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.
“Pasal aku la..” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Amir mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya. Sekurang-kurangnya ada seseorang mendengar rintihannya dan akan membantu mencari penyelesaian.
Hairie turut bersimpati setelah mendengar cerita Amir. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan sedia membantu. Amir banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia putus cinta, Amir lah yang memberikan semangat dan nasihat.
Baginya Amir adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Amir tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Amir hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Alina. Dia mengagumi Amir kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Amir tetap merindui Alina.
“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa kot..” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.
“Hish, aku kenal mama dia macam mane. Aku pernah jumpa mama dia. Mama dia baik je dengan aku. Macam dia berkenan je aku jadi menantu dia..” sejak diketemukan oleh Alina, Amir kerap kali menziarahi Puan Zanariah yang dianggapnya seperti ibunya sendiri.
“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”
“Yup.”
“Kita tunggu jawapannya selepas ini…hahaha…”
“Hotak kau, aku serius, kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Hairie, hampir terjatuh dibuatnya.
“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.”
“Jumpa dia?” Hairie mengangguk.
“Tanya dia?” Hairie mengangguk lagi.
“Kau tolong aku..” Hairie melirik mata. Memang dia sudah mengagak yang Amir akan minta pertolongannya.
Titisan air jernih di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan perlahan-lahan turun jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Hairie yang duduk berhampiran dengannya.
Alina mengangkat kening yang seolah-olah bertanya, namun dibalasnya dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Hairie mengangguk tanda akur. Tiba-tiba ketika dia mula mengorak langkah, terdengar salam dari suara yang amat dikenalinya.
“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.
“Waalaikumussalam.” Amir duduk kembali di tempatnya setelah Alina duduk berhadapan dengannya. “Alina nak makan apa?”
Alina menggeleng kepalanya. “Takpe, saya dah makan sebelum keluar tadi.”
Senyuman mula mekar di bibir Amir. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Saya datang bukan nak tengok awak senyum. Hairie cakap awak ada hal nak cakap dengan saya. Apa hal?”
Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna biru dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan dengan kelakuan gadis di depannya itu. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.
“Awak, saya tak boleh lama ni, saya datang dengan mama saya nun.” Amir Asyraf turut berpaling ke arah hala kepala Nur Alina berpaling. Di kejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zanariah kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Amir Asyraf.
“Alina, saya cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan kita.”
“Bukankah saya dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Saya tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk saya. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Amir. Terkedu melihat Alina berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.
Langkah laju Alina bersama Puan Zanariah diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Alina berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Alina terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendiriannya kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.
Amir pulang dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu diubati dengan ungkapan ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana. Perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.
Mungkin bukan jodoh, namun namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan agar nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.
Bunyi handphone yang membingitkan itu terhenti apabila Amirah yang berumur tiga tahun lebih mengangkat gagangnya. Amirah dengan percakapan telornya berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Kak Nana tepon. Owang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana.
“Hello.”
“Nana. Aku ni. Kau sihat?”
“Oh, Abang Amir. Sihat. Abang Amir camne?”
“Demam, sakit, semua penyakit dah berjangkit kat aku..”
Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”
“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”
Serba salah Nana dibuatnya. “Sebenarnya…sebenarnya,dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Amir faham dan berhenti memujuk kakaknya.
Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. ‘Dah nak kahwin’ Tidak!! Hmm…Semoga kau berbahagia Alina.
Kurang 24 jam lagi dirinya akan menjadi tunang orang. Hatinya resah memikirkan kekasihnya yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan yang disayanginya itu menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Ya Allah, aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk melawan takdirMu. Fikiran Alina melayang-layang dan wajah kekasihnya itu masih terbayang-banyang diingatan. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata namun, resah di hati menggagalkan dia melelapkan mata.
Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapainya handphone di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”
“Saya cuma tanya satu soalan saja.” Walaupun gugup, namun diatasinya supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan saya lagi ke?”
“Maaf Cik Nur Alina, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Alina mendengar jawapan yang diluahkan. Namun, ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oo ya, tahniah! Awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”
“Amir, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”
Tutur kata yang jujur itu membuatkan Amir terharu, namun kata-kata itu tidak berguna kerana Alina akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la tuu, cintakan saya, sayangkan saya, tapi kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?”
Air mata berderai, hanya itulah yang mampu untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Amir ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada orang yang bukan tunangnya.
Setelah seminggu berlalu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Apatah lagi dengan memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kelak. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suaminya.
Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.
Semasa menanti majlis pertunangan, perasaan kalut menguasai jiwa. Masakan tidaknya tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.
Kepalanya seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Perasaannya berdebar-debar turut melanda jiwanya ketika itu. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Suriani itu disambutnya dengan senyuman yang mengindahkan wajahnya.
Puan Suriani mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.
Dingin terasa dahi dan kedua pipi Alina akibat dikucup oleh bakal mertua. “Alina, tahniah. Semoga Alina serasi dan bahagia bersama anak mak.”
Diraba dahinya kedinginan masih lagi terasa. Dia seakan-akan berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Amir. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Amir, Alina sayangkan Amir.’
Dia tidak berdaya untuk merubah kata abahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan abah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.
Akan dipastikan harapan mama dan abah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksananya. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Amir..
Keriuhan suara orang bertandang menghingarkan majlis perkahwinan. Alina duduk berteleku di birai katil bersama Nadia yang setia menemani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menitis dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Nadia cuba memujuk Alina supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.
Di sebalik keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Alina cuba sedaya yang boleh untuk memaniskan rupa. Namun disudut hatinya terselit rasa rindu terhadap Amir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. “Selamat tinggal Amir, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.
Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Amir Asyraf bin Muhammad.” Tersentak Alina mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.
“Saya.” Jawab pengantin lelaki. Nadia yang berada berhampiran dengan Alina turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.
Setelah selesainya akad nikah, Alina dengan sahnya telah menjadi isteri Amir.
Amir melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin bagi memenuhi adat membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam. Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.
Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!”
Luahan kata dari insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang dikepalanya pada waktu dia terkejut tadi. Alina bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat sayang camni..”
Amir terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung lagi, malula orang tengok ni.”
Berterabur tawa mereka berdua ketika menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Alina berasa bahagia di samping suami yang penyayang dan amat memahaminya. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.
“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok sayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga sayang pada abang yer.”
“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan sayang.” Alina menjeling wajah selamba Amir.
“Sebenarnya, abang pun tak tau yang mak datang pinang sayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Amir. “Kira abang pun dah kena tipu dengan mak, mama dan abah.”
Alina tertawa bersama Amir. “Masa abang bagitau sayang yang abang tak sayangkan sayang tu macam nak gugur jantung sayang tau.Sekarang ni abang sayang ke tak?”
“Mestila sayang.. Tambah-tambah dah ade ni…” Amir mengusap lembut perut isterinya. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua-dua mereka. Alina turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.
P/S : koleksi cerpen yang org download...bestkan cter ni?kepada penulis cerpen ni..org ucapkan tahniah..ur story so niceeeee...wink !!!
wahhh...da lm rasanya tak update blog,bz sangat lol sehari dua ni..jadual betul2 pack..masa tdo pun da xmenentu..tp 2lumrah seorg pelajar kan,ape2 pun kena tempuhi jugak..Apakah tajuk entri org kali ni ehh?apakah ya...hehe...ok,jom kte lht entri kali ini..
Woman complicated???
If you kiss her, you are not a gentleman
If you don’t, you are not a man
If you praise her, she thinks you are lying
If you don’t, you are good for nothing
If you agree to all her likes, you are a wimp
If you don’t, you are not understanding
If you visit her often,she thinks it is boring
If you don’t , she accuses you of double-crossing
If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don’t , you are a dull boy
If you are jealous, she says it’s bad
If you don’t, she thinks you do not love her
If you attempt a romance, she says you didn’t respect her
If you don’t, she thinks you do not like her
If you are a minute late, she complains it’s hard to wait
If she is late, she says that’s a girl’s way
If you visit another man, you’re not putting in “quality time”
If she is visited by another woman, “Oh it’s natural, we are girls”
If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her often, she yells that you are taking advantage
If you stare at another woman, she accuses you of flirting
If she is stared by other men, she says that they a just admiring
If you talk, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk
In short:So simple, yet so complexSo weak, yet so powerfulSo confusing, yet so desirableSo damning, yet so wonderful……….WOMEN!……..
1. Dont tell us when you think other girls are hot. 2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored. 3. Mark anniversaries on the calendar. 4. We think about you all the time. 5. This is how we see it: Don’t call = Don’t care. 6. Which also means that if we dont call, take a hint. 7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary. 8. We’re allowed to be late. You’re not. 9. Eye contact is the key. 10. Don’t take longer to get ready than we do. 11. Laugh at our jokes. 12. 3 words: honesty, honesty, honesty! 13. Girls can be groupies. Guy groupies are stalkers. 14. Do not start with us. You will not win. 15. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didn’t think so. 16 If you ask nicely, we`ll answer the same way. 17. We will never have enough clothes or shoes. 18 Open the door for us no matter where we are. 19. We love surprises. 20. Pay attention to the little things we do, because they mean the most. 21. Always brush your teeth before you see us. A fresh mouth and white teeth are a necessity. 22. Clean your room before we come over. 23. Even though you’re sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are. 24. Don’t act hard around your friends 25. Sometimes “NO” really means “NO!”. 26. “Wife beaters” are not an adequate form of fashion. 27. Sensitive guys are great.. but crying more than we do in a movie just isn’t right. 28. Dont let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough. 29. It takes a special kind of stupid to forget birthdays. 30. “Fat chicks” have feelings, too. 31. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG. 32. The excuse “I can’t dance” is unacceptable. We'll appreciate the simple fact that you're trying. 33. Just because a girl doesnt pick up on the first ring, doesnt mean shes not waiting by the phone. 34. You dont have to spend a lot; if it means a lot. 35. Dont say you love me if you dont mean it. 36. Dont lie to us. We will catch you. 37. Dont you ever answer our question with only ONE word! We hate it! 38. Just BE by our side when shopping means you are not allowed to flirt while we shopping 39. Please give us some comment while shopping.. its compulsory. 40. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.
Awan kelabu berarak berat. Suasana alam bagaikan di sumpah menjadi muram. Segala-galanya hilang seri. Segala-galanya hilang punca. Yang ada hanyalah keriuhan hujan menyimbah bumi. Megah menguasai alam.
Dari balik tingkap, Amir melihat keganasan hujan. Rakus menyimbah bumi, hanyalah untuk menyegarkan kembali alam yang sekian lama terkurung dengan debu dan kehangatan. Itulah aliran alam.
Amir menghela nafas panjang. Saat itu dirasakan seolah-olah alam juga turut mengerti perasannya. Mengerti hatinya.Hatinya yang mula gelisah,di persimpangan cinta antara dua wanita.Benar dia mula menyukai gadis kota yang cantik zahirnya,Sara tetapi hatinya juga masih membutuhkan gadis kampung yang cantik zahir dan batinya,Niah.
Masih jelas,seolah-olah bagaikan baru semalam dia menemui gadis bertudung litup yang ayu wajahnya,Niah.Disaat kakinya mengayuh basikal,dia terserempak dengan Niah,anak gadis enam belas tahun yang baru seminggu kehilangan ibu bapa.Matanya merenung wajah sugul Niah.Niah mengalih pandang dan meneruskan perjalanannya.Amir kembali meneruskan kayuhannya apabila bayangan Niah hilang dari pandangan.
”Mak,tadi Mir jumpa Niah depan kedai Pak Saad.Kesian Mir tengok dia mak,sedih je.Siapa yang jaga Niah sekarang?”Soal Amir setelah menjengah dapur apabila melihat kelibat ibunya sedang mengoreng bihun.
”Mak dah bincang dengan abah nak jaga Niah,Mir memandangkan dia tiada saudara mara.Niah tu budak baik,mak nak jadikan dia anak angkat.Kamu setuju?”Soal Mak Som kembali selepas menyeduk bihun goreng ke dalam mangkuk. Amir agak terkejut mendengar jawapan ibunya.Tetapi dia mula berfikir rasional,memang wajarlah ibu bapanya menjaga kebajikan orang kampung yang dalam kesusahan memandang jawatan abahnya sebagai ketua kampung.
”Mir tak kisah,mak.Lagipun bila Mir dah sambung belajar kat KL nanti,ada jugak orang tengok-tengokkan mak dan abah,”jawab Amir selepas meneguk secawan air kopi yang terhidang di meja makan.
”Niah janganlah malu-malu dengan abang.apa-apa masalah,Niah cerita je kat abang ya,”pesan Amir sewaktu berpeluang beriadah dengan adik angkatnya.Sudah hampir lima bulan Niah menetap dirumahnya tetapi gadis kecil molek itu kurang bercakap dengannya.Mungkin malu.Tetapi Amir mengambil langkah yang positif untuk merapatkan hubungan mereka.Amir juga ingin merasai nikmat mempunyai adik dan berkongsi kisah.
”Yela,bang..terima kasih,”jawab Niah. Sejak hari itu,hubungan mereka semakin rapat sebagai abang dan adik angkat.Setiap suka duka dikongsi bersama. Perubahan yang baik itu amat mengembirakan hati Pak Manaf dan Mak Som.Namun kemesraan mereka mula menjadi perhatian orang kampung yang menfitnah hubungan itu diwarnai bunga-bunga cinta.
”Niah pelik lah,bang orang kampung leh cakap kita bercinta.Dorang buta ke?Abang tetap abang Niah,bukan kekasih Niah,”ujar Niah diiringi gelak tawanya yang menceriakan hari-hari Amir.Amir juga turut tergelak.Tangan mereka ligat menganyam tikar yang diminta ibunya.Tetapi pandangan Amir tiba-tiba beralih ke wajah Niah yang masih tersenyum dan leka menganyam tikar.Saat melihat keayuan adiknya yang bertudung litup itu,hatinya berdebar-debar.Benarkah dia hanya mengganggap Niah adik?Niah menyedari akan renungannya lalu Niah terus mencebik.Hairan melihat reaksi abangnya.Amir terus mengalih pandang.Malu dengan tindakannya.
”Amir,abah tengok sekarang kamu jarang habiskan masa dengan Niah.Kamu sibuk dengan aktiviti sekolah ke?”Soal Pak Manaf sejurus melihat anak tunggalnya menyarung kasut sukan untuk bermain bola di padang sekolah.Amir terdiam seketika.
”Tak adalah,bah.Amir kan nak SPM hujung tahun ni,banyak la buat perbincangan dengan kawan-kawan kat sekolah.Kenapa bah?Niah ada mengadu apa-apa kat abah ke?”Soal Amir kembali sebelum menghidupkan enjin motosikal.
”Ooo..tak adalah.Cuma abah kesian tengok adik kamu tu,bosan duduk rumah.Dulu kamu selalu jugak bawak dia pergi memancing ke,berjalan tepi pantai.Sekarang abah tengok kamu pun jarang berborak dengan dia.Jangan sampai dia kecil hati dengan kamu,Mir,”pesan Pak Manaf sebelum memancat tangga menaiki rumah mereka.Amir tidak menyangka perubahan sikapnya mula disedari abahnya.Namun dia terpaksa menjarakkan hubungan itu kerana dia mula merasai sesuatu perasaan yang istimewa apabila menatap wajan adiknya.Dia tidak mampu menghilangkan perasaan itu.Amir tewas dengan senyuman yang terukir di wajah Niah.Amir akui tindakannya mungkin melukai hati Niah tetapi dia harus bertindak sebelum hatinya makin mendambakan Niah.Ya,benar Amir mula menyanyanggi Niah lebih dari kasih abang kepada adiknya.Hati Amir mula dipanah virus cinta!
”Abang Amir nak pergi main bola ehh?”sapaan Niah mengejutkan Amir yang sedang mengelamun.Amir hanya mampu menggangguk dan terus membonceng motornya.Dia tidak mampu melihat lirikan mata Niah.Niah terpinga-pinga dengan reaksi abangnya.Niah sedikit kecewa dengan layanan Amir sejak kebelakangan ini.
Sudah tiga bulan Amir menjauhkan diri dengan adiknya.Malah Niah pun semakin bijak mengelakkan untuk bertembung dengannya.Hati Amir mula gelisah apabila Niah semakin jauh dari dirinya.Dia juga cemburu apabila kawan-kawannya mengusik untuk memikat adik angkatnya itu.Pelbagai cara dilakukannya untuk membuang perasaan istimewa terhadap Niah tetapi semakin dia mencuba,semakin kuat rindunya pada Niah.Amir tidak mampu berjauhan dengan Niah lagi.Dia nekad untuk memiliki Niah memandangkan hubungan mereka tidak menjadi larangan dalam Islam.
”Niah,biar abang tolong.Periuk tu berat,”ujar Amir yang ingin membantu adiknya mengangkat periuk panas yang berisi gulai kawah.Niah hanya mengganguk dan terus berlalu pergi.Membiarkan dia sendirian di dapur.Sejak akhir-akhir ini usahanya untuk merapati Niah kembali tidak berhasil kerana Niah bersikap dingin terhadapnya.
”Niah,sejak kebelakangan ini kenapa Niah menjauhkan diri dari abang?Abang ada buat silap ke?”Amir terus mengutarakan persoalan yang bermain dikepalanya sewaktu dia mengajak Niah menemaninya memancing di tepi sungai.Niah hanya tunduk,matanya memandang air sungai yang mengalir tenang.
”Dulu abang bersikap dingin dengan Niah,Niah tak cakap apa-apa pun,”jujur Niah menjawab pertanyaan Amir. ”Abang ada sebab jarakkan hubungan kita,Niah.Niah tak mungkin mengerti.” ”Kalau abang tak bagitau Niah,macam mana Niah nak mengerti?Sebab apa abang jauhkan diri dari Niah?”
Amir diam.Dia takut untuk bersikap jujur kerana bimbang Niah akan terus jauh darinya.Tetapi dia akan terus dihantui perasaan yang bergelora jika perasaannya terus terpendam begitu saja.
"Abang sukakan Niah lebih dari perasaan seorang abang terhadap adik.Niah faham kan?" Niah tergamam.Terkejut dengan jawapan abangnya.Dia hanya mampu diam membisu.Dia tidak mampu menatap wajah abangnya.Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi.Hanya bunyi kicauan burung dan ungkas-ungkas memenuhi ruang udara.Amir mula serba salah.Apatah lagi melihat gadis berlesung pipit itu hanya menundukkan wajah.
”Lupakanlah Niah.Abang tahu abang tak patut ada perasaan itu.Abang minta maaf Niah,”sayu Amir mengungkapkan kata-kata itu meskipun dia sukar melafazkannya.
”Apa kata mak abah nanti?Niah risau kalau mereka tidak setuju.”Perlahan Niah bersuara tetapi mampu membakar benih-benih cinta yang tersemai di hati Amir.Amir tersenyum girang.Terus tangan Niah diraihnya dan mengajak Niah pulang ke rumah.Tidak sabar rasanya ingin memberitahu khabar gembira itu pada ibu bapanya.
Amir memanjatkan kesyukuran kerana hubungan mereka direstui oleh Mak Som dan Pak Manaf asalkan mereka menjaga maruah keluarga itu.Malah besar harapan orang tua itu untuk melihat hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
Sudah hampir setahun hubungan mereka berjalan dengan lancar dan Amir akui dia berasakan hidupnya cukup indah memiliki kekasih seperti Niah yang mempunyai keperibadian yang tinggi.Sebulan kemudian,Amir mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA di Kuala Lumpur selama lima tahun.Meskipun gembira dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya,Amir juga tidak dapat menafikan perasaanya yang gusar untuk berjauhan dengan Niah.Mampukah dia hidup di kota tanpa melihat senyuman dan lirikan Niah?Amir harus pasrah dengan tuntutan masa depan yang lebih terjamin.
”Niah akan sentiasa mencintai dan menunggu kepulangan abang,”bisik Niah sebelum dia memasuki perut bas ke ibu kota.Pandangannya berpasir saat melihat lambaian Niah yang semakin pudar.Amir mengetap bibir menahan air mata dari menitis.
Tiba-tiba Amir tersedar dari kenangannya, bila ketukan singgah di pintu bilik. Suara Hakim di balik pintu. ”Mir,Sara call tadi.Dia pesan suruh call her back.” ”Ok,thanks Kim.Jap lagi aku call dia.” Lembut Amir menyapu airmatanya. Setelah melepas nafas panjang, Amir bangun dan duduk di bucu katilnya. Dengan perlahan dia bangun. Satu persatu kakinya melangkah menuju ke pintu.
”Mir,kau ok tak ni?”Tegur Hakim apabila melihat wajah sugul Amir.Amir hanya tersenyum sinis dan mencapai kunci kereta kancilnya.
”Dear,dah banyak kali I call you tapi asyik masuk voicemail je.Nape?”Rengek Sara sejurus Amir mendekatinya.Amir hanya diam dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang menghadap wanita tinggi lampai itu.Restoran Mc Donald sering menjadi medan untuk dia menghabiskan masa dengan Sara,gadis yang menambat hatinya sejak beberapa bulan yang lalu.Sara jauh beza dengan Niah.Amir pada awalnya keliru dengan perasaannya tetapi dia juga tidak boleh menipu dirinya yang tertarik dengan aksi manja dan lincah si gadis kota itu.Walaupun tindakannya menduakan Niah dianggap satu dosa terbesar yang pernah dilakukannya tetapi Amir keliru.Keliru dengan cintanya kerana dalam masa yang sama dia masih memerlukan Niah.Dan yang pasti Niah juga semakin membutuhkannya selepas pemergian ibu bapanya sebulan yang lepas.
”Mir,bila kamu dah bersedia mak dan abah nak kamu nikahi Niah.Ingat Mir,kalau mak dan abah tak ada nanti,kamu jaga Niah baik-baik ya,”sayu suara ibunya menyampaikan pesan melalui telefon sehari sebelum ibu bapanya kemalangan jalan raya. Amir tersedar dari lamunan apabila bahunya ditepuk Sara.Sara mencebik geram kerana Amir seolah-olah tidak menghiraukannya.Benar,hanya jasad Amir di situ tetapi jiwa Amir nun jauh terbang ke kampung halamannya,Cherating.
”Dear,sekarang ni I tengok you kuat sangat mengelamun tau,”tegur gadis berambut ikal mayang itu.Amir hanya tersenyum sinis.Dia menguak rambutnya ke belakang.Jiwanya kosong.Pandangannya juga berbalang-balang.Amir buntu! ”Sara,Mir rasa tak sedap badan lah.Amir balik dulu ya.” Pantas Amir mengatur langkah meninggalkan Sara yang masih terpinga-pinga.Untuk sekian lamanya,Amir menghadapi dugaan yang paling besar dalam hidupnya.Memilih dua gadis yang berbeza dari segi lahiriahnya tetapi mempunyai istimewaan yang tersendiri.
Saat menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara,UITM Shah Alam,Amir pernah berjanji tidak akan terpesona dengan mana-mana gadis namun akhirnya Amir tewas apabila melihat Sara.Gadis mana yang tidak akan tertawan apabila melihat wajah tampan anak tunggal ketua kampung itu.Bukan Amir ingin bangga diri apabila bisa mengelak dengan godaan gadis-gadis cantik di kampus itu tetapi hatinya telah disimpul mati hanya untuk Niah.Setelah bertahun lamanya mengenali Sara,simpulan itu bisa terurai juga.
Amir pada awalnya keliru tetapi sudah takdir mungkin,dia tidak mampu mengelak untuk mengasihi gadis persis anak cina itu.Mereka menjalin hubungan yang serius baru beberapa bulan yang lalu,saat usia perhubungannya dengan Niah masuk tahun ketiga.Dan sejak itu dia mula berasakan kasihnya pada Niah mula suram,seolah-olah api cinta mereka semakin terpadam.Tapi Niah masih seperti dulu,gadis sopan santun yang semakin menginjak dewasa.Kawan-kawannya mula menasihati agar dia bersikap jujur dengan Niah dan membuat keputusan mengikut kata hatinya tetapi Amir tidak bisa.Amir tidak sampai hati melukai Niah sedangkan Niah berjanji untuk terus mencintainya.Amir buntu dan dia mohon agar kawan-kawannya tidak memberitahu Niah akan hubungannya dengan Sara.
”Amir,kau fikir tentang Niah lagi kan?”Soal Hakim apabila melihat Amir duduk termenung di koridor rumah sewa mereka.Amir mengiyakan pertanyaan Hakim.Hakim kawan sekampung yang sama-sama melanjutkan pelajaran dengannya.Hakim yang banyak mengetahui kisah hidupnya dan Hakim juga mengenali Niah.Hakim satu-satunya sahabat Amir yang juga kenalan rapat Niah.
”Mir,aku rasa kau beritahu je Niah yang kau dah ada Sara.Sampai bila kau nak bohong dia,Mir?” ”Kim..Niah perlukan aku.Sejak mak abah aku dah meninggal, hanya akulah tempat dia bergantung.Aku tak sampai hati kecewakan Niah,”sayu Amir menjawab pertanyaan Hakim.
”Tapi Mir,kau dah menduakan dia.Kau dah ada Sara.Lagipun kau jugak yang kata kau dah tak rasa cinta pada dia.Kalau kau tak sampai hati,biar aku je yang beritahu Niah.” ”Kim,please.Kau jangan masuk campur.Tolong jangn beritahu Niah!!!”Suara Amir sedikit kasar dan mengejutkan Hakim.Amir terus berlalu dan memandu laju keretanya ke arah timur.
Tiga jam kemudian,Amir tiba di depan rumahnya,rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapanya.Dia menjenguk-jenguk ke dalam rumah,bayangan gadis yang dicarinya langsung tidak kelihatan.Laman rumah mereka bersih dan cukup kemas.Pandai Niah jaga rumah mak abah,bisik hatinya.
”Mir,bila sampai?Kamu cari Niah ya?Kalau tak silap Mak Yam,pagi-pagi ni Niah ambil upah membasuh pakaian di rumah Haji Shukri.Pukul 11 baru dia pergi menjahit,”tegur Mak Yam jirannya yang bertanggungjawab untuk menjaga sakit demam Niah sejak ibu bapanya tiada.
Amir tergamam mendengar kata-kata Mak Yam.Sampai begitukah nasib kekasih hatinya untuk mencari rezeki.Bukan ibu bapanya tidak meninggal harta malah cukup untuk menampung kehidupan Niah di kampung itu tetapi Niah tetap degil.
”Abang,Niah mampu lagi bekerja.Biarlah Niah cari rezeki dengan usaha Niah sendiri,barulah Niah rasa puas hati.Abang jangan risau ya,”ujar Niah saat dia meminta Niah berhenti bekerja di kedai jahit Kak Nab.
Amir betul-betul terusik dengan susah payah yang terpaksa dilalui Niah untuk mencari sesuap nasi.Hatinya membengkak.Amir kecewa dengan diri sendiri kerana sanggup melihat penderitaan gadis yang amat mencintainya.
”Abang Amir...dah lama ke sampai?”Tegur Niah apabila melihat kelibat Amir menghampirinya sewaktu dia tengah menyidai pakaian ahli keluarga Haji Shukri.Niah segera membasuh tangannya dan mencium tangan Amir.
”Dah lama Niah buat kerja ni?”Soal Amir yang cukup sedih melihat penat lelah Niah.Wajah Niah dibahasi manik-manik peluh.Niah mengelap peluhnya.Tudung birunya dibetulkan.Dia menghampiri Amir yang duduk di bangku simen di tepi rumah majikannya.
”Sejak mak abah tak ada,Niah buat kerja ni.Lagipun kedai Kak Nab bukak pukul 11.Pagi-pagi tak ada buat apa,baik Niah isi masa.Haji Shukri bagi Niah rm50 seminggu,bang.Banyakkan?”Niah begitu teruja menceritakan pekerjaan sampingannya sedangkan hati Amir luluh mendengarnya.
”Abang nak Niah berhenti kerja.Kerja di sini dan juga kerja di kedai Kak Nab,”ujar Amir dengan tegas.Wajah Niah berubah. ”Kenapa bang?Apa salahnya Niah cari rezeki.” ”Abang mampu sara hidup Niah.Abang tak nak Niah susah sampai macam ni.Harta arwah banyak,makan pun tak habis Niah.” ”Itu harta ibu bapa abang,Niah tak berhak.Lagi pun Niah masih muda,masih kuat untuk bekerja.Niah tak rasa susah pun.Abang tak payah la fikir sangat tentang Niah,Niah tak ada apa-apa,”sayu suara Niah tetapi nadanya tegas.Amir bingkas bangun dari kerusi itu.Tangan Niah diraihnya.Niah merentap tangannya dari genggaman Amir.Amir terpana dengan tindakan Niah.
”Abang akan habis belajar hujung tahun ni.Abang rasa dah sampai masanya kita berkahwin,”ujar Amir dengan tegas. Wajah Niah berubah dan dia terkaku diam.Amir memejamkan mata.Dia mengharapkan kata-katanya itu lahir dari lubuk hatinya,bukan perasaan belas kasihan. ”Abang balik la KL dulu.Nanti kita bincang lain kali,”ujar Niah perlahan.Suara Niah seolah-olah tidak menunjukkan dia teruja dengan kata-kata Amir.Amir berasakan Niah dapat membaca perubahan sikapnya yang kurang mesra dengan Niah sejak kehadiran Sara dalam hidupnya.Amir pasrah.Dia menggangguk.Amir terus berlalu dan meninggalkan Niah.Jauh dari lubuk hatinya,Niah masih wanita yang amat disayangi.
Amir berbaring di atas tilamnya.Tangan kanannya di letakkan di atas dahi.Memikirkan masa depannya.Putaran kipas yang diamati seolah-olah putaran hidup yang akan dilaluinya nanti.Amir harus membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.Sudah hampir tiga tahun dia menyulam kasih dengan Niah dan sepanjang itulah hidupnya bahagia.Namun kehadiran Sara mengoyahkan perasaannya sedikit demi sedikit sehingga sampai satu tahap dia berasakan rasa cintanya pada Niah sudah luntur.Tapi dia tidak sanggup meninggalkan Niah!Amir terus dibeban dengan banyak persoalan.
Apabila memikirkan Sara,dia akui mengasihi gadis itu tetapi perasaan itu baru saja hadir.Adakah gadis metropolitan itu akan terus setia menjadi kekasihnya?Amir terus dihenyak dengan pelbagai persoalan yang bisa memerangkap dirinya sendiri.Dia yang bersalah kerana mencintai dua gadis dalam satu masa.Amir akhirnya terlena kerana penat memikirkan masalah ini.Tepat jam dua pagi,Amir terjaga dari lenanya.Dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di hujung katil.
Akhirnya Amir bingkas bangun dan melangkah ke arah tandas.Air sembahyang di ambilnya dengan penuh tawaduk.Amir mehamparkan sejadah dan menyerah seluruh jiwanya kepada pencipta yang satu.Dia menyempurnakan solat istikharah setelah fikirannya semakin buntu.Selepas selesai,Amir menyambung lenanya.Moga-moga Allah memberi petunjuk padanya.
Beberapa hari kemudian,Amir pergi ke kolej seperti biasa.Kelibatnya disedari Sara.Tiba-tiba tangannya diraih kasar.Sara mencebik geram.
”Dear,you pergi mana tiga hari ni?Tension tau tak,asyik menghilang je.Macam chips more.Kejap ada,kejap tak ada.What happen to you,Amir Mukhriz?You are too much!!!.” Suara lantang Sara mengejutkan Amir.Lantas dia menarik tangan Sara ke tempat yang tidak ramai orang.Dia malu apabila beberapa orang warga kampus menyaksikan pertelingkahan mereka.
”Sara,I ada something nak bagitau you.About us,”ujar Amir perlahan.Sara hanya menjeling geram.Amir membawa Sara ke taman yang agak tenang dan mendamaikan.Kumat kamit mulutnya berbicara dengan gadis tinggi lampai itu.Hampir satu jam mereka menghabiskan masa di taman itu. ”Amir,i hate you the rest of my life!!!”Jerit Sara sebelum meninggalkannya.Amir hanya mampu mengeluh panjang.Akhirnya dia bisa bernafas tenang selepas ini.Amir mengambil keputusan untuk melepaskan Sara kerana setiap pagi dia hanya memikirkan Niah apabila terjaga dari lena.Mungkin itu petunjuk bahawa Niah akan menjadi suri hidupnya.Ibu untuk zuriatnya yang akan menjadi pewaris Pak Manaf dan Mak Som. Amir menghela nafas dengan lega.Untuk sekian lamanya,hidupnya kembali bercahaya setelah awan-awan tebal berlalu pergi.
”Aku terima nikahnya Nik Niahana bt Nik Haris dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai,”lafaz Amir dengan lancar di hari pernikahan mereka tanggal 11 November 2007.Mata Niah berkaca.Akhirnya titisan jernih itu menitis jua.Amir merapati isterinya.Diciumnya dahi Niah dengan penuh kesyukuran. ”Sayang,abang akan terus berada disisimu,”bisik Amir selepas mencium pipi Niah.Niah menggangguk.Tangan Amir diraihnya dan dicium dengan penuh kasih sayang.
P/S :st0ry ni org create dr lagu JANGAN BERITAHU NIAH by Sheila On 7..so,nak lga feel dgr lagu ni..n hayati lirik dia..hope u all enjoy k

YEAR END SALE 2015
-
Assalamualaikum. Good News!!! Anggun Zara berbesar hati untuk mengadakan
YEAR END SALE 2015 bermula 24 Disember 2015 (Khamis) sehingga 03 Januari
201...
SYRIA MAYSA
-
SYRIA COTTON DENGAN AWNING LEMBUT
HIGH QUALITY COTTON
RM49 EACH
BUY AT : WWW.SUGARSCARF.COM
BOLEH DIDAPATI DI
BOUTIQUE ADDRESS HQ ( SHAH ALAM, SELANGOR...