Tuesday, September 15, 2009

SaLam AiDiLFitRi...

SALAM AIDILFITRI

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.Excited tak?Imz terlampau excited nak beraya ni,tapi sedih jugak lah kan..roh-roh yang dibebaskan semasa bulan Ramadhan akan kembali ke tempat mereka.
Al-fatihah buat arwah abah,nenek,atok dan umat Islam yang telah kembali ke rahmahtullah.
Semoga mereka tenang di sana.

Imz ambil kesempatan entri kali ni untuk mengucapkan
'Selamat Hari Raya'
khas buat
keluarga tercinta di Pasir Mas,Kelantan
sahabat sekalian
dan
blogger & pembaca blog Imz

Maaf zahir dan batin Imz pinta
Semoga Aidilfitri kali ini lebih baik daripada sebelumnya

Terimalah kad raya yang tak seberapa daripada Imz untuk semua.

amacam Imz design,ok tak?

Pada sesiapa yang merupakan anak perantau seperti Imz ni,
Berhati-hati ye di dalam perjalanan.
Semoga selamat sampai.
Amin

Friday, September 11, 2009

Wanita BENCI Lelaki???

Salam Guyz..

Imz baru je balik dari meeting koperasi,dapat la komisen RM10.Hehe..pergi meeting sebab nak dapat duit je.Sadis betul kan?Bukan apa..akhir-akhir ni duit memang banyak giler nak pakai,sampai dah tak ada duit simpanan nak dikeluarkan.K la,STOP!(menagih simpati pulak)

Imz selalu searh artikel yang best dekat dunia tanpa sempadan ni,terjumpa artikel ni dari laman tentangcinta.com.So,Imz teringin nak kongsi dengan korang.Menarik artikel nya.Tajuk entri pun dah macam seram je,sure kaum Adam pressure.Hehe..Relax la.Ini adalah beberapa sikap anda yang orang perempuan rasa 'menyampah' sangat.
Renung-renungkan,dan selamat berubah!!!
(betapa seksanya siGadis dengan sikap siJejaka)
20 Perkara kenapa wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

(semangat nak jadi Dr.LOVE)

Macammana guyz?Ada tak perangai kamu or kekasih kamu yang sebegitu?

Tapi tak semua orang sempurna kan,apa salahnya kita belajar daripada kesilapan.Cuba berubah demi orang yang kita sayang.Tapi ladies,kalau sampai tahap kena pukul oleh 'jejaka',seeloknya jauhi dia..cari lelaki yang lebih menghargai kita.Ingat lagu ROSSA tak?

Hey ladies..!!!

Thursday, September 10, 2009

Petang di Tasik..

Salam Guyz...
Apa khabar anda hari ni?(Cehhh....ayat skema betul)
Imz baru ke habis kelas,sekarang dah relax la.Kejap lagi,dalam 2.30 nak keluar pergi Kangar kot.Huhu...shopping kah?Nope la...nak pos kad raya kat bonda tercinta.Mesti ma tertunggu-tunggu ucapan dari anak bongsunya ni.(Perasan sungguh)

Imz saja nak share dengan korang..life Imz dekat maktab Perlis ni.Petang-petang kami buat apa?
Dekat campus kami..ada lah tasik untuk bersiar-siar di petang hari.So,kalau bosan sangat..tak hang out,Imz pergi jalan-jalan kat tasik dengan kawan-kawan.Saja nak release tension ke.Dulu semangat jugak jogging,tapi sekarang...dah malas sangat?(Haiyaaa...bila mau kurus ni)
Wake up,Imma Zain!!!!

Layan je la beberapa gambar yang Imz sempat snap masa bersiar-siar di tasik.

Ok tak view tasik IPG Perlis??
cantik kan........cakap ya skang!

Peace !!!(asal aku asyik peace je..bosan giler pose)
Ni la roomate kesayangan hamba,Harnita..or Kak Nita.
Dah 3 tahun lebih kami sebilik...dia orang Arau,Perlis je.
Kak Nita ni sempoi....tu Imz cayang dia!

Siapa lak budak baju merah ni?Huhu...mybff ler,Sarina.
Teman paling kamceng kat maktab.Jom...dah nak maghrib..moh kita balik!!!
Sempat lagi pose tu...adoyai kawan-kawan ku!

Wednesday, September 9, 2009

Keistimewaan Malam Lailatur Qadar

Penulis: Al Ustadz Qomar Suaidi, Lc

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang dimuliakan Allah ta’ala. Allah ta’ala menamainya dengan Lailatul Qadar, menurut sebagian pendapat, karena pada malam itu Allah Ta’ala mentakdirkan ajal, rizki dan apa yang terjadi selama satu tahun dari aturan-aturan Allah ta’ala. Hal ini sebagaimana Allah Ta’ala firmankan:

فِيْهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Ad Dukhan: 4)

Didalam ayat tersebut Allah Ta’ala menamai Lailatul Qadar karena sebab tersebut. Menurut pendapat lain, disebut malam Lailatul Qadar karena malam tersebut memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala menyebutnya sebagai malam yang berkah, sebagaimana firman-Nya:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِيْ لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِيْنَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesunggunhnya Kami-lah yang memberi peringatan. (Ad Dukhan: 3)

Allah Ta’ala juga memuliakan malam ini dalam firman-Nya:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (Al Qadr: 2-3)

Maksudnya, amalan di malam yang barakah ini menyamai pahala amal seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar padanya. Seribu bulan sama dengan 83 tahun lebih. Ini menunjukkan keutamaan malam yang besar ini. Oleh karenanya Nabi shallallahu alaihi wasallam berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Beliau bersabda:
“Barang siapa shalat di malam Lailatul Qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lampau ataupun yang akan datang.”

Allah Ta’ala juga mengabarkan bahwa pada malam itu malaikat Jibril dan ruh turun. Ini menunjukkan betapa besar dan pentingnya malam ini karena turunnya malaikat tidak terjadi kecuali untuk perkara yang besar. Kemudian Allah Ta’ala mensifati malam itu dengan firman-Nya:

سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al Qadr: 5)
Allah ta’ala mensifati malam tersebut dengan malam keselamatan. Ini menunjukkan kemuliaan, kebaikan, dan keberkahannya. Orang yang terhalangi dari kebaikan malam itu berarti terhalangi dari kebaikan yang sangat banyak. Inilah keutamaan-keutamaan yang besar pada malam barakah ini.

Akan tetapi, Allah Ta’ala menyembunyikannya di bulan Ramadhan agar seorang muslim bersungguh-sungguh mencarinya. Sehingga amalnya semakin banyak dan dengan itu ia menggabungkan antara banyaknya amal di seluruh malam-malam Ramadhan dan bertepatan dengan malam Lailatul Qadar dengan segala keutamaan, kemuliaan dan pahalanya. Sehingga dengan itu ia mengumpulkan antara dua kebaikan. Ini merupakan karunia Allah ta’ala atas hamba-hamba-Nya.

Ringkasnya, bahwa Lailatul Qadar adalah malam yang besar (agung) dan berkah. Juga merupakan nikmat dari Allah ta’ala yang mendatangi seorang muslim di bulan Ramadhan. Maka jika dia diberi taufik untuk memanfaatkannya dalam kebaikan, ia akan mendapatkan pahala yang besar dan kebaikan yang banyak yang sangat dia butuhkan. (Penjelasan Asy-Syaikh Shalih Fauzan dalam Fatawa Ramadhan, 2/847-849)

Bila Malam Lailatul Qadar itu?

Terdapat riwayat dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bahwa malam Lailatul Qadar terjadi pada malam 21, malam 23, malam 25, malam 27, atau malam 29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Al-Imam Asy-Syafi’I t berkata: “Ini menurut saya, wallahu a’lam, karena Nabi shallallahu alaihi wasallam menjawab sesuai dengan pertanyaannya. Dan pendapat yang paling kuat bahwa itu terjadi pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassallam dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau mengatakan:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, lihat Shifat Shaum An-Nabi, Asy-Syaikh Ali Hasan, hal. 87)

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Dari Ubai ia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Pagi hari dari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar seperti bejana dari tembaga sampai tinggi.” (HR. Muslim)
Dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu ‘anhu, ia berkata, bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassallam:
“Lailatul Qadar adalah malam yang tenang, cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari terbit di pagi harinya lemah dan berwarna merah.” (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Bazzar, sanadnya hasan. Lihat Shifat Shaum An-Nabi, hal. 90)

Wallahu a’lam.

Tuesday, September 8, 2009

9 September 2009

Salam Guyz... Macammana hari ni?Perasan tak tarikh hari ni memang gempak!
Sweet gila kalau nak buat ape-ape kenangan kan...ta
rikh declare ke,tunang ke,kahwin ke?huhu..Berangan lebih betul!.
Imz nak buat apa ehhh?emmmm....relex sudah kan.

Imz ambil kesempatan lah tarikh ni..nak dedicates satu LAGU yang bermakna buat insan-insan yang sentiasa di sisi Imz waktu susah dan senang.

TEMAN TERULUNG by ANUAR ZAIN

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Maka kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri dengan mu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Chorus :
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Special dedicates to :
Bonda tercinta
Kakak:
Kak Long
Kak Dah
Kak Zura
Kak Noni
Kak Laily
Kak Aizan
Kak Unie

Abang2 ipar dan anak-anak saudara

Teman-teman:
Azni
Ainul
Nuni
Aiti
Sarina
Shafinaz
Yasmin
Raihan
Najihah
Kak Harnita
Kamarul
dan lain-lain
(sorry kalau tak sempat nak sebut)

Someone that bring my happiness
(siapa???awak kah?)
Lu pikir la sendiri
Dah melalut ni

Imz nak ucapkan ribuan terima kasih buat insan-insan ini...
They really make mylife so wonderful.Seriously thankful to ALLAH that i have you in my world..
Love...lots of love to you!

For my family,Ima rasa teramat bersyukur dilahirkan dalam keluarga besar Wan Mohd Zain ni.Syukur...Dilahirkan dari perut seorang ibu yang amat mulia hatinya,dan mempunyai seorang abah yang amat ambil berat.Walaupun arwah dah kembali ke rahmatullah hampir 7 tahun tapi Ima masih rasa semangat abah.Abah,no can replace you.Segala kenangan arwah...Ima akan ingat sampai bila-bila!

Imz ada 7 kakak,abang sorang pun tak ada.Hehe...tapi abang ipar da 6 orang.So,da cukup kan?Even tak ada adik beradik lelaki pun,kami havoc jugak.Masa berkumpul,jangan ceritalah memang riuh tapi itulah yang meriah kan.Kami memang rapat..itu yang bestnya adik beradik semua perempuan ni.Thanks all my sis....you're greatest sister in d world!

for my bestie
Guyz...you're ROCK!!!
Kawan dari sekolah rendah macam Azni,Ainul,Aiti dan Nuni.
'Pok-pok mung meme saing paling sumbat!"
haha...

kawan-kawan maktab
lama jugak dari tahun 2005 sampai la sekarang.
Suka duka kat maktab,kita tempuhi sama-sama.Bukan sekejap,dah 4 tahun.Macam-macam perangai dah kita jumpa.Haha...oppsss!Jangan pecah rahsia.

'dia'
thanks sebab sudi jadi pendengar setia...even da bosan dengar celoteh 'CikShu' kesayangan anak-anak saudaranya ini(perasan) tapi saya tau awk shukeee.....kan,kan,kan?
(abaikan Imz yang tengah meroyan)

So....untuk tarikh keramat(keramat la sangat)
09.09.09
Wan Norzaima Wan Mohd Zain
mau bilang...!!!
pada insan-insan itu
"Aku sayang kamu"

Sunday, September 6, 2009

Selamat Berbuka !!!

Salam Guyz...
Hari ini agak membosankan bagi Imz berbanding semalam.Hehe...yela,semalam sempat lagi turun Alor Star,ikut kawan pergi shopping(saya yang paling banyak beli barang).
Asalnya nak teman kawan-kawan pergi shopping tapi Imz yang over,tengok barang berkenan susah betul nak tolak.Gatal je tangan ni buka purse,padahal duit tak seberapa.Macammana nak simpan duit ni?
Tapi Imz puas hati jugak la..hehe..sedapkan hati sendiri.

K la,tutup kisah semalam.
Sebenarnya hati dah rindu nak balik kampung beraya ni.Rindu suasana kampung,masakan bonda..layan kerenah anak-anak saudara.
Sabar Imz,sabar............Aqeef,Aisy dan Ibaad semakin besar...lagi nakal!Khayla pun semakin manis....Ibaad lagi lah...dah macam gula-gula senyumannya.
Semanis Chek Sue dia tak?
(tutup muka tahan malu)arrgghhhhhhhh !!!!
tengah bosan tahap dewa ni.Nak buat muka macam Siti tapi confirm tak secantik dia kan.
Siti buat muka buruk pun cantik lagi...bertuah sungguh Mak Iti ini...
Abaikan Britney tu...batal puasa tengok lama-lama.Hahaha....

Lagi dua jam lebih nak bukak puasa...emmmmmmmmmmmmmmmm

K la selamat berbuka semua

Thursday, September 3, 2009

Raya m00d !!!

Salam Guyz...
Dah hari ke -14 kita sebagai umat Islam berpuasa kan?Sekejap je rasanya,dah nak raya rupanya.
Korang dah shopping untuk raya ke?

Baju rayaImz setakat baju kurung dua helai tu dah siap la.Biasalah perunding imej saya di kampung,siapa lagi kalau bukan bonda tercinta, dari awal-awal lagi dah belikan kain dan jahit.Baju raya Imz sebelum puasa dah siap.hehe...baru la pagi raya tak kalut baju raya tak siap.Harap-harap akak-akak Imz tak terasa.huhu.Bukan apa,dorang pernah gelabah..baju raya tak siap-siap walaupun dah pagi raya.Mula la sibuk menelefon tukang jahit..pagi raya baru nak pergi ambil baju,itu pun kalau siap.

Imz selalunya tak pernah ambil tau tentang kain nak buat baju kurung ni..sebab semua disediakan oleh bonda dan akak.Selalunya bila dorang dah beli,tunjuk kat Imz.Imz akan ok jer,tak akan risau dengan pilihan dorang..because i know taste bonda dan akak sangat OK!
Ma,tak jahit manik untuk Adik ke tahun ni?hehe...(demand la pulak)

Baju kasual

Dari kecil lagi family dah terbiasa belikan Imz baju kasual waktu raya macam jeans,dress or t-shirt.Masa budak-budak dulu,family yang pilihkan dan Imz pakai je.
Bila dah menginjak dewasa ni,mula la nak pilih sendiri.Selalunya akak akan bermurah hati bagi duit untuk Imz shopping baju kasual sendiri.So,masa tu rambang mata jugak la nak pilih.Imz selalu turun KL untuk shopping..sebab kat sana banyak pilihan.
Tahun ni?emmm...
tak dapat peruntukan kot.hehe..lagipu Imz tak berani nak turun KL sejak virus H1N1 ni.
Its ok...biasa kan hidup dengan bersederhana(uwaaaa...sedih)

Tudung(gambar sekadar hiasan)
Biasanya tudung mesti la bersesuaian dengan baju kurung yang nak dipakai pagi raya.Sebelum ini beli tudung bawal je,tapi kan sekarang dah muncul tudung ekin.hehe..ikut perederan fesyen.Senang sikit tudung tu.Raya kali ni,Kak Long dah taja tudung untuk Imz,tudung dari butik Ar-Munawwarah.Thanks a lot Kak Long.

Kasut/Sandal

Tiap-tiap kali raya mesti ada kasut baru.Kalau tak ada..rasa kekurangan kot.Biasanya kasut Imz memang akan pilih sendiri,sebab nak muatkan dengan kaki ala-ala Sindarela ni.Saiz kasut 4 je,kadang-kadang saiz 4 agak longgar.Imz selalu ke butik favourite, Vincci atauVoir untuk cari kasut/sandal sebab kat sana kadang-kadang ada saiz 3 1/2.This year,Imz dapat tajaan kasut dari adinda ku,Kak Aizan.Tapi Imz tak dapat pergi shopping sendiri,malas nak turun KL,so I let her to choose for me.I know her taste.Lagipun saiz kaki sama je.
Handbag

Sejak masuk maktab ni,baru excited nak pakai handbag.Yela,dah dewasa katakan.
Kali ni,Kak Unie nak sponsor handbag.Thanks sis..hehe..brand Guess ke?hehe...melampau nafsu adiknya ni.Semuanya disponsor...itulah untungnya jadi adik bongsu.Imz bersyukur sangat dapat kakak-kakak yang bermurah hati ni.Huhu..love them so much!

Untuk kalian,Selamat Berpuasa sayang!!!

Tuesday, September 1, 2009

Ku kembali ke Kangar !

Salam Guyz
Macammana puasa semua?ada yang ponteng ke....haaaaa....terutama kaum-kaum Adam ni?kaum Hawa tak apa lah...ada M.C yang diiktiraf..hehe
Apa-apa pun harap korang semua gembira sepanjang bulan yang mulia ini.

Sebenornya teman nak cerita tentang kepulangan teman ke negeri Kangar ni(aikk...apehal loghat Perok pulok...huhu...ok2,tukar tune)
Imz bertolak dari Pasir Mas ke Kangar dalam pukul 10.30 pagi.Sepatutnya dalam tiket pukul 9.20 pagi.Biasalah naik bas,kena la tunggu.Pagi tu,Kak Laily yang hantar dengan Ibaad,ma tak ikut pun sebab Imz tak bagi dia kot..kesian,ma pun kurang sihat.
Tunggu punya tunggu,akhirnya sampai jugak.Macam biasa naik bus,tidur ler.Apa lagi?Kebetulan pulak tak berapa nak sihat...rasa loya je,yela lepas sahur dah muntah.Tambahan lagi,sakit kepala.Tapi bila dah tidur,hilanglah sekejap.

Masa on the way nak ke Kangar ni,area Hentian Perah bas Transnasional yang Imz naik berhenti di bahu jalan sebab ada kemalangan yang melibatkan kereta Satria dengan bus persiaran.Terkejut jugak lah,jalan memang sesaknya.Pemandu bas dengan beberepa orang penumpang lelaki turun melihat kawasan kejadian.Bila check handphone,dapat sms dari Kak Long tapi tak dapat reply sebab no coverage.Awalnya ingat nak cerita kat Kak Long tentang kejadian ni tapi dah tak ada line nak buat macammana kan?Dalam setengah jam jugak lah bas Imz stop.Bila dah start balik perjalanan tu,Imz sambung tidur balik sebab sakit kepala tak hilang lagi.So,nak sms ke Kak Long pun dah terlupa.

Pukul 6 petang,Imz sampai Kangar.Masa dekat nak sampai tu,ma ada call tanya Imz kat mana?Cakaplah dah dekat nak sampai.Bila sampai tu,Imz tak confirmkan dengan ma yang Imz dah sampai.Imz sampai maktab dekat pukul 7 petang jugaklah.So,rush jugak lah nak bukak puasa.Nak mandi lagi,nak panas lauk yang ma bekalkan lagi.

Dah siap mandi,dapat mesej dari Kak Unie tanya dah sampai ke belum.Masa tu,azan dah kedengaran.So,Imz biarkan mesej tu...tunggu sat-sat lagi la reply.Then,terus pergi bilik member pergi bukak puasa.Handphone pulak tertinggal dalam laci bilik.

Berbuka puasa selera jugaklah dengan bekalan ayam masak kicap,tumis ikan bilis dan telur masin.Lepas makan biasalah sempat lagi borak.Then,balik bilik dan tarik laci tengok telefon.Sekali tengok...mak aiiii...banyak giler missed call dari family,semua nama akak ada dalam list.Kenapa ni?Then Kak Unie call...sempatlah angkat.

"Mu dok mana?Tau dok semua orang risau ingat bas mu naik terbalik.Ma teriok doh kat rumoh tu.Call ma slalu"

Terkejut gak la Imz dengar dorang cakap.Then,terus call ma.Masa call ma tu,dengar dia menangis...seriously Imz nervous.Ma betul-betul risaunya.Sorry ma....
Seriously...Imz touching giler dengar tangisan ma sebab risaukan keselamatan Imz.Memang salah Imz sebab tak confirmkan balik da betul-betul sampai.
Ma,sayang ma sangat-sangat !!!!!

Rupanya mereka terkejut tengok berita di TV yang bus dari Kelantan ke Kangar kemalangan dan jatuh gaung.Kemalangan yang Imz sempat tengok kat Hentian Perah tu la.
Alhamdullilah,Imz sampai dengan selamatnya.

Moral of the story...
kita kena confirm balik dengan family yang kita dah selamat sampai sebab kadang-kadang mereka terlupa.
<>
dah tak juadah yang enak-enak untuk berbuka.
Imz ambil peluang berpuasa di maktab ini untuk berjimat dan berdiet..wakaka
Apa-apa bersyukur dengan rezeki yang ada kan?

Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah....

salam guyz...
Imz tak sempat nak update blog sebab balik kg kat Pasir Mas...
so,dengan itu Imz nak ucapkan,,
"Selamat Berpuasa"
pada seluruh umat Islam di dunia ini..hope puasa ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.
amin

sepanjang puasa ini,
Imz nak share dengan semua bahawa ada berita sedih.
Pada rabu lalu,hari puasa kelima..nenek Imz,Zainab telah pulang ke rahmatullah.
Sedekahkan Al-fatihah buat nenek Imz tersayang..
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin

Thursday, August 20, 2009

i GoT FLu

salam guyz...
today my mood so suck...because why?i got the flu...
esok Jumaat dah balik kampung tercinta..so pihak asrama bagi arahan kosongkan bilik,kemas barang-barang.Semalam Imz kemas la sikit-sikit dulu apa yang patut.Macam biasa,main dengan habuk adalah pantang bagi Imz,penghidap sinus!

Tapi nak tak nak kenalah kemas jugak..bukan ada orang gaji nak tolong..huhu..bila dah berhabuk tu,mulalah hidung ni tak berhenti bersin.Sampai tidur malam la asyik bersin jer..ingatkan bangun pagi ni dah Ok,rupanya tak makin memudaratkan..
Pergi sekolah pagi ni dengan mood yang kurang seronok..sebab kepala dah sakit asyik bersin je.Nak buat kerja pun dah tak selesa..emmm...hari ini jugak orang pakai mask.Risau pulak berjangkit dekat budak-budak.

Balik dari Sekolah ajak Wee Kwan pergi Kangar.Imz pergi farmasi dapatkan ubat selsema+sinus dengan ubat sakit tekak..balik sekolah,lepas solat zohor terus telan ubat dan tidur.Harap-harap cepat sikit lega.Esok bus ke Pasir Mas pukul 9 malam,8jam jugak dalam bus..kena air-cond..takut lagi mudarat Imz punya selsema.Emmmmmmmmm....bila selsema nak senyum dekat orang pun tak feeling....
Doakan Imz cepat sembuh ehhh...
nanti tak adalah orang kata Imz combong..wakaka
see yaaaa

Imz'Journey

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 15, 2009

SaLam AiDiLFitRi...

Posted by imz at 3:16 AM 2 comments
SALAM AIDILFITRI

Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.Excited tak?Imz terlampau excited nak beraya ni,tapi sedih jugak lah kan..roh-roh yang dibebaskan semasa bulan Ramadhan akan kembali ke tempat mereka.
Al-fatihah buat arwah abah,nenek,atok dan umat Islam yang telah kembali ke rahmahtullah.
Semoga mereka tenang di sana.

Imz ambil kesempatan entri kali ni untuk mengucapkan
'Selamat Hari Raya'
khas buat
keluarga tercinta di Pasir Mas,Kelantan
sahabat sekalian
dan
blogger & pembaca blog Imz

Maaf zahir dan batin Imz pinta
Semoga Aidilfitri kali ini lebih baik daripada sebelumnya

Terimalah kad raya yang tak seberapa daripada Imz untuk semua.

amacam Imz design,ok tak?

Pada sesiapa yang merupakan anak perantau seperti Imz ni,
Berhati-hati ye di dalam perjalanan.
Semoga selamat sampai.
Amin

Friday, September 11, 2009

Wanita BENCI Lelaki???

Posted by imz at 10:02 PM 4 comments

Posted by imz at 9:23 PM 4 comments
Salam Guyz...
Apa khabar anda hari ni?(Cehhh....ayat skema betul)
Imz baru ke habis kelas,sekarang dah relax la.Kejap lagi,dalam 2.30 nak keluar pergi Kangar kot.Huhu...shopping kah?Nope la...nak pos kad raya kat bonda tercinta.Mesti ma tertunggu-tunggu ucapan dari anak bongsunya ni.(Perasan sungguh)

Imz saja nak share dengan korang..life Imz dekat maktab Perlis ni.Petang-petang kami buat apa?
Dekat campus kami..ada lah tasik untuk bersiar-siar di petang hari.So,kalau bosan sangat..tak hang out,Imz pergi jalan-jalan kat tasik dengan kawan-kawan.Saja nak release tension ke.Dulu semangat jugak jogging,tapi sekarang...dah malas sangat?(Haiyaaa...bila mau kurus ni)
Wake up,Imma Zain!!!!

Layan je la beberapa gambar yang Imz sempat snap masa bersiar-siar di tasik.

Ok tak view tasik IPG Perlis??
cantik kan........cakap ya skang!

Peace !!!(asal aku asyik peace je..bosan giler pose)
Ni la roomate kesayangan hamba,Harnita..or Kak Nita.
Dah 3 tahun lebih kami sebilik...dia orang Arau,Perlis je.
Kak Nita ni sempoi....tu Imz cayang dia!

Siapa lak budak baju merah ni?Huhu...mybff ler,Sarina.
Teman paling kamceng kat maktab.Jom...dah nak maghrib..moh kita balik!!!
Sempat lagi pose tu...adoyai kawan-kawan ku!

Wednesday, September 9, 2009

Keistimewaan Malam Lailatur Qadar

Posted by imz at 6:35 AM 1 comments
Penulis: Al Ustadz Qomar Suaidi, Lc

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang dimuliakan Allah ta’ala. Allah ta’ala menamainya dengan Lailatul Qadar, menurut sebagian pendapat, karena pada malam itu Allah Ta’ala mentakdirkan ajal, rizki dan apa yang terjadi selama satu tahun dari aturan-aturan Allah ta’ala. Hal ini sebagaimana Allah Ta’ala firmankan:

فِيْهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Ad Dukhan: 4)

Didalam ayat tersebut Allah Ta’ala menamai Lailatul Qadar karena sebab tersebut. Menurut pendapat lain, disebut malam Lailatul Qadar karena malam tersebut memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala menyebutnya sebagai malam yang berkah, sebagaimana firman-Nya:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِيْ لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِيْنَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesunggunhnya Kami-lah yang memberi peringatan. (Ad Dukhan: 3)

Allah Ta’ala juga memuliakan malam ini dalam firman-Nya:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (Al Qadr: 2-3)

Maksudnya, amalan di malam yang barakah ini menyamai pahala amal seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar padanya. Seribu bulan sama dengan 83 tahun lebih. Ini menunjukkan keutamaan malam yang besar ini. Oleh karenanya Nabi shallallahu alaihi wasallam berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Beliau bersabda:
“Barang siapa shalat di malam Lailatul Qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lampau ataupun yang akan datang.”

Allah Ta’ala juga mengabarkan bahwa pada malam itu malaikat Jibril dan ruh turun. Ini menunjukkan betapa besar dan pentingnya malam ini karena turunnya malaikat tidak terjadi kecuali untuk perkara yang besar. Kemudian Allah Ta’ala mensifati malam itu dengan firman-Nya:

سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al Qadr: 5)
Allah ta’ala mensifati malam tersebut dengan malam keselamatan. Ini menunjukkan kemuliaan, kebaikan, dan keberkahannya. Orang yang terhalangi dari kebaikan malam itu berarti terhalangi dari kebaikan yang sangat banyak. Inilah keutamaan-keutamaan yang besar pada malam barakah ini.

Akan tetapi, Allah Ta’ala menyembunyikannya di bulan Ramadhan agar seorang muslim bersungguh-sungguh mencarinya. Sehingga amalnya semakin banyak dan dengan itu ia menggabungkan antara banyaknya amal di seluruh malam-malam Ramadhan dan bertepatan dengan malam Lailatul Qadar dengan segala keutamaan, kemuliaan dan pahalanya. Sehingga dengan itu ia mengumpulkan antara dua kebaikan. Ini merupakan karunia Allah ta’ala atas hamba-hamba-Nya.

Ringkasnya, bahwa Lailatul Qadar adalah malam yang besar (agung) dan berkah. Juga merupakan nikmat dari Allah ta’ala yang mendatangi seorang muslim di bulan Ramadhan. Maka jika dia diberi taufik untuk memanfaatkannya dalam kebaikan, ia akan mendapatkan pahala yang besar dan kebaikan yang banyak yang sangat dia butuhkan. (Penjelasan Asy-Syaikh Shalih Fauzan dalam Fatawa Ramadhan, 2/847-849)

Bila Malam Lailatul Qadar itu?

Terdapat riwayat dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bahwa malam Lailatul Qadar terjadi pada malam 21, malam 23, malam 25, malam 27, atau malam 29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Al-Imam Asy-Syafi’I t berkata: “Ini menurut saya, wallahu a’lam, karena Nabi shallallahu alaihi wasallam menjawab sesuai dengan pertanyaannya. Dan pendapat yang paling kuat bahwa itu terjadi pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassallam dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau mengatakan:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, lihat Shifat Shaum An-Nabi, Asy-Syaikh Ali Hasan, hal. 87)

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Dari Ubai ia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Pagi hari dari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar seperti bejana dari tembaga sampai tinggi.” (HR. Muslim)
Dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu ‘anhu, ia berkata, bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassallam:
“Lailatul Qadar adalah malam yang tenang, cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari terbit di pagi harinya lemah dan berwarna merah.” (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Bazzar, sanadnya hasan. Lihat Shifat Shaum An-Nabi, hal. 90)

Wallahu a’lam.

Tuesday, September 8, 2009

9 September 2009

Posted by imz at 11:52 PM 0 comments
Salam Guyz... Macammana hari ni?Perasan tak tarikh hari ni memang gempak!
Sweet gila kalau nak buat ape-ape kenangan kan...ta
rikh declare ke,tunang ke,kahwin ke?huhu..Berangan lebih betul!.
Imz nak buat apa ehhh?emmmm....relex sudah kan.

Imz ambil kesempatan lah tarikh ni..nak dedicates satu LAGU yang bermakna buat insan-insan yang sentiasa di sisi Imz waktu susah dan senang.

TEMAN TERULUNG by ANUAR ZAIN

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Maka kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri dengan mu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Chorus :
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Special dedicates to :
Bonda tercinta
Kakak:
Kak Long
Kak Dah
Kak Zura
Kak Noni
Kak Laily
Kak Aizan
Kak Unie

Abang2 ipar dan anak-anak saudara

Teman-teman:
Azni
Ainul
Nuni
Aiti
Sarina
Shafinaz
Yasmin
Raihan
Najihah
Kak Harnita
Kamarul
dan lain-lain
(sorry kalau tak sempat nak sebut)

Someone that bring my happiness
(siapa???awak kah?)
Lu pikir la sendiri
Dah melalut ni

Imz nak ucapkan ribuan terima kasih buat insan-insan ini...
They really make mylife so wonderful.Seriously thankful to ALLAH that i have you in my world..
Love...lots of love to you!

For my family,Ima rasa teramat bersyukur dilahirkan dalam keluarga besar Wan Mohd Zain ni.Syukur...Dilahirkan dari perut seorang ibu yang amat mulia hatinya,dan mempunyai seorang abah yang amat ambil berat.Walaupun arwah dah kembali ke rahmatullah hampir 7 tahun tapi Ima masih rasa semangat abah.Abah,no can replace you.Segala kenangan arwah...Ima akan ingat sampai bila-bila!

Imz ada 7 kakak,abang sorang pun tak ada.Hehe...tapi abang ipar da 6 orang.So,da cukup kan?Even tak ada adik beradik lelaki pun,kami havoc jugak.Masa berkumpul,jangan ceritalah memang riuh tapi itulah yang meriah kan.Kami memang rapat..itu yang bestnya adik beradik semua perempuan ni.Thanks all my sis....you're greatest sister in d world!

for my bestie
Guyz...you're ROCK!!!
Kawan dari sekolah rendah macam Azni,Ainul,Aiti dan Nuni.
'Pok-pok mung meme saing paling sumbat!"
haha...

kawan-kawan maktab
lama jugak dari tahun 2005 sampai la sekarang.
Suka duka kat maktab,kita tempuhi sama-sama.Bukan sekejap,dah 4 tahun.Macam-macam perangai dah kita jumpa.Haha...oppsss!Jangan pecah rahsia.

'dia'
thanks sebab sudi jadi pendengar setia...even da bosan dengar celoteh 'CikShu' kesayangan anak-anak saudaranya ini(perasan) tapi saya tau awk shukeee.....kan,kan,kan?
(abaikan Imz yang tengah meroyan)

So....untuk tarikh keramat(keramat la sangat)
09.09.09
Wan Norzaima Wan Mohd Zain
mau bilang...!!!
pada insan-insan itu
"Aku sayang kamu"

Sunday, September 6, 2009

Selamat Berbuka !!!

Posted by imz at 1:38 AM 2 comments
Salam Guyz...
Hari ini agak membosankan bagi Imz berbanding semalam.Hehe...yela,semalam sempat lagi turun Alor Star,ikut kawan pergi shopping(saya yang paling banyak beli barang).
Asalnya nak teman kawan-kawan pergi shopping tapi Imz yang over,tengok barang berkenan susah betul nak tolak.Gatal je tangan ni buka purse,padahal duit tak seberapa.Macammana nak simpan duit ni?
Tapi Imz puas hati jugak la..hehe..sedapkan hati sendiri.

K la,tutup kisah semalam.
Sebenarnya hati dah rindu nak balik kampung beraya ni.Rindu suasana kampung,masakan bonda..layan kerenah anak-anak saudara.
Sabar Imz,sabar............Aqeef,Aisy dan Ibaad semakin besar...lagi nakal!Khayla pun semakin manis....Ibaad lagi lah...dah macam gula-gula senyumannya.
Semanis Chek Sue dia tak?
(tutup muka tahan malu)arrgghhhhhhhh !!!!
tengah bosan tahap dewa ni.Nak buat muka macam Siti tapi confirm tak secantik dia kan.
Siti buat muka buruk pun cantik lagi...bertuah sungguh Mak Iti ini...
Abaikan Britney tu...batal puasa tengok lama-lama.Hahaha....

Lagi dua jam lebih nak bukak puasa...emmmmmmmmmmmmmmmm

K la selamat berbuka semua

Thursday, September 3, 2009

Raya m00d !!!

Posted by imz at 11:28 PM 2 comments
Salam Guyz...
Dah hari ke -14 kita sebagai umat Islam berpuasa kan?Sekejap je rasanya,dah nak raya rupanya.
Korang dah shopping untuk raya ke?

Baju rayaImz setakat baju kurung dua helai tu dah siap la.Biasalah perunding imej saya di kampung,siapa lagi kalau bukan bonda tercinta, dari awal-awal lagi dah belikan kain dan jahit.Baju raya Imz sebelum puasa dah siap.hehe...baru la pagi raya tak kalut baju raya tak siap.Harap-harap akak-akak Imz tak terasa.huhu.Bukan apa,dorang pernah gelabah..baju raya tak siap-siap walaupun dah pagi raya.Mula la sibuk menelefon tukang jahit..pagi raya baru nak pergi ambil baju,itu pun kalau siap.

Imz selalunya tak pernah ambil tau tentang kain nak buat baju kurung ni..sebab semua disediakan oleh bonda dan akak.Selalunya bila dorang dah beli,tunjuk kat Imz.Imz akan ok jer,tak akan risau dengan pilihan dorang..because i know taste bonda dan akak sangat OK!
Ma,tak jahit manik untuk Adik ke tahun ni?hehe...(demand la pulak)

Baju kasual

Dari kecil lagi family dah terbiasa belikan Imz baju kasual waktu raya macam jeans,dress or t-shirt.Masa budak-budak dulu,family yang pilihkan dan Imz pakai je.
Bila dah menginjak dewasa ni,mula la nak pilih sendiri.Selalunya akak akan bermurah hati bagi duit untuk Imz shopping baju kasual sendiri.So,masa tu rambang mata jugak la nak pilih.Imz selalu turun KL untuk shopping..sebab kat sana banyak pilihan.
Tahun ni?emmm...
tak dapat peruntukan kot.hehe..lagipu Imz tak berani nak turun KL sejak virus H1N1 ni.
Its ok...biasa kan hidup dengan bersederhana(uwaaaa...sedih)

Tudung(gambar sekadar hiasan)
Biasanya tudung mesti la bersesuaian dengan baju kurung yang nak dipakai pagi raya.Sebelum ini beli tudung bawal je,tapi kan sekarang dah muncul tudung ekin.hehe..ikut perederan fesyen.Senang sikit tudung tu.Raya kali ni,Kak Long dah taja tudung untuk Imz,tudung dari butik Ar-Munawwarah.Thanks a lot Kak Long.

Kasut/Sandal

Tiap-tiap kali raya mesti ada kasut baru.Kalau tak ada..rasa kekurangan kot.Biasanya kasut Imz memang akan pilih sendiri,sebab nak muatkan dengan kaki ala-ala Sindarela ni.Saiz kasut 4 je,kadang-kadang saiz 4 agak longgar.Imz selalu ke butik favourite, Vincci atauVoir untuk cari kasut/sandal sebab kat sana kadang-kadang ada saiz 3 1/2.This year,Imz dapat tajaan kasut dari adinda ku,Kak Aizan.Tapi Imz tak dapat pergi shopping sendiri,malas nak turun KL,so I let her to choose for me.I know her taste.Lagipun saiz kaki sama je.
Handbag

Sejak masuk maktab ni,baru excited nak pakai handbag.Yela,dah dewasa katakan.
Kali ni,Kak Unie nak sponsor handbag.Thanks sis..hehe..brand Guess ke?hehe...melampau nafsu adiknya ni.Semuanya disponsor...itulah untungnya jadi adik bongsu.Imz bersyukur sangat dapat kakak-kakak yang bermurah hati ni.Huhu..love them so much!

Untuk kalian,Selamat Berpuasa sayang!!!

Tuesday, September 1, 2009

Ku kembali ke Kangar !

Posted by imz at 1:27 AM 1 comments
Salam Guyz
Macammana puasa semua?ada yang ponteng ke....haaaaa....terutama kaum-kaum Adam ni?kaum Hawa tak apa lah...ada M.C yang diiktiraf..hehe
Apa-apa pun harap korang semua gembira sepanjang bulan yang mulia ini.

Sebenornya teman nak cerita tentang kepulangan teman ke negeri Kangar ni(aikk...apehal loghat Perok pulok...huhu...ok2,tukar tune)
Imz bertolak dari Pasir Mas ke Kangar dalam pukul 10.30 pagi.Sepatutnya dalam tiket pukul 9.20 pagi.Biasalah naik bas,kena la tunggu.Pagi tu,Kak Laily yang hantar dengan Ibaad,ma tak ikut pun sebab Imz tak bagi dia kot..kesian,ma pun kurang sihat.
Tunggu punya tunggu,akhirnya sampai jugak.Macam biasa naik bus,tidur ler.Apa lagi?Kebetulan pulak tak berapa nak sihat...rasa loya je,yela lepas sahur dah muntah.Tambahan lagi,sakit kepala.Tapi bila dah tidur,hilanglah sekejap.

Masa on the way nak ke Kangar ni,area Hentian Perah bas Transnasional yang Imz naik berhenti di bahu jalan sebab ada kemalangan yang melibatkan kereta Satria dengan bus persiaran.Terkejut jugak lah,jalan memang sesaknya.Pemandu bas dengan beberepa orang penumpang lelaki turun melihat kawasan kejadian.Bila check handphone,dapat sms dari Kak Long tapi tak dapat reply sebab no coverage.Awalnya ingat nak cerita kat Kak Long tentang kejadian ni tapi dah tak ada line nak buat macammana kan?Dalam setengah jam jugak lah bas Imz stop.Bila dah start balik perjalanan tu,Imz sambung tidur balik sebab sakit kepala tak hilang lagi.So,nak sms ke Kak Long pun dah terlupa.

Pukul 6 petang,Imz sampai Kangar.Masa dekat nak sampai tu,ma ada call tanya Imz kat mana?Cakaplah dah dekat nak sampai.Bila sampai tu,Imz tak confirmkan dengan ma yang Imz dah sampai.Imz sampai maktab dekat pukul 7 petang jugaklah.So,rush jugak lah nak bukak puasa.Nak mandi lagi,nak panas lauk yang ma bekalkan lagi.

Dah siap mandi,dapat mesej dari Kak Unie tanya dah sampai ke belum.Masa tu,azan dah kedengaran.So,Imz biarkan mesej tu...tunggu sat-sat lagi la reply.Then,terus pergi bilik member pergi bukak puasa.Handphone pulak tertinggal dalam laci bilik.

Berbuka puasa selera jugaklah dengan bekalan ayam masak kicap,tumis ikan bilis dan telur masin.Lepas makan biasalah sempat lagi borak.Then,balik bilik dan tarik laci tengok telefon.Sekali tengok...mak aiiii...banyak giler missed call dari family,semua nama akak ada dalam list.Kenapa ni?Then Kak Unie call...sempatlah angkat.

"Mu dok mana?Tau dok semua orang risau ingat bas mu naik terbalik.Ma teriok doh kat rumoh tu.Call ma slalu"

Terkejut gak la Imz dengar dorang cakap.Then,terus call ma.Masa call ma tu,dengar dia menangis...seriously Imz nervous.Ma betul-betul risaunya.Sorry ma....
Seriously...Imz touching giler dengar tangisan ma sebab risaukan keselamatan Imz.Memang salah Imz sebab tak confirmkan balik da betul-betul sampai.
Ma,sayang ma sangat-sangat !!!!!

Rupanya mereka terkejut tengok berita di TV yang bus dari Kelantan ke Kangar kemalangan dan jatuh gaung.Kemalangan yang Imz sempat tengok kat Hentian Perah tu la.
Alhamdullilah,Imz sampai dengan selamatnya.

Moral of the story...
kita kena confirm balik dengan family yang kita dah selamat sampai sebab kadang-kadang mereka terlupa.
<>
dah tak juadah yang enak-enak untuk berbuka.
Imz ambil peluang berpuasa di maktab ini untuk berjimat dan berdiet..wakaka
Apa-apa bersyukur dengan rezeki yang ada kan?

Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah....

Posted by imz at 9:41 AM 2 comments
salam guyz...
Imz tak sempat nak update blog sebab balik kg kat Pasir Mas...
so,dengan itu Imz nak ucapkan,,
"Selamat Berpuasa"
pada seluruh umat Islam di dunia ini..hope puasa ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.
amin

sepanjang puasa ini,
Imz nak share dengan semua bahawa ada berita sedih.
Pada rabu lalu,hari puasa kelima..nenek Imz,Zainab telah pulang ke rahmatullah.
Sedekahkan Al-fatihah buat nenek Imz tersayang..
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin

Thursday, August 20, 2009

i GoT FLu

Posted by imz at 4:05 AM 2 comments
salam guyz...
today my mood so suck...because why?i got the flu...
esok Jumaat dah balik kampung tercinta..so pihak asrama bagi arahan kosongkan bilik,kemas barang-barang.Semalam Imz kemas la sikit-sikit dulu apa yang patut.Macam biasa,main dengan habuk adalah pantang bagi Imz,penghidap sinus!

Tapi nak tak nak kenalah kemas jugak..bukan ada orang gaji nak tolong..huhu..bila dah berhabuk tu,mulalah hidung ni tak berhenti bersin.Sampai tidur malam la asyik bersin jer..ingatkan bangun pagi ni dah Ok,rupanya tak makin memudaratkan..
Pergi sekolah pagi ni dengan mood yang kurang seronok..sebab kepala dah sakit asyik bersin je.Nak buat kerja pun dah tak selesa..emmm...hari ini jugak orang pakai mask.Risau pulak berjangkit dekat budak-budak.

Balik dari Sekolah ajak Wee Kwan pergi Kangar.Imz pergi farmasi dapatkan ubat selsema+sinus dengan ubat sakit tekak..balik sekolah,lepas solat zohor terus telan ubat dan tidur.Harap-harap cepat sikit lega.Esok bus ke Pasir Mas pukul 9 malam,8jam jugak dalam bus..kena air-cond..takut lagi mudarat Imz punya selsema.Emmmmmmmmm....bila selsema nak senyum dekat orang pun tak feeling....
Doakan Imz cepat sembuh ehhh...
nanti tak adalah orang kata Imz combong..wakaka
see yaaaa

Click C.I.N.T.A

asasa